Bersalin di hospital swasta antara pilihan buat ibu-ibu hamil yang menunggu masa untuk melahirkan bayi mereka.
Sudah tentu sebagai Mama dan Papa kita mahukan pengalaman terbaik ketika menyambut cahaya mata. Ini kerana hospital swasta mementingkan hospitaliti lima bintang serta rawatan perubatan paling canggih sekali.
Berikut Mama Siti sertakan kos bersalin dan pakej yang bakal diterima.
Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Terbaik di Terengganu
#1 Pusat Perubatan Intan Kuala Terengganu
Sebuah institusi perubatan di Kuala Terengganu ini menawarkan perkhidmatan bersalin untuk ibu dan bayi.
Bagi melayakkan Mama melahirkan anak di Pusat Perubatan Intan, mestilah hadir temujanji sekurang-kurangnya dua kali iaitu selepas usia kandungan 28 minggu.
Bayaran tambahan diperlukan bagi temujanji kandungan tersebut. Manakala pakej bersalin yang diiklankan hanya akan berkuat kuasa pada tarikh bersalin sahaja.
Kos Bersalin Normal (Untuk Warganegara Malaysia)
Kos bersalin: RM 1,690
Pakej diterima ialah:
- 2 hari 1 malam
- 4 x hidangan makanan
- Penjagaan nursery bayi
- Pemeriksaan kumpulan darah
- Imunisasi bayi (BCG & Hepatitis B Dos 1)
Kos Bersalin Normal (Bukan Warganegara Malaysia)
Kos bersalin: RM 2,170
Pakej yang diterima ialah:
- 2 hari 1 malam
- 4 x hidangan makanan
- Penjagaan nursery bayi
- Pemeriksaan kumpulan darah
- Imunisasi bayi (BCG & Hepatitis B Dos 1)
Bagi kos rawatan berikut tidak termasuk dalam pakej bersalin dan memerlukan bayaran tambahan oleh pesakit sendiri.
- Induksi bersalin (induction of labour).
- Penahan sakit seperti pethidine, drip IV dan lain lain.
- Perkhidmatan ambulans.
- Sebarang komplikasi semasa bersalin.
- Ubat-ubatan selepas bersalin.
Alamat: 2236, Kampung Bukit Kubang Jambu, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Telefon: 09-624 1458
Laman sesawang: Pusat Perubatan Intan
#2 KMI Kuala Terengganu Medical Centre
Hospital bersalin swasta Terengganu KMI ialah pusat perubatan yang mengetengahkan nilai-nilai keislaman dalam operasi hospital.
Perkhidmatan pelanggan dari staf hospital ini sangat memuaskan dan profesional. Mama Siti bercakap berdasarkan pengalaman sendiri yang pernah menerima rawatan di KMI Kuala Terengganu.
Kos Bersalin Normal: RM 3,399
Pakej yang diterima ialah:
- Bilik katil eksklusif 1 katil per bilik (2 hari 1 malam)
- Prosedur kelahiran oleh pakar perbidanan dan sakit puan
- Perkhidmatan pakar kanak-kanak
- Pemantauan kesihatan ibu dan bayi
- Nurseri bayi untuk 2 hari 1 malam
- Suntikan imunisasi bayi (Engerik B dan Vitamin K)
- Ujian darah dan ujian makmal (Kumpulan darah ABO dan RH, G6PD, Gribbles & Thyroid)
- Ubat-ubatan untuk ibu untuk dibawa pulang
Dimaklumkan bahawa kos bersalin yang dinyatakan tidak termasuk dengan rawatan tambahan seperti komplikasi bersalin, rawatan tambahan bayi dan lain-lain.
Pakej-pakej yang Mama Siti senaraikan di bawah tidak termasuk dalam pakej bersalin dan jika keadaan itu berlaku maka bayaran tambahan diperlukan.
1) Bersalin
- Bersalin secara paksa
- Songsang atau Kembar
- Antibiotik untuk bayi
- Ubat penahan sakit (Epidural & Antonox)
- Anti-D untuk ibu negative RH
- Anestesia epidural
- Bersalin secara vacuum
- Bersalin secara forcep
- Mengeluarkan uri secara manual
2) Bayi
- Antibiotik
- Fototerapi (bayi kuning)
- Imunisasi Rubela
- Bersunat bagi bayi perempuan
- Komplikasi lain bayi (ambulan, x-ray, dan ujian makmal)
3) Lain-lain
- Tambahan rundingan pakar
- Pemindahan pakar
- Ubat dan rawatan tambahan
- Pembedahan kecil
- Tambahan hari untuk bilik
- Tambahan ujian makmal dan penyiasatan
Alamat: Lot 3963, Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Telefon: 09-637 8888
Laman sesawang: KMI Kuala Terengganu Medical Centre
Diharap perkongsian Mama Siti kali ini membantu Mama dan Papa merancang kelahiran bayi akan datang. Doa Mama Siti semoga ibu dan bayi sihat dan selamat dari proses dan melahirkan.
Lihat senarai hospital bersalin swasta di negeri lain di SINI.