Kalau bercakap tentang merkuri ramai yang focus kepada produk kecantikan, sebenarnya ikan merkuri tinggi juga tidak elok untuk Mama mengandung.
Seperti yang Mama tahu ikan mungkin merupakan makanan super anti-penuaan, tetapi memakan jenis ikan yang salah boleh meningkatkan tahap merkuri dalam badan Mama .
Ini kerana merkuri boleh membahayakan kesihatan bayi yang sedang berkembang dalam rahim Mama.
Walau bagaimanapun, tidak ada sebab untuk mengelakkan ikan sepenuhnya—sebaliknya, Mama hanya perlu tahu jenis ikan mana yang tinggi merkuri, jenis yang terbaik untuk dimakan, dan berapa banyak yang dianggap selamat.
Bagaimana Ikan Boleh Ada Merkuri?
Merkuri yang terdapat dalam ikan adalah metilmerkuri—tetapi bagaimana ia boleh berada di sana?
Pertama, merkuri dilepaskan ke udara melalui kejadian alam sekitar seperti letusan gunung berapi atau kebakaran hutan, serta dari aktiviti manusia seperti pembakaran arang batu, minyak, dan kayu.
Selepas merkuri berada di udara, ia akhirnya akan menetap di darat dan dalam air, di mana bakteria dan mikroorganisma lain menukar merkuri menjadi metilmerkuri. Kemudian, ikan, kerang atau seafood yang lain dalam air mula menyerapnya.
Ikan yang memakan ikan lain cenderung mempunyai tahap metilmerkuri yang lebih tinggi.
Ikan besar mempunyai lebih banyak merkuri kerana mereka biasanya hidup lebih lama, memberikan mereka lebih banyak masa untuk mengumpul tahap merkuri yang lebih tinggi dalam badan mereka.
Merkuri adalah logam berat yang boleh terkumpul dalam tubuh makhluk hidup dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serius kepada bayi apabila memasuki dalam badan Mama.
Jenis-jenis Ikan Tinggi Merkuri
Sesetengah jenis ikan, terutamanya ikan besar yang hidup lebih lama dan berada di bahagian atas rantai makanan laut, diketahui mempunyai paras merkuri yang lebih tinggi.
- Ikan yu
- King Mackerel
- Ikan tuna (terutamanya Bigeye, Albacore)
- Ikan todak
- Ikan marlin
- Ikan kerapu
- Tilefish (dari Teluk Mexico)
Ikan yang Selamat untuk Dimakan
Tetapi tidak semua ikan berisiko tinggi, ada banyak jenis ikan mempunyai paras merkuri yang rendah dan selamat untuk dimakan.
Ikan adalah sumber protein berkualiti tinggi dan asid lemak omega-3 penting untuk perkembangan otak janin.
Jenis ikan dan seafood yang boleh Mama makan:
- Salmon
- Ikan bilis
- Sardin
- Ikan pollock
- Siakap
- Ikan keli
- ketam
- Sotom
- Udang
Tips untuk Mama Mengandung Memilih Ikan
Bagi Mama mengandung, disarankan untuk mengambil dua atau tiga hidangan ikan rendah merkuri setiap minggu. Ini akan memberikan nutrien penting tanpa meningkatkan risiko pendedahan kepada merkuri.
Untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada merkuri, Mama boleh ambil langkah-langkah ini:
- Variasi dalam penggunaan ikan: Elakkan mengambil jenis ikan yang sama secara berterusan. Makan pelbagai jenis ikan.
- Pilih ikan dengan paras merkuri rendah: Lebih kerap pilih ikan seperti salmon, sardin, dan trout.
- Pilih ikan yang segar: Pastikan ikan yang dimakan segar dan disediakan dengan cara yang selamat.
- Rujuk doktor atau pakar pemakanan: Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor mengenai diet yang sesuai semasa Mama mengandung.
Merkuri bukan hanya memberi kesan negatif dari segi perkembangan otak dan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Malah boleh menyebabkan kecacatan dan keguguran. Kekal sihat dan lindungi diri Mama dan bayi daripada bahaya merkuri!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Mama mengandung dapatkan informasi kesihatan diri Mama di SINI.