Bila dah ada anak kecil ni, macam-macam yang kita kena fikir. Start daripada makan pakai, safety items untuk anak, mainan, pampers dan macam-macam lagi lah! Tapi of course la yang mama kena titik beratkan ialah safety items untuk si manja mama.
Sekarang ni kan banyak sangat kes yang dilaporkan di media utama melibatkan kemalangan kanak-kanak contohnya jatuh tangga, isu ibubapa tak guna car seat ketika memandu, jangkitan kulat di kerusi bayi dan sebagainya. Jadi, macam mana nak elakkan semua musibah ni dari berlaku kat anak mama?
Ha, jangan risau sebab Fatien Atiqa selaku ibu yang prihatin telah berkongsi ini 14 jenis baby safety items di laman Facebooknya untuk mama beli secara online untuk si manja. Mana tahu ada jualan murah nanti, boleh sapu bersih sekali jalan!
14 Baby Safety Items Yang Mama Papa Wajib Beli Secara Online
1. Portable Baby Dining Chair
Risau anak ada masalah ruam sebab guna baby chair kedai? Baby chair kedai selalu kotor melekit air tumpah? Baby chair kedai tu rosak or habis semua orang guna dah?
Tak ada hal lah. Guna saja chair ni. Kebersihan kerusi pun terjamin. Dan bestnya chair ni jugak ialah BAG! Boleh letak sekali upperware makanan anak dalam tu. Ada jenis mahal ada jenis murah. Ikut selera msing-masing.
2. Baby Chair/Shopping Trolley Cover
Ini bagus dan sesuai yang amat untuk mak-mak selamba macam saya . Malas nak usung bag-babychair atas tu? Haa gunalah yang ni. Cumanya, ini masih kena guna baby chair kedailah. Tapi kita cover dengan kain ni jadi tak ada masalah kotor, lekit atau risiko penyakit berjangkit tu terkena anak kita. Cover ni siap ada travel bag dia. Cute!
3. TV/Furniture Anti Tip Or Anchor
Ini untuk almari ke TV flat screen ke yang tak diletak di dinding tu. kita selalu risau anak panjat-panjat pastu TV atau almari terjatuh kan? Maka pasangkan tali ni. Tak mudah putus sebab material tali yang orang pakai dengan bag hiking tu.
4. Mirror Mirror On The Wall
Baby back seat mirror.
- Monitor apa aktiviti anak semasa anak diletak dalam car seat hadap ke belakang.
- Cermin bukan dari kaca tapi plastik ABS so tak risau kalaulah accident, kaca dia pecah kena anak.
Jangan ambil mudah pergi tampal cermin kedai Eco RM2 tu. Kalau pecah ada yang menangis nanti.
5. Cordless Stick Touch Light
Ni sangat sesuai kalau rumah terputus elektrik. Tahun depan dah 2020 takkan guna lilin lagi mama? Lilin bahaya tau! Kalau ada bayi yang jenis tak duduk diam, terlanggar lilin dah susah. Lampu dia guna bateri. Terang benderang sekalian alam. Ada jual di Eco Shop RM2 saja. Tapi malas dah nak tunggu stock sebab asyik-asyik habis stok di Eco.
6. Baby Bath Thermometer
Tak payah dah nak celup-celup lengan untuk test air mandian si manja suam ke panas membara ke. Letak saja benda ni dan tengoklah suhu dia ok ke hangat ke apa. Jangan buat test dekat dahi anak pula.
7. Temperature Sensing Spoon
Kaedah yang sama seperti bath thermometer tadi. Tapi yang ni untuk kesan suhu pada makanan pula. Sudu ni berubah jadi jernih jika makanan terlalu panas.
**Please jangan tiup-tiup makanan anak!** Mulut kita banyak microbes dan tak bersih. Tiup makanan hanya buat makanan tercemar saja.
8. Waterproof Socket Cover
Amat bagus kalau ada anak dalam usia 2-3 tahun yang gemar sangat main air. Kurang risiko terkena renjatan elektrik even kalau anak bertuah tu curah air di soket. Juga bagus untuk elakkan anak cabut main kepala plug.
9. Anti Lost Tracker
Kalau nak pergi kenduri ke expo ke mall ke sesuai. Gantungkan macam key chain di mana-mana bahagian badan anak macam di poket seluar ke. Jadi kalaulah terpisah, setidaknya alat ni boleh tunjuk lokasi kedudukan anak. Kelemahan dia ialah dia tak detect jauh sangat. Tapi oklah daripada tak ada langsung.
10. Baby Chair
Ini baby chair macam gambar pertama tapi branded punya. Saya berkenan yang ini sebenarnya. Tolonglah sesiapa hadiahkan boleh? Hahaha. Ke kutlah Shopee murah hati nak kasi. Penat tau tolong mama semua ni. Tapi baby chair ni serius lawa dan amat berkualiti!
11. Baby Fingers Door Stop
Ini memang bagus dan elok kalau ada. Cara nak guna pun mudah saja. Tampalkan benda line merah putih tu di cela pintu mama. Maka anak tak boleh nak masukkan jari dia celah pintu. Kurang risiko jari anak tersepit.
12. Children Safety Belt Motorcycle
Dalam era modenisasi ini (wahh macam esei pula), tak semua bertuah memiliki kereta. Kadang-kadang nak pergi kedai area perumahan saja pun kan. So, pakaikanlah ini kepada anak mama. Tak adalah risau kalau si manja terjatuh dari motor.
13. Safety Drawer Locks
Ini memang best untuk mak-mak yang malas anak punggah baju dalam almari. Kunci saja almari, setel masalah.
14. Safety Lock Door Or Window
Ngeri haritu terbaca kes budak jatuh sebab main tolak tingkap. So, gunakanlah benda ni. Ia akan halang tingkap dari terbuka luas. Amatlah bagus untuk warga metropolitan duduk rumah tinggi-tinggi macam saya.
*Boleh start survey dah barang-barang ini kalau ada sale ya!
Sumber : Fatien Atiqa
BACA JUGA SENARAI BARANG BAYI YANG ‘GOOD INVESTMENT’ UNTUK SI MANJA ANDA
Pesan Mama Siti:
Bagi Mama Siti, 14 safety items yang diusulkan oleh Puan Fatien ni sangat penting. Semua ada fungsi masing-masing. Especially untuk yang anak yang aktif betul sampai kita pun tak menang tangan. Semua barang ni wajib ada untuk mencegah kemalangan. Bak kata mat saleh: prevention is better than cure betul tak?