KelabMama

Ibu-ibu di Malaysia Kongsikan Tips Melegakan Sakit Otot Kerana Melakukan Kerja Rumah

“Sakitnya belakang ni!” Rasa macam mencucuk-cucuk. Boleh dikatakan seperti satu ‘mantra’ pula sejak asyik sakit belakang kerana banyak berada di rumah sepanjang pandemik ini.

Tidak dinafikan, memang seronok untuk bekerja dari rumah kerana kita boleh luangkan lebih banyak masa bersama keluarga di rumah. Namun, banyak masa di rumah, bermaksud banyak jugalah kerja yang memenatkan kedua-dua mental dan fizikal.

Sebenarnya penat juga kerja di rumah ni. Tanpa kita perasan, kerja kita menjadi dua kali ganda banyaknya. Nak kena jaga anak-anak lagi, nak kena siapkan kerja ofis sebelum ‘deadline’ lagi. Haih, stress.

Semenjak dua-menjak ini, senang betul nak rasa sakit-sakit badan. Lagi-lagi di bahagian belakang, leher dan bahu. Rasa sakit sampaikan susah nak buat kerja.

Adalah juga Mama Siti cuba lakukan senaman ringan untuk mengurang kesakitan, tetapi sekejap sahaja hilang rasa sakit itu.

Dah sakit-sakit belakang ini memang sering terbaring sambil tengok Instagram. Sekali tu, ternampak pula ibu-ibu cantik di media sosial yang mengalami kesakitan yang sama dan cara mereka menyelesaikannya.

Mereka menggunakan ‘warm relief patch’, kata mereka.

Mama Siti pun cuba menggunakan ‘warm relief patch’ tersebut dan terus hilang rasa sakit-sakit otot yang dialami selama ni! Kalau nak tahu, jom Mama Siti kongsikan tips yang diguanakan mereka.

Ibu-ibu yang popular ini telah menggunakan Tiger Balm Plaster yang didatangi dalam dua varian – Tiger Balm Warm Plaster dan Tiger Balm Cool Plaster.

Tentang Tiger Balm

Tiger Balm Plaster hadir dalam dua varian – Panas dan Sejuk – yang selesa dipakai pada kulit dan memberikan kelegaan tahan lama kerana formulasi khas yang dihasilkan Tiger Balm.

Pilihan yang paling sempurna untuk ibu-ibu macam kita ni betul tak?

Sebagai salah satu ubat penahan sakit otot yang terbaik, Tiger Balm Plaster (Warm dan Cool) amat selesa dipakai dan memberikan kelegaan yang berpanjangan terima kasih kepada formulasi khas Tiger Balm.

Mama Siti dah cuba kedua-dua jenis ‘plaster’ ini dan percayalah, dua-duanya memang terbaik! Tiger Balm Warm Plaster dan juga Tiger Balm Cool Plaster sangat bagus untuk kegunaan ia yang tersendiri dalam memberi kelegaan yang pantas.

Perbezaanya hanyalah Tiger Balm Warm Plaster diperbuat daripada teknologi formulasi unik yang mengandungi ekstrak capsicum yang memberikan kelegaan berpanjangan bagi anggota badan yang sakit seperti sakit belakang, otot leher yang tegang dan juga keletihan otot.

Tiger Balm Cool Plaster pula menghasilkan “cooling effect” semasa pemakaian untuk melegakan kesakitan yang berpanjangan. Ia memberikan keselesaan dan membantu menyembuhkan ketegangan, anggota badan yang terseliuh, kekejangan di bahagian leher dan bahu dan juga melegakan sakit otot dengan cepat dan berkesan untuk berjam-jam lamanya.

Kedua-dua jenis plaster ini dihasilkan dengan bahan berasaskan hidrogel yang merangsang peredaran darah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Pembalut pelekat dan bahan ‘non-woven’ juga memberikan keselesaan optimum kepada semua yang menggunakannya.

Keberkesanannya juga berpanjangan dan sangat lembut di kulit. Ia juga mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan pada kulit, menjadikannya ideal untuk penggunaan seharian.

Mama Siti memang suka betul dengan produk ini sebab semasa sedang membuat kerja rumah atau kerja ofis, Mama Siti pakai satu sahaja sudah berkesan dalam mengurangkan kesakitan.

Tiger Balm Warm Plaster juga memberikan kesan yang tahan lama pada sakit kronik seperti arthritis dan rematik, di mana Cool Plaster pula memberikan kelegaan yang berpanjangan untuk sakit akut seperti ketegangan otot dan sakit belakang.

Kedua-dua plaster ini juga terdapat dalam dua saiz yang berbeza – besar dan kecil – sesuai untuk bahagian tubuh anda yang berlainan. 

Percayalah, ia merupakan produk yang WAJIB ada di dalam handbag Mama dan rumah!

Ahh..lega jugak akhirnya sakit belakang ni.

Percayalah, sama seperti ibu-ibu ini, Tiger Balm Plaster sangat membantu Mama Siti dalam meneruskan gaya hidup seharian yang sibuk dan penuh dengan cabaran.

Mama Siti dapat memenuhi segala keperluan keluarga dan permintaan seharian tanpa sedikit rasa sakit pun berkat daripada penggunaan Tiger Balm Plaster ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Tiger Balm Plaster dan produk Tiger Balm lain, boleh lawati Facebook & Instagram mereka hari ini! 

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.