KelabMama

Pastikan Anak Tidur Asing! Ibu Kongsi Betapa Pentingnya Untuk Tidur Berasingan Dengan Anak

Tidur berasingan dengan anak ni sebenarnya sangat penting ya Mama. Jika tidak dilaksanakan dari mereka kecil, takut nanti dah besar terikut-ikut sebab telah diajar seperti yang berikut.

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan tidur berasingan semasa mereka kecil. Adakah Mama tahu ia dapat mempengaruhi kendiri dan jati diri mereka dan, ia dikatakan mereka akan jadi lebih bijak dan matang sebab diajar untuk berdikari sejak kecil lagi.

Ikuti perkongsiaan daripada Puan Wan Nur Syakira, yang merupakan seorang ibu, penulis dan sering kongsikan ilmu keibubapaan tentang mengasingkan anak dalam bilik tidur.

Jom baca dengan lebih lanjut.

Asing Anak Daripada Tidur Bilik Yang Sama

Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik. Satu bilik tidur, satu stor.

Apa yang beliau boleh buat? Jadi panduannya.

  1. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.
  2. Anak-anak pula , seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.
  3. Jika anak ada di dalam bilik, jangan lah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.
  4. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual. Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lah buat apa saja.
  5. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.
  6. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi. Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah.
  7. Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.
  8. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.

Kosongkan Stor Itu, Mama!

Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya. Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini.

Syabas Puan Syakira, memang banyak tips yang boleh dipelajari oleh bakal Mama ataupun Mama yang belum tahu lagi tentang tidur berasingan dengan anak ini. Sebenarnya kita sebagai ibu bapa perlu ada kesedaran seperti ini untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Ingat Mama, didik mereka dari kecil supaya mereka akan ingat selama-lamanya.

Semoga dengan petua-petua ini, Mama dapat faham dan laksanakan dengan keluarga Mama!

Selamat mencuba~

Kredit: Facebook Wan Nur Syakira