Papa dan Mama ada tak yang teringin nak sambut bayi dekat hospital swasta. Bukan apa, nak juga merasa layanan eksklusif dan berehat di tempat yang selesa.
Walaupun harga dan pakej yang disediakan ada disertakan dalam artikel ini, Mama Siti rasa lebih tepat kalau Mama hubungi sendiri hospital pilihan dan dapatkan info lanjut.
Jom, kita tengok senarai hospital bersalin terbaik dan terkenal yang ada di negeri Kelantan.
Senarai Hospital Bersalin Swasta di Kelantan
#1 Pusat Perubatan An-Nisa’
Hospital bersalin yang menawarkan sistem Tabung Al- Maulid untuk pelanggan yang ingin menabung deposit untuk kelahiran akan datang. Tambahan pula, semua doktor dan kakitangan di hospital ini majoritinya ialah perempuan.
Kos bersalin (Prosedur Normal)
- Pakej SAYANG RM 2799– 5 Katil Sebilik
- Pakej KASIH RM 2899– Single Standard
- Pakej CINTA RM 2949– Single Deluxe
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
- Harga pakej bermula daripada RM 8500
Pakej yang diterima termasuklah:
- Penginapan 3 hari 2 malam
- Bersalin normal tanpa komplikasi ibu dan bayi
- Perundingan dari pegawai perubatan serta pakar perbidanan dan Sakit Puan
- Pemeriksaan bayi oleh Pakar Pediatrik
- Penjagaan nurseri oleh jururawat terlatih
- Ujian darah untuk bayi (G6PD, TSH, ABO, RH)
- Vaksinasi Bayi (Hep B, BCG Dan Vit K)
- Ubatan asas
Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawang: https://annisa.com.my/
#2 Kota Bharu Medical Centre
Satu lagi pusat perubatan swasta yang menawarkan perkhidmatan ‘chef kiss’ untuk Mama dan bayi yang akan dilahirkan. Begitu juga dengan Papa yang dibenarkan menemani Mama semasa melahirkan anak nanti.
Kos bersalin (Prosedur Normal)
- Harga pakej bermula daripada RM3,200
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
- Harga pakej bermula daripada RM 7990
Pakej yang diterima termasuklah:
- Penginapan 2 hari 1 malam di bilik Single Standard
- Menu makanan mengikut pilihan
- Kaunseling masalah sakit puan
- Ubatan asas
- Caj kejururawatan
- Bilik jagaan bayi
- Ujian makmal G6PD/TSH
- Suntikan imunisasi selepas kelahiran untuk bayi
- Rawatan bayi oleh pakar kanak-kanak
Alamat: PT 179, 184, Jalan Sultan Yahya Petra, Taman Aman, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawang: Facebook
#3 KPJ Perdana
Perkhidmatan dari KPJ sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari peralatan, bilik-bilik yang disediakan hinggalah ke layanan doktor serta jururawat sangat profesional. Memilih untuk bersalin di KPJ Perdana bakal menjadi memori yang membahagiakan.
Kos bersalin (Prosedur Normal)
- Harga pakej bermula daripada RM3,350
Pakej yang diterima termasuklah:
- Penginapan 2 hari 1 malam di bilik yang dipilih
- Single Standard /2 katil
- O&G dan perundingan
- Bilik bersalin
- Penjagaan kelahiran oleh bidan terlatih
- Pemeriksaan asas bayi oleh Pakar Pediatrik
- BCG, Vaksinasi Hepatitis & Vitamin K
- Ujian makmal untuk bayi baru lahir
- Ubat asas
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
- Harga pakej bermula daripada RM 8,850
Pakej yang diterima termasuklah:
- Penginapan 3 hari 2 malam
- Khidmat nasihat
- Dewan bedah
- Ujian pendengaran dan darah bayi
- Suntikan BCG, Vitamin dan Hep B bayi
Alamat: PT 37 & 600 Dan Lot 684 (Level 1,2&3), Seksyen, 14, Jalan Bayam, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawang: https://www.kpjhealth.com.my/perdana/packages
#4 Hospital Universiti Sains Malaysia
Merupakan sebuah hospital universiti yang menawarkan pakej bersalin terbaik untuk Mama dan cahaya mata kesayangan. Kos bersalin disini sangat terjangkau dan harga bilik-biliknya pun berpatutan.
Kos bersalin (Prosedur Normal)
- Harga pakej bermula daripada RM 260
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
- Harga pakej bermula daripada RM500
- Bayaran bilik eksekutif: RM 250- RM 300 per malam
Pakej yang diterima termasuklah:
- Penginapan 2 hari 1 malam di bilik yang dipilih
- O&G dan perundingan
- Bilik bersalin
- Penjagaan kelahiran oleh bidan terlatih
- Pemeriksaan asas bayi oleh Pakar Pediatrik
- BCG, Vaksinasi Hepatitis & Vitamin K
- Ujian makmal untuk bayi baru lahir
- Ubat asas
Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Laman sesawang: https://hospital.usm.my/
Mudah-mudahan dengan senarai dan maklumat yang Mama Siti kongsikan tadi membantu Mama dan Papa membuat keputusan hospital bersalin terbaik bagi menyambut kelahiran si kecil.
Mama Siti nasihatkan supaya Mama terus hubungi hospital bersalin yang dipilih dan tempah slot kelahiran bayi akan datang.
Lihat senarai pusat perubatan dan klinik gigi di kawasan lain DI SINI.