KelabMama

5 Idea Susun Atur Nursery Room Yang Sangat Membantu Mental Mama Baru Lepas Bersalin

Mama masih tercari-cari idea nursery room untuk menyambut kelahiran si comel tidak lama lagi?

Ayuh Mama Siti kongsikan beberapa tips dan idea dekorasi yang mungkin sesuai untuk Mama aplikasikan di bilik baby dengan pelbagai tema menarik.

Yang penting, semua idea ini berunsurkan corak minimalist dimana pastinya memberi ketenangan kepada Mama dalam melalui fasa berpantang.

Sebelum itu, perkara utama Mama perlu tahu adalah perlatan yang bakal dibeli untuk diaplikasikan di nursery room berkenan:

1. Cat

Antara perkara penting perlu diberi perhatian adalah warna dinding di bilik itu sendiri. Ya, color cat sangat memainkan peranan kerana jika terbeli cat striking color, maka hilanglah konsep minimalist itu tadi.

So, Mama digalakkan untuk tengok warna secara fizikal contoh jika ke kedai cat, kebiasaannya mereka ada sediakan catalogue cat kan?

Mama minta tunjukkan warna favourite Mama dengan membuka tong cat berkenaan atau sesetengah kedai ada color contoh yang telah di cat sedikit di dinding.

Ini lebih baik kerana pasti Mama tak akan tersalah pilih color. Namun ingat, bagi mengekalkan konsep minimalist, pemilihan cat haruslah berwarna lembut!

2. Susun Atur Perabot

Mama jangan letak banyak sangat barang atau perabot dalam nursery room. Ini bagi memberi ketenangan setiap kali Mama melangkah masuk ke bilik itu. Jika banyak barang, bimbang Mama tak rasai dah ketenangannya.

Buat susun atur yang ringkas tapi cukup keperluan. Biasanya dalam nursery room hanya diperlukan:

3. Langsir

Mama boleh gunakan langsir berwarna lembut bagi menimbulkan minimalist. Kalau tak nak guna langsir, tapi nak guna bidai pun ok je ya Mama.

Yang penting pemilihan warna haruslah seimbang. Make sure warna dinding, karpet, dan langsir tak lari jauh warna tema dan tak striking.

Contoh-contoh Nursery Room

1. Berunsur Flora dan Fauna

Kredit gambar: Little Crown Interiors

Boleh deko nursery room dengan tema flora dan fauna contoh masukkan unsur animal dan pokok-pokok hiasan. Pasti bilik itu ceria walaupun dengan konsep minimalist.

2. All In White

Jika Mama gemarkan pemilihan satu jenis warna di bilik nursery room, boleh cuba idea yang Mama Siti berikan ini. Mungkin Mama terfikir nak guna konsep berkenaan tapi takut hasilnya tak memuaskan pula. Nah, cuba follow contoh deko di atas, mesti tenang je mata lihat nursery room sebegini!

3. Costal Neutral

Kredit gambar: Little Crown Interiors

Ini pun idea mengetengahkan konsep natural iaitu design seakan-akan bertemakan persisir pantai. Menarikkan?

4. Rainbow Nursery

Kredit gambar: A Beautiful Mess

Bagi mereka yang suka sedikit colorful, boleh adapt rainbow theme di bilik bayi Mama. Ada color yang a bit striking, tetapi banyak gunakan warna soft. Mesti nampak cheerful!

5. Geomatric

Kredit gambar: Chango & Co

Geomatric theme juga merupakan gaya menarik sebab boleh merangsang si kecil mengenali pelbagai bentuk di bilik mereka. Ia boleh menjadikan nursery room anak anda tempat yang sesuai merangsang minda. Lepas tu, dekorasinya pun tetap comelkan?


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan inspirasi untuk mencantikkan rumah dengan pelbagai panduan di SINI.