Pusat perubatan yang terkenal dan terbaik memberi gambaran tentang nilai-nilai positif di sesebuah hospital. kali ini Mama Siti bawakan empat hospital bersalin swasta di negeri Perak sebagai persediaan Mama melahirkan bayi.
Di samping itu, Mama Siti juga senaraikan tiga klinik yang menawarkan pakej bersalin risiko rendah yang ada di sekitar negeri Darul Ridzuan itu.
Jom, kita lihat pakej yang disediakan dan kos bersalin bagi setiap hospital bersalin swasta.
Senarai Hospital Bersalin Swasta Di Perak
#1 Hospital Pakar KPJ Ipoh
Hospital Pakar KPJ Ipoh ialah perkhidmatan sehenti yang dilengkapi dengan kepakaran pakar, penjagaan pesakit intensif dan teknologi canggih. Melahirkan anak di hospital bersalin swasta ini dapat memenuhi keperluan Mama sebelum, semasa dan jika perlu, selepas lawatan mereka.
Kos Bersalin:
Kos bersalin (Prosedur Normal)
Harga pakej bermula daripada RM 2,788
- Penginapan dua hari, satu malam
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
- Penginapan tiga hari, dua malam
Harga pakej bermula daripada RM 6,888
Pakej yang diterima termasuklah:
Untuk ibu:
- Penginapan pesakit & suite penghantaran individu.
- Pek peralatan mandian hospital
- Bius analgesia epidural (Kelahiran Caesarean)
Untuk bayi:
- Rundingan pakar pediatrik
- Vaksinasi bayi (Hepatitis B, vitamin K dan BCG)
- Pemeriksaan Neonatal (G6PD, kumpulan darah dan TSH)
- Ujian Pendengaran Neonatal
Pakej percuma: Perkhidmatan kejururawatan rumah (radius 15 km)
Alamat: 26, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak
Laman sesawang: Hospital Pakar KPJ Ipoh
#2 Hospital Columbia Asia Taiping
Cawangan hospital Taiping di Columbia Asia ini antara institusi kesihatan yang menawarkan perkhidmatan terbaik yang menjadikannya salah satu hospital paling komprehensif di Malaysia setakat ini.
Hospital ini boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan PLUS melalui susur keluar Changkat Jering dan susur keluar Kamunting/Taiping Utara.
Kos Bersalin:
Kos bersalin (Prosedur Normal)
Harga pakej bermula daripada RM 3,798 hingga RM 4,000
- Penginapan dua hari, satu malam
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
- Penginapan tiga hari, dua malam
Harga pakej bermula daripada RM 9,798 hingga RM 10,000
Pakej yang diterima termasuklah:
- Rundingan dan khidmat nasihat (O&G, anestetik dan pakar pediatrik)
- Ubat-ubatan
- Penjagaan kejururawatan untuk ibu dan bayi
- Imunisasi bayi
- Ujian darah bayi
- Ujian pendengaran bayi
Kadar bilik satu malam
- Bilik bersalin – RM 170 (12 jam pertama)
- Bilik satu katil – RM220
- Bilik dua katil – RM150
- Bilik tiga katil – RM120
- Bilik empat katil – RM80
Alamat: 5, Jalan Perwira, 34000 Taiping, Perak
Laman sesawang: Hospital Columbia Asia Taiping
#3 Hospital Pantai Ipoh
Perkhidmatan bersalin di Hospital Pantai Ipoh diketuai oleh kumpulan perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik yang berkemahiran tinggi, berpengalaman, serta komited untuk menyediakan penjagaan pesakit yang selamat dan berkualiti.
