“Abang, anak kita kali ini boleh tak sayang nak bersalin dekat hospital swasta?”
Artikel ini khas untuk Papa dan Mama yang berkemampuan ya. Jangan terlalu memaksa diri hingga meminjam atau mengabaikan kesihatan diri semata-mata mahu bersalin di hospital swasta.
Paling penting, bayi dan ibu selamat dilahirkan. Jadi, ayuh kita lihat hospital bersalin swasta yang terbaik dan terkenal di negeri Johor Darul Takzim.
Senarai Hospital Bersalin Swasta Di Johor
#1 Hospital Columbia Asia
Columbia Asia Hospitals menawarkan perkhidmatan obstetrik dan ginekologi, khusus dalam kesihatan wanita, terutamanya kesihatan reproduktif, kehamilan dan melahirkan anak.
Pakar Obstetrik & Ginekologi kami di Columbia Asia Hospitals sangat terlatih untuk menyediakan penjagaan menyeluruh untuk wanita dari akil baligh hingga menopaus.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Prosedur bersalin oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi tanpa komplikasi
- Suntikan tulang belakang
- Bayaran prosedur pakar bius
- Penginapan di bilik 1-2 katil dengan pakej makanan
- Pemantauan ibu dan bayi
- Pemerhatian dan rawatan standard selepas bersalin
- Lawatan dan rundingan wad
- Ubat di hospital dan dibawa pulang
- Kos rawatan untuk bersalin normal bermula daripada RM4,000.
- Kos rawatan untuk bersalin caesarean bermula daripada RM9,000.
*Semua kos ini tidak termasuk mana-mana komplikasi
Alamat: Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Laman sesawang: https://www.columbiaasia.com/malaysia/hospitals/iskandar-puteri/overview
#2 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn
Penjagaan pesakit yang intensif di hospital ini dilengkapkan lagi dengan teknologi canggih untuk memenuhi keperluan Mama dan bayi.
Keputusan untuk mendapatkan rawatan di disini menjaminkan keselesaan pesakit dan penjagaan sebelum, semasa, dan jika perlu, selepas lawatan.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Kaedah bersalin normal
- Penginapan 2 hari 1 malam/ 2 katil
- Kemasukan, perundingan oleh O&G & pakar pediatrik
- Hep B (dos pertama) – Vitamin K & BCG
- Ujian pendengaran neonatal.
- Kaunseling penyusuan untuk Ibu
- Cetakan kaki bayi
Kaedah bersalin pembedahan (caesarean)
- Kecemasan bersalin caesarean
- Penginapan 3 hari 2 malam/ 4 katil
- Kemasukan, perundingan oleh O&G & pakar pediatrik
- Hep B (dos pertama) – Vitamin K & BCG
- Ujian pendengaran neonatal
- Kaunseling penyusuan untuk Ibu
- Cetakan kaki bayi
Kos rawatan untuk bersalin normal bermula dari RM 3,000.
Kos rawatan untuk bersalin caesarean bermula dari RM 8,000.
*Semua kos ini tidak termasuk mana-mana komplikasi
Alamat: Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor.
Laman sesawang: https://www.kpjhealth.com.my/bdo/
#3 Hospital Penawar Pasir Gudang
Di Hospital Penawar, Mama boleh memilih doktor semasa bersalin. Tambahan pula, ada hamper menarik untuk Mama dan bayi sebagai menyambut kelahiran bayi.
Pastikan juga Mama telah mendapatkan sekurang-kurangnya dua kali pemeriksaan kandungan bermula usia kandungan 28 minggu.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Penginapan 2 hari 1 malam untuk bilik 4 katil bagi pakej normal
- Penginapan 3 hari 2 malam untuk bilik 4 katil bagi pakej pembedahan
- Harga pakej adalah untuk pesakit tunai dan tiada komplikasi lain
- Dikelolakan oleh pakar perbidanan dan sakit puan serta pakar kanak-kanak
- Imunisasi BCG/VITAMIN K/HEPATITIS B untuk bayi
Kos rawatan:
Bersalin normal bermula dari harga RM 2,790
Kelahiran secara cesarean harga bermula dari RM 7,199
Alamat: No 15-19 (A-D) , Business Center, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor
Laman sesawang: http://www.hospitalpenawar.com/?page_id=100
#4 Hospital Pakar Regency (Regency Specialist Hospital)
Barisan pakar dan petugas disini sedia membantu Mama menjalani proses bersalin. Tambahan pula, lokasinya hanya 15 minit dari pusat pemeriksaan Singapura-Woodlands dan pusat bandar Johor Bahru.
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Kaedah bersalin normal
- Penginapan 2 hari satu malam/ 1 katil
- Yuran pendaftaran & kemasukan
- Suite bersalin
- Khidmat nasihat doktor
- Penjagaan kejururawatan untuk Ibu & bayi
- Pemeriksaan bayi (CORD G6PD, TSH, ABO)
- Vaksinasi bayi (BCG, Hepatitis B dan Vitamin K)
- Ujian pendengaran untuk bayi
- Konsultasi penyusuan
Kaedah bersalin pembedahan
(Pakej tambahan untuk kelahiran caesarean)
- Penginapan 3 hari 3 malam/ 1 katil
- Proses pembedahan
- Bilik pembedahan
Kos rawatan:
Bersalin normal bermula dari harga RM 3,888
Kelahiran secara cesarean harga bermula dari RM 10,488
*Kos yang dipaparkan tidak termasuk komplikasi
Tawaran tambahan termasuklah:
- Kelas pra-natal untuk ibu
- Sesi pakar diet selepas bersalin untuk ibu
- Perlindungan 6 bulan tanpa kos tambahan untuk bayi
Alamat: 1, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Laman sesawang: https://www.regencyspecialist.com/
#5 Pusat Pakar Kensington Green (Kensington Green Specialist Centre)
Kebimbangan Mama menjadi tanggungjawab doktor dan petugas di hospital ini. Selain kos bersalinnya yang berpatutan, Mama juga bebas memilih jenis bilik mengikut keselesaan masing-masing.
