Anak Mama susah nak makan? Anak Mama sering memilih makanan ke? Apa kata Mama cuba hias ‘bekalan tengah hari’ atau makanan anak-anak Mama seperti akaun Instagram ini? Sangat kreatif dan menarik! Kita yang dewasa tengok pun rasa tertarik dan tak dinafikan, macam sayang pulak nak makan.
Sebenarnya trend hias makanan ni sudah lama dilakukan oleh rakyat Jepun dan Korea. Mama-mama disana sering menyediakan makanan tengah hari yang kreatif untuk anak-anak mereka. Namun, makanan mereka lebih mudah untuk disediakan dan dihias kerana berbentuk kompak. Jadi, senang untuk disediakan menjadi lebih menarik dan kreatif. Tapi makanan kita pun boleh tau! Mama boleh cuba dapatkan idea-idea menarik untuk menghias makanan anak anda melalui instagram di bawah ini.
Pancake yang Comel
Makanan Tengah Hari
Bekalan Sarapan Pagi Rilakkuma
Asal Usul Bento Jepun
Kalau di Jepun, bekalan makanan seperti ini dipanggil Bento atau obento. Bento di Jepun sebenarnya lebih dari sekadar lunch box. Ia merupakan bekalan makanan yang boleh dimakan tak kisah waktu apa pun. Bento yang pertama wujud ketika abad ke-5, dimana buluh digunakan sebagai bekas untuk menyimpan makanan tersebut. Kini, terdapat pelbagai jenis bekas dan bekalan makanan yang sangat menarik untuk dijadikan inspirasi kepada ibu-ibu.
Untuk Anak Mama yang suka Makan Telur
Sandwich yang Lengkap & Berkhasiat
Bahan-bahan yang Popular untuk Bento
Di Jepun, mereka sering menggunakan bahan-bahan ini untuk dijadikan bento. Mungkin ini juga boleh dijadikan rujukan untuk Mama semua:
- Ikan atau daging yang diperbuat menjadi seperti bebola ikan atau bebola daging.
- Sayur yang direbus atau jeruk sayur – salad, brokoli, lobak merah, cherry tomato.
- Telur
dadar . - Ubi
kentang . - Buah-
buahan yangdipotong kecil .
Cantik dan kreatif bukan hiasan makanan yang dilakukan akaun Instagram tersebut? Mama boleh cuba penyediaan makanan seperti mereka untuk si kecil yang sangat memilih makanan. Mama harus luangkan sedikit masa dan usaha untuk hasilkan bento yang menarik untuk anak Mama. Selamat mencuba!