Antara sebab pemilihan hospital bersalin swasta oleh ibu hamil adalah untuk merasai lebih keselesaan, ketenangan dan inginkan ruang privasi.
Malah, bagi ibu hamil yang mementing soal aurat dan juga ingin suami untuk sama-sama menemani di saat bersalin nanti, pilihan hospital bersalin swasta adalah pilihan yang lebih tepat kerana keistimewaan tersebut lebih mudah untuk dipenuhi.
Bagi Mama yang masih lagi mencari hospital bersalin swasta terbaik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, di bawah ini Mama Siti telah senaraikan untuk rujukan Mama semua.
#1. Andorra Women and Children Hospital
Hospital Andorra merupakan hospital yang menggunakan perkhidmatan doktor wanita dalam pengurusannya. Hospital ini juga mementingkan shariah compilance iaitu rawatan dan urusan jagaan pesakit semuanya dilakukan oleh staff wanita.
Bagi bakal ibu yang mencari perkhidmatan doktor dan misi wanita, hospital bersalin swasta inilah yang paling sesuai.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Mempunyai 4 jenis bilik dengan tempat tidur yang lengkap dengan perabot berkualiti tinggi
- Perkhidmatan butler wanita
- Perkhidmatan Kaunselor Laktasi
- Tukang urut peribadi
- Makanan yang sangat sedap
- Ujian darah rutin & suntikan ibu
- Lawatan Perunding 2x
Kos rawatan kelahiran normal (2 hari 1 malam)
- RM 5,299/ Bilik VIP
- RM4, 599/1 katil
- RM3,899/2 katil
- RM3,399/4 katil
Kos rawatan cesarean (3 hari 2 malam)
- RM10,999/Bilik VIP
- RM9,999/1 Katil
- RM9,399/2 Katil
- RM8,599/4 Katil
Alamat: 19, Jalan Utama Suria Tropika 1, Taman Suria Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Website: https://www.andorracare.com/
#2. Sunway Medical Centre
Sunway Medical Centre turut menawarkan pakej bersalin secara eksklusif untuk bakal ibu. Pakej yang ditawarkan juga meliputi tawaran percuma berupa gambar polaroid keluarga, kad jejak bayi dan rakaman pendek video kelahiran.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Penginapan ibu
- Nurseri bayi
- Vaksinasi, pemeriksaan dan ujian bayi
- Pendaftaran dan pentadbiran
- Perkhidmatan penjagaan
- Penyediaan makanan
- Pemantauan ibu dan anak
- Bekalan dan peralatan perubatan standard
Kos rawatan:
- untuk bersalin normal bermula dari harga RM3,000
- untuk kelahiran secara cesarean harga bermula dari RM6,000
Alamat: No. 5 Jalan Lagoon Selantan, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia.
Website: https://www.sunwaymedical.com/
#3. Hospital Pusrawi
Pilihan hospital swasta yang seterusnya pula adalah Pusrawi. Hospital Pusrawi ini mempunyai Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang kesemuanya adalah wanita Islam dan melakukan segala prosedur serta penjagaan pesakit yang islamik.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Penginapan ibu
- Kit bayi
- Blood screening
- Vaksinasi bayi iaitu Hepatitis B, Vitamin K, BCG
Kos rawatan bersalin normal (2 hari 1 malam):
- RM2,150/1 Katil
- RM1,950/2 Katil
- RM1,550/4 Katil
Alamat: 149, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Website: https://www.pusrawi.com.my/
#4. Columbia Asia Hospital
Untuk mendapatkan pakej bersalin di hospital ini, ibu hamil mestilah membuat sekurang-kurangnya dua kali lawatan dengan Columbia Asia Hospital bagi temujanji dengan perunding O&G Setapak. Ibu hamil juga perlu menempahnya dengan deposit sebanyak 50% sebulan sebelum EDD.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Bayaran perundingan dan prosedur (Pakar O&G dan Pediatrik)
- Penginapan
- Pemeriksaan pendengaran yang baru lahir
- Penjagaan nurseri
- Vaksinasi BCG dan Hepatitis B
*tidak termasuk epidural, vakum/forceps, fototerapi, penginapan tambahan & peningkatan bilik, ujian Swab Covid-19
Kos rawatan untuk bersalin normal (2 hari 1 malam)
- RM3,990/1 Katil
- RM3,880/2 Katil
Alamat: No. 1, Jalan Danau Saujana, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Website: https://www.columbiaasia.com/malaysia/
#5. Hospital Pakar KPJ Tawakkal
Merupakan antara rangkaian hospital swasta yang terbesar di bawah jenama KPJ Healthcare Bhd. Hospital ini juga merupakan hospital berkreditasi Inisiatif Hospital (BFHI) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kos rawatan untuk bersalin normal (2 hari 1 malam):
- RM3,499/1 Katil
- RM3,299/2 Katil
- RM2,999/4 Katil
Kos rawatan bersalin secara cesarean (3 hari 2 malam):
- RM8,800/1 Katil
- RM8,700/2 Katil
- RM8,600/4 Katil
Alamat: 1, Jalan Pahang Barat, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Website: https://kpjhealth.com.my/tawakkal/
#6. Gleneagles Kuala Lumpur
Hospital ini diterajui oleh doktor-doktor yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman luas dalam bidang Obstetrik & Ginekologi serta Pediatrik.