Kos rawatan:
(Bagi bilik 2 katil/ bilik)
- Bersalin normal bermula dari RM 3,800
- Kelahiran secara cesarean harga bermula dari RM 8,800
Kadar bayaran bilik:
- Bilik suite VIP: RM 350/ malam
- Bilik satu katil: RM 200/ malam
- Bilik dua katil: RM 100/ malam
Alamat: No 2, Jalan Ceria 20, Taman Nusa Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Laman sesawang: https://www.kgsc.com.my/usr/page.aspx?pgid=2&lang=en
#6 Kempas Medical Centre
Walaupun kos bersalin terkini tidak dikongsikan di laman sesawang dan medical sosial namun Mama Siti tertarik dengan hospital ini disebabkan rata-rata pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Dengan khidmat pakar dan warga kerja yang berpengalaman, Mama bakal menerima pengalaman bersalin terbaik dan tak dilupakan.
Alamat: Lot PTD 7522, Jalan Kempas Baru, Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor
Laman sesawang: Kempas Medical Centre
#7 Hospital Maria
Dari jauh dah nampak bangunan warna merah jambu. Seolah-olah menyambut kedatangan Mama untuk melahirkan di hospital ini.
Beberapa dokumen penting perlu di sediakan sebelum mendaftar masuk ke Hospital Maria. Contohnya, kad pengenalan, surat rujukan doktor, surat jaminan dan kad insurans.
Memandangkan hospital ini tidak mendedahkan maklumat pakej bersalin, jadi Mama atau Papa perlu hubungi sendiri di talian +607 220 9965. Nombor telefon tersebut dikhususkan untuk rawatan sakit puan seperti untuk melahirkan anak dan rawatan untuk bayi.
Alamat: Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Laman sesawang: mariahospital.com/index.html
#8 Pusat Pakar Bersalin Johor (Johor Maternity Specialist Centre)
Berdasarkan pemerhatian Mama membaca ulasan Google, boleh tahan juga pengalaman pesakit yang pernah menerima rawatan disini.
Maklumat berkaitan pakej bersalin tidak dikongsikan oleh pihak hospital sama ada di laman sesawang atau di laman sosial. Tetapi ada pelanggan yang menyatakan kos bersalin normal bermula dari RM 2,000 sahaja manakala untuk bersalin pembedahan dianggarkan bermula dari RM 4,000.
Alamat: No. 38, 40 & 42, Jalan Cantik, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Laman sesawang: Pusat Pakar Bersalin Johor
#9 Gleneagles Hospital Medini Johor
Kalau di Kuala Lumpur, memang ramai selebriti yang menjadikan hospital ini sebagai pusat rawatan mereka. Mama yang tinggal di Johor pun boleh menikmati manfaat yang sama bersama-sama Papa dan bakal bayi juga dengan menggunakan perkhidmatan di hospital ini.
- Pakej ini terpakai untuk bersalin tanpa komplikasi.
- Perlu menghadiri sekurang-kurangnya 3 pemeriksaan antenatal.
- Untuk menikmati faedah pakej bersalin, sila daftar dan buat deposit pra-kemasukan RM1,000 sebelum 34 minggu kehamilan.
- Pakej ini terpakai untuk membayar sendiri sahaja.
- Spesifikasi pakej dan kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
- Harga bil akhir adalah tertakluk kepada keadaan ibu dan bayi semasa dan selepas bersalin.
Kos pakej bersalin normal dan caesarean tidak dinyatakan di mana-mana laman rasmi milik Gleneagles Hospital Medini Johor. Tetapi mereka ada melampirkan terma dan syarat untuk menikmati kelebihan bersalin di sini.
Sebarang pertanyaan juga boleh disalurkan di sini.
Alamat: No 2, Jalan Medini Utara 4, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Laman sesawang: https://gleneagles.com.my/ms/medini-johor#
#10 Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani (KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital)
Hospital ini menyediakan pakej bersalin komprehensif untuk semua bakal ibu yang berminat mencipta kenangan indah melahirkan anak disini.
Hospital Pakar KPJ Bandar Maharani telah pun diperakui dengan akreditasi Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI).
Mama hanya perlu memenuhi pemeriksaan antenatal rutin dengan dua pemeriksaan selepas 28 minggu kehamilan.
Pakej yang ditawarkan termasuklah;
- Prosedur kelahiran normal atau pembedahan
- Bilik dua katil
- Proses bersalin dan rundingan pakar O&G
- Pemeriksaan bayi oleh Pakar Pediatrik
- Pemeriksaan darah bayi
- Penggunaan analgesia
- Bayaran pakar bius
- Imunisasi & suntikan bayi
Kos bersalin normal: RM 3,199
Kos bersalin caesarean: RM 7,500
Alamat: 73-1, Jln Stadium, Kampung Baharu, 84000 Muar, Johor
Laman sesawang: https://www.kpjmaharani.com/
Di hospital swasta keselesaan dan kepuasan pelanggan diutamakan. Keselesaan yang dimaksudkan ialah bilangan katil yang sedikit dalam satu wad serta menerima layanan yang profesional daripada doktor, jururawat dan petugas hospital.
Semoga, Mama dan Papa dapat abadikan detik bersejarah menyambut kelahiran bayi kesayangan di hospital pilihan masing-masing.
Lihat senarai pusat perubatan dan panduan lain DI SINI.