Tabiat hisap jari bagi kanak kanak ni merupakan perkara biasa terutama bagi yang baru lahir. Ada yang hisap ibu jari, jari telunjuk, yang hisap jari kelingking pun ada. Katanya, tabiat menghisap jari ni menyebabkan bayi rasa lebih tenang dan selesa.
Kebiasaannya, si manja akan berhenti dengan sendiri tabiat ni selepas 6-7 bulan atau 2-4 tahun. Tapi tak semua. Ada juga kanak kanak yang terus ketagih dengan tabiat ni sehingga besar.
Sekiranya tabiat ini berterusan sehingga usia 3 tahun, ia merupakan amaran untuk mama untuk SEGERA BERTINDAK!
Kenapa? Sebab tabiat menghisap jari boleh mengakibatkan perubahan struktur rahang, gigi dan lelangit. Ia akan menyebabkan gigi jongang dan gigitan jadi tak rapat.
Kenapa Kanak-Kanak Hisap Jari?
1. Sucking reflex kerana menyusu
Ia terjadi kerana bayi sudah terbiasa menyusu. Sebab seronok sangat hisap puting, lama-lama bayi akan cuba cari alternatif lain untuk dapatkan keseronokan yang sama dan jari merupakan alternatif yang paling mudah.
2. Ianya menenangkan!
Tabiat menghisap jari ni dapat buat si manja rasa tenang dan selamat. Sebagai contoh, apabila mama dengan papa tinggalkan mereka sebentar. Hisap jari ni umpama agen penenang gitu!
3. Jari sentiasa ada di tangan.
Biasalah, awal-awal, si manja hanya nak cuba-cuba saja, try rasa jari ni macam mana kan? Tapi kalau dah lama-lama dan dia pun rasa selesa dan seronok, ianya mula bertukar jadi tabiat.
Macam Mana Nak Hentikan Tabiat Ni?
- Balut ibu jari.
- Sapukan bahan yang anak-anak tak suka seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
- Puji si manja dan bagi ganjaran serta perhatian bila anak anda tak hisap ibu jari.
- Pastikan anak mama sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk hisap jari.
- Libatkan anak mama dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Contoh: alat permainan
- Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ni berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
Mama dengan papa take note ye! Kalau tabiat ni diamalkan secara berterusan sehingga gigi kekal mula tumbuh, maka ia akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran kanak-kanak, terutama pada bahagian muka dan mulut.
Sumber: Public Health Malaysia, thezuriat
BACA JUGA BETUL KE CARA MAMA BAGI PUTING KOSONG DEKAT ANAK?
Pesan Mama Siti:
Untuk hentikan tabiat ni, mama juga boleh gunakan puting susu. Mungkin ada setengah ibubapa yang tak suka puting susu ni atas sebab kebersihan kan? Tapi kalau mama nak guna puting susu sebagai solusi, pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersihlah. Kalau tak bersih, memangla kesihatan anak mama akan terjejas. Semoga bermanfaat ye!