Hospital ini juga mempunyai kelengkapan perubatan yang serba lengkap, bilik bertaraf hotel dengan pelbagai pilihan serta makanan yang disediakan juga sangat sedap dan sihat.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Suite melahirkan/bilik pembedahan
- Bayaran pakar
- Pemeriksaan bayi baru lahir oleh pakar
- Vaksinasi BCG & Hepatitis B dan suntikan Vitamin K untuk bayi baru lahir
- Ujian asas makmal dan audiologi untuk bayi baru lahir
- Penjagaan ibu dan bayi
- Ubatan asas untuk bawa pulang
Kos rawatan untuk bersalin normal (deposit RM5,000)
- Harga di antara RM5,000 hingga RM7,500
Kos rawatan untuk kelahiran cesarean (deposit RM8,000)
- Harga dari RM8,000 hingga RM11,500
*Semua kos ini tidak termasuk mana-mana komplikasi
Alamat: Block A & Block B, 286 & 288, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Website: https://gleneagles.com.my/id/kuala-lumpur
#7. Prince Court Medical Centre
Siapa je yang tak pernah dengar tentang hospital swasta ni kan? Hospital ini mempunyai fasiliti terbaik yang berkelas dunia dengan teknologi yang diinovatifkan serta memberikan layanan kepada pesakit dengan tahap yang terbaik.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Panduan penuh dalam penjagaan bayi termasuk Baby CPR, urutan bayi, menyusukan bayi, memandikan bayi, dan pengurusan tempat duduk bayi di dalam kereta
- Bilik perseorangan, katil sofa, pemerhatian bayi, sentuhan kulit ke kulit
- 24 jam neonatologis dan pediatrik, pemerhatian CTG secara remote menerusi telefon bimbit doktor, RFID tag untuk ibu dan anak
- Menu makanan yang istimewa
Kos rawatan untuk bersalin normal bermula dari RM10,000 dan kos rawatan untuk kelahiran secara cesarean pula adalah RM15,500.
Alamat: Prince Court Medical Centre, 39, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur.
Website: https://princecourt.com/
#8. Hospital Pakar Al Islam Kuala Lumpur
Ibu hamil yang ingin mengambil pakej bersalin di hospital ini perlu melakukan sekurang-kurangnya dua kali pemeriksaan hamil di hospital ini.
Hospital ini merupakan hospital yang patuh syariah sangat sesuai untuk ibu hamil yang mementingkan aurat.
Kos rawatan untuk bersalin normal (2 hari 1 malam)
- RM3,400/1 Bilik
- RM3,200/2 Bilik
Kos rawatan untuk cesarean (3 hari 2 malam)
- RM9,000/1 Bilik
- RM8,800/2 Bilik
Alamat: 85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Website: https://www.al-islamhospital.com/
#9. Hospital Pantai Ampang
Hospital ini turut menyediakan pakej yang menarik untuk ibu hamil bersalin dengan harga yang berpatutan dengan rawatan yang ditawarkan. Ianya juga merupakan hospital yang berunsur islamik.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Penginapan bilik perseorangan (tertakluk kepada ketersediaan) dan akses ke suite bersalin hospital
- Hidangan berpantang disediakan oleh dapur dalaman kami yang disahkan Halal
- Kaunseling penyusuan susu ibu
- Vaksinasi vitamin K, hepatitis B dan BCG
- Ujian darah untuk bayi
- Penjagaan untuk bayi
- Satu lawatan ke rumah dalam tempoh 7 hari selepas bersalin (dalam radius 20km sahaja)
- Saringan pendengaran bayi baru lahir
- Pek hadiah bersalin
Kos rawatan untuk bersalin normal bermula RM3,788
Alamat: Jalan Perubatan 1, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Website: https://www.pantai.com.my/ampang
#10. Hospital Pakar KPJ Damansara
Merupakan salah satu hospital bersalin swasta terbaik yang terletak Kuala Lumpur. Sama seperti hospital lain, hospital ini juga turut menawarkan pakej bersalin secara normal dan juga secara pembedahan.
Kos rawatan bersalin normal bermula RM4,800 manakala kos rawatan bagi pembedahan pula harganya bermula RM8,800.
Alamat: 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Website: https://www.kpjhealth.com.my/damansara/
Kebaikan Bersalin Di Hospital
- Rawatan perubatan yang serba lengkap
- Pemantauan kesihatan ibu dan bayi yang lebih rapi dan selamat
- Sebarang komplikasi-komplikasi dapat diatasi segera
- Keselamatan nyawa ibu dan bayi terjamin
Semoga perkongsian senarai hospital swasta terbaik ini memberi manfaat. Sambil Mama mencari-cari hospital mana yang Mama ingin bersalin nanti, jangan lupa untuk amalkan tips dan doa-doa mudah bersalin bersama suami.
Mama pun jangan lupa untuk doakan ibu bersalin yang lain apabila berada di labour room nanti. Doa sesama ibu ni mustajab tau! InsyaAllah.
Lihat senarai pusat perubatan dan panduan lain DI SINI.