Kos Bersalin:
Kos bersalin (Prosedur Normal)
Harga pakej bermula daripada RM 2,188
- Penginapan dua hari, satu malam
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
Harga pakej bermula daripada RM 6,888
- Penginapan tiga hari, dua malam
Pakej yang diterima termasuklah:
- Kelahiran normal oleh pakar obstetrik & pakar ginekologi
- Pemeriksaan bayi oleh pakar pediatrik
- Ujian darah (TSH, G6PD, Kumpulan Darah)
- Suntikan Vitamin K
- Imunisasi BCG
- Suntikan Engerix (Dos pertama Hepatitis B)
Kadar bilik satu malam
- Bilik Deluxe – RM 350
- Bilik satu katil – RM 220
- Bilik dua katil- RM 165
- Bilik empat katil – RM 85
- Nurseri (Bayi) – RM 35.00
- Inkubator (Bayi) – RM 105.00
Alamat: 5, Jalan Perwira, 34000 Taiping, Perak
Laman sesawang: Hospital Pantai Ipoh
#4 Hospital Ar-Ridzuan
Hospital bersalin yang mengaplikasikan pendekatan islamik. Bacaan doa dan alunan zikir bergema di segenap ruang hospital pada setiap pagi.
Tambahan pula, terdapat label peringatan di dinding wad. ‘Baca Bismillah sebelum makan ubat ini’ dan kata-kata “kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya”.
Semua kakitangan juga diwajibkan memakai hijab dan menutup aurat.
Kos Bersalin:
Kos bersalin (Prosedur Normal)
Harga pakej bermula daripada RM 2,890
- Penginapan dua hari, satu malam
Kos bersalin C-Section (Prosedur Pembedahan)
Harga pakej bermula daripada RM 6,888
- Penginapan tiga hari, dua malam
Pakej yang diterima termasuklah:
- Ujian darah ibu (FBC & GSH)
- Rundingan pakar perbidanan dan pakar kanak-kanak
- Ujian darah bayi ( C6PD, TSH, kumpulan darah, Hepatitis B dan vitamin K)
- Empat kali sajian makanan
- Suntikan BCG
- Tahnik (kurma dan air zam-zam)
Alamat: 5, Jalan Perwira, 34000 Taiping, Perak
Laman sesawang: arridzuan.com
Klinik-Klinik Yang Menawarkan Pakej Bersalin
#1 Klinik Bersalin Yasmin
Klinik bersalin swasta yang terletak di daerah Pengkalan Tentera Laut ini menjadi pilihan sebilangan penduduk sejak tahun 2009. Sebuah klinik yang dikhaskan hanya untuk ibu hamil, bersalin dan bayi baru lahir.
Alamat: Persiaran Venice Sutera 1, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak
Laman sesawang: Klinik Bersalin Yasmin
#2 Pusat Pakar Permata Raoofah
Pusat kesihatan ini telah mula mendapat perhatian ibu hamil sejak tahun 2013 lagi. Rata-rata memberikan maklum balas positif tentang penglaman mereka melahirkan anak di Pusat Pakar Permata Raoofah.
Alamat: Jalan Jelapang, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Perak
Laman sosial: Facebook @Pusat Pakar Permata Raoofah
#3 Poliklinik Bakti Aminin
Poliklinik Bakti Aminin menawarkan perkhidmatan pelbagai disiplin perubatan termasuklah rawatan ibu dan anak seperti menyambut kelahiran bayi. Mama boleh mula dapatkan rawatan di poliklinik ini sejak dari awal kehamilan lagi agar kesihatan kandungan sentiasa terjaga.
Alamat: 46 & 49, Jalan Haji Mustafa Raja Kamala, 35900 Tanjong Malim, Perak
Laman sesawang: Poliklinik Bakti Aminin
Hospital dengan cogan ‘terbaik dan terkenal’ selalunya sering menjadi pilihan ibu-ibu hamil yang ingin melahirkan anak. Kos bersalin dan hospitiliti hospital ialah dua faktor utama pemilihan sesebuah hospital bersalin.
Mudah-mudahan, urusan melahirkan Mama dipermudahkan dan diharap pengalaman bersalin di hospital swasta menjadi memori yang tak dilupakan sepanjang hidup.
Dapatkan lebih banyak maklumat kesihatan dan pusat perubatan seluruh Malaysia DI SINI.