KelabMama

Imunisasi Bayi Penting. Jangan Skip Jadual!

Imunisasi bayi adalah sangat penting untuk menjamin kesihatan anak mama. Ditambah pula dengan keadaan di sekeliling kita yang terdedah pelbagai penyakit yang berbahaya dan ada juga yang boleh meragut nyawa. Oleh itu, mama papa tak boleh ambil ringan tentang pengambilan imunisasi bayi ni. Dengan adanya vaksin, penyakit yang berbahaya ini dapat di cegah dan si comel dapat dilindungi.

Suntikan vaksin perlu diambil oleh setiap bayi kerana tubuh badan bayi mempunyai sistem imun yang sangat lemah. Jadi, mereka mudah dijangkiti penyakit. Dengan adanya vaksin, sistem imun bayi dapat dikuatkan dan menguatkan sel pertahanan tubuh badannya. Adanya sel pertahanan, penyakit yang boleh mengancam nyawa dapat dielakkan. InsyaAllah.

Imunisasi bayi : Jenis-jenis dan kegunaan vaksin

Untuk pengetahuan mama dan papa sekalian, inilah jenis dan kegunaan vaksin yang perlu diambil oleh si comel kita:

1. BCG

Suntikan BCG atau nama saintifiknya Balsine Calmette-Guerin. Suntikan ini diberi untuk mencegah penyakit Tuberculosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering. Selain itu, ia untuk mencegah jangkitan kuman pada selaput otak bayi. Kesan jangkitan kuman pada selaput otak bayi akan menyebabkan cacat otak kekal.

2. DTap

Ini adalah kombinasi suntikan vaksin yang perlu diambil bagi memberi perlindungan kepada penyakit Difteria, Tetanus dan Pertusis.

Penyakit difteria terjadi apabila kuman menjangkiti tekak sehingga boleh menyebabkan kematian. Kuman ini juga boleh merebak ke organ lain dan sebabkan kegagalan organ.

Tetanus atau lebih dikenali sebagai kancing gigi. Orang ramai ingat dapat penyakit ni dari besi karat saja tapi sebenarnya ia ada di mana saja dan di tanah juga. Suntikan ini dapat melindungi kuman daripada masuk ke dalam luka.

aP pula untuk Pertusis. A bermaksud acelullar. Jangkitan ni lebih dikenali sebagai batuk 100 hari dan boleh membunuh.

3. IPV

Suntikan ini pula bernama inactivated polio vaccine. Baru-baru, kita dikejutkan dengan penyakit polio setelah 27 tahun lenyap di Malaysia. Risiko bagi yang tidak mengambil suntikan ini akan mengalami lumpuh bukan saja badan malah otot pernafasan.

4. HiB

HiB ialah hemophilus influenza type B. Ia diambil untuk cegah kuman HiB. Kuman Hib ni boleh sebabkan kecacatan otak dan pekak.

5. MMR

M untuk measles atau bahasa melayunya demam campak. Penyakit ni datang dengan demam dan ruam. Ada juga yang mata merah dan batuk selsema. Kalau tak cegah, penyakit ni boleh membunuh.

M ke 2 untuk mumps atau lebih dengan mudahnya dipanggil beguk. Ia disebabkan oleh virus paramyxovirus. Beguk ni akan sebabkan jangkitan air liur dan leher kita akan membengkak. Selain itu, beguk juga boleh sebabkan kemandulan.

R untuk Rubella. Penyakit ni secara umumnya tidak bahaya. Biasanya penyakit ni akan menyerang ketika bayi di dalam kandungan ibu. Bayi yang lahir akan jadi cacat otak, kepala kecil, mata buta, jantung berlubang dan pekak.

6. HPV

Ia akan diberi kepada perempuan yang berumur 13 tahun. Suntikan ini diberi untuk mencegah Human Papilloma Virus kerana virus ini akan menyebabkan kanser pangkal rahim.

7. JE

Ia dikenali sebagai Japanese Encephalitis. Ia hanya akan diberi kepada bayi yang tinggal di Sarawak sahaja. Virus ini datangnya daripada nyamuk dan akan sebabkan jangkitan pada otak.

8. Pneumokokal

Dalam bajet 2020, kerajaan mengumukan akan pemberian suntikan pneumokokal secara percuma kepada setiap bayi. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan suntikan ini. Suntikan ini diberi bagi melawan bakteria Septrococcus dan berfungsi mencegah penyakit pneumonia, meningitis, oitis media dan bacteremia.

Jadual Imunisasi

Credit:KKM

Dimana boleh dapatkan suntikan vaksin ini?

Mama dan papa sekalian, suntikan vaksin ini wajib ya. Boleh dapatkan di hospital dan klinik kerajaan dan percuma. Bagi sesiapa yang kata vaksin ni ada DNA khinzir, muzakarah ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa suntikan ini hukumnya harus bagi membina sistem imunisasi badan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca Juga: Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (Lokasi Baru)

Pesan Mama Siti

Suntikan vaksin ini hanyalah ikhtiar bagi melindungi penyakit. Janganlah kita menolak vaksin ni, bila kita tolak vaksin ni. Kita bukan saja bahayakan keselamatan anak tetapi juga orang di luar sana. Mama Siti harap semua mama dan papa sekalian ambil berat tentang perkara ni. Biar anak yang menangis sebab sakit kena suntik daripada kita yang menangis kehilangan mereka. Jadi, jom ambil vaksin.

  1. Imunisasi bayi hingga umur ke berapa?

    Suntikan bayi akan bermula dari baru lahir sehingga ke usia 12 bulan. Boleh rujuk jadual imunisasi yang disediakan oleh KKM.

  2. Berapa kali vaksin yang perlu diambil oleh seorang bayi?

    Vaksin yang perlu diambil bergantung kepada dos setiap setiap suntikan. Contohnya, Hepatitis B mempunyai 3 dos suntikan.

  3. Berapakah harga suntikan vaksin di klinik swasta?

    Anggaran bagi setiap suntikan bermula dari RM 69 hingga RM 90.

  4. Berapakah haraga suntikan vaksin di klinik kerajaan?

    Ibu bapa boleh mendapatkannya secara percuma di setiap klinik kerajaan.