KelabMama

Hospital Picaso Lancarkan Kempen, Kesedaran Kanser Payudara “Think Pink”

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink October), Hospital Picaso telah melancarkan kempen kesedaran komuniti bertemakan Think Pink sepanjang bulan Oktober. Kempen ini menampilkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran awam berkaitan kanser terutamanya kanser payudara di peringkat awal.

Slogan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya kanser payudara kepada semua golongan terutamanya wanita. Kempen ini juga dianjurkan bagi mengalakkan rakyat Malaysia sama-sama menyertai kempen kesedaran sama ada melalui pendidikan, sumbangan atau penyertaan. 

Pengurus Besar Hospital Picaso, Encik Ahmad Lutfi berkata, kempen Think Pink ini dianjurkan bagi menyebarkan kesedaran berhubung kanser payudara serta langkah pencegahannya.

Kempen ini dapat membantu orang ramai mengenalpasti tanda-tanda awal kanser payudara serta langkah penjagaan yang boleh diambil bagi membolehkan ia dikawal dan dirawat melalui kaedah perubatan yang sesuai. Kempen kesedaran ini juga bertujuan memupuk semangat prihatin dan memberi sokongan moral dalam kalangan komuniti.

Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia, bagi tempoh 2017 hingga 2021, kira-kira 17.6% kanser yang didiagnosis di negara ini adalah kanser payudara.

Ini menjadikan kanser payudara salah satu kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia. Justeru adalah penting meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara menerusi pengesanan awal dan mendapatkan rawatan secara menyeluruh.

Kanser payudara adalah kanser yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita. Dari tahun 2017 hingga 2021, wanita yang berusia 40 tahun mempunyai risiko paling tinggi menghidap kanser berbanding wanita yang berusia 65 hingga 69 tahun dari tahun 2012 hingga 2016. 

Hospital Picaso mempunyai tiga pakar bedah payudara: Dr Normayah Kitan, Dr Ng Char Hong dan Profesor Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng Har.

Pada majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Payudara dan Wanita di Hospital Picaso baru ini, ketiga-tiga doktor menekankan pengesanan awal dan pengetahuan am adalah penting berikutan kajian menunjukkan kadar kelangsungan hidup bertambah baik jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal.

Justeru, wanita disaran supaya melakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan dan digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun bagi mengurangkan bebanan penyakit kanser dihadapi golongan wanita di Malaysia. 

Salah satu acara komuniti yang dianjurkan oleh Hospital Picaso baru-baru ini ialah acara membuat kek anjuran Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA).

Antara pengisian program ini yang bertemakan Whisk for Wellness adalah ceramah kesihatan dan sesi membuat kek oleh para peserta. Hasil kutipan yang diterima menerusi kempen ini disalurkan kepada BCWA bagi membantu golongan wanita yang memerlukan rawatan kanser. 

Baru-baru ini juga, Hospital Picaso telah menganjurkan kelas kanser payudara dengan penyertaan lebih 80 peserta termasuk pakar bedah, pakar radiologi, pakar onkologi dan pelatih.

Dengan penceramah utama daripada para doktor Hospital Picaso, sesi ini bertujuan memberi perkembangan diagnosis dan pementasan kanser payudara pada peringkat awal menerusi perspektif multidisiplin selain mengemas kini maklumat penyelidikan dan rawatan kanser payudara.

Hospital Picaso juga akan menganjurkan program interaksi bersama komuniti selama sehari pada 27 Oktober bagi mempromosikan kesedaran tentang gaya hidup aktif dan sihat serta cara yang berkesan untuk menangani kanser payudara.

Pengisian program ini termasuk ceramah mengenai kanser payudara dan pemeriksaan kesihatan yang akan dikendalikan oleh Can-care (Pusat Penjagaan dan Sokongan untuk pesakit selepas kanser). Antara aktiviti menarik termasuk sesi yoga interaktif dan terapeutik serta bengkel membuat Teh Matcha .

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima beg hadiah yang merangkumi tikar yoga dan sehelai tuala pink. Yuran penyertaan untuk acara ini ialah RM20 untuk seorang. 

“Kami komited dalam memerangi kanser payudara, salah satu penyakit yang paling berisiko di negara ini. Misi utama kami adalah membantu meningkatkan kesedaran kesihatan wanita dari segi fizikal, mental dan emosi” kata Lutfi.

Untuk menyertai sesi yoga bersempena dengan kempen Think Pink pada 27 Oktober ini, anda boleh klik https://bit.ly/picasothinkpink atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi Siti Maryam di 013-928 1996 atau Charmian Kok di 016-815 3309.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hospital Picaso, anda boleh melayari laman web www.hospitalpicaso.com atau https://www.facebook.com/hospitalpicaso/


Ketahui lebih banyak acara yang terkini dan menarik untuk Mama dengan klik di SINI.