Amboi sesedap rasa je nak belasah anak orang hanya kerana anak tiri makan lambat. Kejadian ini berlaku di Shandong, China. Seorang kanak-kanak perempuan malang telah dibelasah oleh ibu tirinya sehingga maut kerana makan terlalu perlahan. Dia dibelasah dengan menggunakan batang besi selama sejam. Kejamnya! Makan ‘slow’ sekalipun dah kenapa nak kena belasah belasah dia sampai macam tu sekali?
Kesan lebam pada badan
Kesan dari kejadian itu terdapat kesan lebam pada badan mangsa dan kanak-kanak perempuan ini dihantar ke hospital oleh bapanya. Di sana doktor mengesahkan yang anaknya sudah meninggal dunia.
Kanak-kanak perempuan malang ini dikenali sebagai Guo Mou waktu itu sedang makan tengahari bersama keluarganya.
“Kalau kau makan terlalu slow, aku pukul kau”
kata ibu tirinya.
Kemudian ibu tirinya membawa mangsa ke bilik, menutup pintu dan memukul mangsa dengan batang besi. Si bapa yang berada diluar pula takut nak masuk campur urusan isterinya kerana sebelum ini dia juga pernah didera secara fizikal oleh isterinya.
Anak terkulai layu
Bila pintu dibuka, badan si anak sudah terkulai layu dengan beberapa kecederaan di badannya. Berang melihat keadaan anaknya, si bapa terus bertengkar dengan isterinya.
Kemudian si bapa keluar merokok untuk menenangkan dirinya. Selesai merokok si bapa masuk semula ke dalam rumah dan merayu supaya dia dibenarkan untuk menghantar anaknya ke hospital tapi si isteri enggan sehinggalah dia sendiri melihat keadaan mangsa yang sangat kritikal.
Anak meninggal dunia
Si bapa terus membawa anaknya ke hospital dan malangnya doktor telah mengesahkan anaknya meninggal dunia selepas 10 minit kemudian.
Ibu bapa kanak-kanak malang ini telah bercerai ketika dia berusia 2 bulan. Disebabkan si bapa risau jika anaknya memerlukan kasih sayang seorang ibu untuk membesar, dia memilih untuk berkahwin dengan wanita itu.
Kematian kanak-kanak perempuan ini juga telah membongkarkan bahawan suspek mempunyai sejarah melakukan penderaan sebelum ini.
“Isterinya kerap memukul Guo atas kesalahan-kesalahan remeh tetapi tidak pernah sampai ke tahap seperti itu.”
kata bapa Guo.
Suspek kini ditahan untuk soal siasat dan kes masih dalam siasatan.
Sumber: China Press, World of Buzz
BACA LAGI KANAK-KANAK 5 TAHUN MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI DIDERA BAPA TIRI
Pesan Mama Siti
Tak kiralah anak sendiri atau anak tiri tapi kalau disebabkan perkara remeh seperti itu tak perlu rasanya menggunakan kekerasan sampai tahap macam tu. Itu bukan nak mengajar tapi itu adalah satu penderaan. Besar sangatkah salah si anak yang hanya makan slow sampai sanggup diperbuat begitu kejam sampai menyebabkan kematian? Mama Siti syak wanita ini ada masalah mental mungkin hmm.