KelabMama

TOP 8 Hospital Bersalin Swasta Pulau Pinang Paling TERBAIK

hospital bersalin swasta pulau pinang

Kredit gambar: www.rsananda.com

Pastinya Mama yang sedang hamil sekarang berdebar menunggu hari melahirkan bukan? Malah, Mama Siti sangat pasti, tentunya pelbagai perkara yang bermain di fikiran Mama terutama di saat-saat terakhir kehamilan ini!

Risaukan sakit bersalin, sakit kena jahit dan adakah Mama bakal mendapat layanan terbaik dari doktor serta nurse adalah antara perkara yang sering bermain di fikiran ibu-ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Jangan risau!

Semua hal baik-baik Mama akan dapat jika memilih untuk bersalin di hospital bersalin swasta Pulau Pinang yang Mama Siti kongsikan ini!

Terdapat beberapa buah hospital bersalin swasta terbaik di Pulau Pinang yang boleh menjadi pilihan Mama. Mama boleh survey dulu mana-mana pakej bersalin terbaik yang berkenan di hati di bawah ini!

Senarai Hospital Bersalin Swasta di Pulau Pinang

#1. Gleneagles Hospital Penang

Kredit gambar: Instagram @leliana_dr

Gleaneagles Hospital adalah hospital swasta yang menyediakan pakej bersalin terbaik di negeri Pulau Pinang. Harga yang ditawarkan setanding dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Bagi pakej bersalin, terdapat pakej untuk bersalin normal dan secara pembedahan. Harag bagi pakej bersalin secara normal bermula dari harga RM2,688 untuk bilik yang mempunyai 6 katil manakala bagi pakej bersalin normal untuk bilik mempunyai 2 katil bermula dari harga RM2,988 selama 3 hari 2 malam.

Bagi pakej bersalin pula, Mama boleh hubungi atau terus walk-in ke hospital ini melalui maklumat yang dilampirkan di bawah. Mama juga boleh bertanyakan melalui nombor WhatsApp iaitu 016-498 9089.

#2. Hospital Bersalin Swasta di Pulau Pinang – DBM Hospital

Kredit gambar: Instagram @dbmhospital

DBM Hospital adalah sebuah hospital bersalin swasta di Pulau Pinang yang terkenal dalam kalangan ibu-ibu beragama Islam. DBM Hospital juga dikenali sebagai Pusat Bersalin Muslimah Pulau Pinang.

Hospital ini menawarkan pakej bersalin yang berpatutan. Bagi pakej bersalin secara normal harga yang ditawarkan bermula dari RM2,700 untuk bilik 1 katil selama 2 hari 1 malam, manakala bagi bersalin secara pembedahan, harga yang ditawarkan bermula dari RM6,800 bagi bilik 1 katil selama 3 hari 2 malam.

Jika Mama ingin tahu lebih lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh terus melayari laman web mereka seperti yang tertera di bawah.

#3. Sunway Medical Centre Seberang Jaya

Kredit gambar: Instagram @ijuphoto89

Sunway Medixal Hospital adalah antara hospital swasta yang terbaik di Pulau Pinang kerana servis rawatan dan layanan yang setaraf dengan harga yang ditawarkan.

Selain rawatan dan prosedur sakit biasa yang disediakan di sini, terdapat juga rawatan dan prosedur bersalin di hospital swasta ini.

Antara pakej bersalin yang di tawarkan di hospital ini adalah pakej bersalin bagi bersalin normal dan juga secara pembedahan.

Bagi pakej bersalin pada 2023 terdapat diskaun bagi ibu-ibu yang ingin melahirkan di sini. Pakej bersalin beserta diskaun ini bermula dengan harga RM4,000 bagi bersalin secara normal, manakala bersalin secara pembedahan harga bermula dari RM6,000.

Untuk maklumat lanjut Mama boleh berhubung dengan pihak hospital melalui maklumat di bawah!

#4. KPJ Penang Specialist Hospital

Kredit gambar: Instagram @zillu_rahman03

KPJ Penang Specialist Hospital sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat banyak cawangan hospital di bawah rangkaian ini dan sememangnya terkenal dengan rawatan dan layanan yang berkualiti.

Di sini juga ditawarkan pakej bersalin bagi yang ingin melahirkan di sini. Pakej yang ditawarkan bermula dari harga RM2,888 bagi bersalin secara normal selama 2 hari 1 malam. Namun terdapat juga pakej lain mengikut bilik yang dipilih.

Bagi kos bersalin secara pembedahan pula, kosnya bermula dengan harga RM8,800 untuk penginapan 3 hari 2 malam dan cajnya berbeza mengikut jenis bilik yang dipilih.

Pastikan Mama baca dengan teliti semua butiran setiap pakej sebelum membuat pilihan.

#5. Pantai Hospital Penang

Kredit gambar: Instagram @bijandena

Bagi yang melahirkan di hospital ini pastinya sukakan pengalaman semasa melahirkan di sini kerana rawatan dan layanan terbaik yang diberikan.

Pakej bersalin di sini bermula pada harga RM4,900 untuk penginapan selama 3 hari 2 malam. Mama boleh tengok selanjutnya di laman web mereka!

#6. Hospital Bersalin Swasta Pulau Pinang – Loh Guan Lye Specialists Centre

Kredit gambar: Instagram @kenryo.budiman

Selain itu, Mama boleh juga memilih Loh Guan Lye Specialist Centre sebagai pilihan tempat untuk melahirkan. Pakej bersalin di sini adalah berbeza mengikut jenis bilik yang dipilih.

Penginapan adalah selama 3 hari 2 malam. Mama boleh baca dengan terperinci di laman web yang tertera dikongsikan di bawah!

#7. Bagan Specialist Centre

Kredit gambar: Instagram @bijiberas

Bagan Specialist Hospital juga adalah antara hospital bersalin swasta di Pulau Pinang yang menawarkan pakej bersalin. Tetapi pakej bersalinnya tidak dinyatakan secara jelas di dalam laman webnya.

Oleh itu jika Mama ingin tahu lebih lanjut boleh terus hubungi nombor tertera atau terus ke hospital untuk bertanyakan mengenai pakej yang Mama inginkan.

#8. Penang Adventist Hospital

Kredit gambar: Instagram @penangadventisthospital

Hospital swasta yang menawarkan pakej bersalin di Pulau Pinang yang terakhir ialah Penang Adventist Hospital. Hospital ini ada menawarkan pakej bersalin tetapi tidak dinyatakan dengan lebih lanjut di dalam laman webnya.

Untuk itu, Mama harus dapatkan maklumat melalui nombor yang telah tersedia seperti di bawah.

Diharapkan dengan adanya senarai hospital bersalin swasta Pulau Pinang ini, Mama semua dapat merasai pengalaman bersalin yang penuh dengan ketenangan dan keselesaan!


Mama juga boleh dapatkan senarai hospital bersalin di kawasan yang lain di SINI!