KelabMama

Hilangkan Bau Hanyir Telur Ikan Mayong dengan Petua Ini (+ 4 Resepi Sedap!)

cara hilangkan bau hanyir telur ikan mayong dan resepinya

Siapa je yang tak suka makan telur ikan mayong kan, kalau ada menu ni mesti tak sabar-sabar nak makan. Tapi ada satu cabaran bila Mama nak memasaknya.

Bau hanyir yang kuat, ini boleh menganggu selera makan dan menjejaskan hidangan Mama walaupun Mama dah bersihkan dan mencucinya dengan betul.

Jangan risau, Mama akan belajar cara cepat untuk hilangkan bau hanyir telur ikan mayong serta boleh mencuba juga resepi menarik yang Mama Siti kongsikan ini.

Cara Hilangkan Bau Hanyir Telur Ikan Mayong

Sebelum rebuskan telur mayong, Mama boleh rendam dahulu dengan air asam jawa atau perahan limau nipis.

Kredit Video: TikTok Malina LiNa Pg

Mudah je bahannya, Mama hanya perlukan:

Cara untuk Mama merebus telor mayong:

  1. Mama masukkan semua bahan rebusan dalam periuk dan tunggu hingga air mendidih.
  2. Masukkan telur ikan mayong. Rebus atau celur leboh kurang lima minit.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Bilas dan cuci bersih kalau masih ada putih-putih pada telur.

Senang je kan, dengan tips ni tiada lagi masalah bau hanyir telor mayong dan masakan Mama jadi lebih menyelerakan.

Okay jom tengok resepi yang Mama Siti kongsikan pula,

Resepi Masak Telur Ikan Mayong

1. Telur Ikan Mayong Grilled

Kredit Video: TikTok Jintan Manis Channel

Bahan-bahan

Bahan Kisar

Bahan lain

Cara Penyediaan:

  1. Mama kisarkan kesemua bahan.
  2. Letakkan telur mayong dalam mangkuk dan tuang bahan kisar tadi.
  3. Masukkan kelapa parut putih dan kunyit hidup.
  4. Gaul sekata.
  5. Mama bungkuskan dengan daun pisang. Cucuk lidi dengan hati-hati supaya daun tidak terbuka.
  6. Mama grill dalam air fryer dengan 180C selama 25 hingga 30 minit, mengikut suhu air fryer Mama.
  7. Siap untuk dihidang.

Nota: Hati-hati semasa Mama mengaul, supaya telur tidak pecah.

Kredit: TikTok Jintan Manis Channel

2. Kari Telur Ikan Mayong

Kredit Gambar: Daily Makan

Bahan-bahan

Bahan Rebusan:

Cara untuk Merebus:

  1. Mama masukkan semua bahan rebusan dalam periuk dan tunggu hingga air mendidih.
  2. Masukkan telur ikan mayong. Rebus atau celur sekejap.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Bilas dan cuci bersih kalau masih ada putih-putih pada telur.

Cara Penyediaan:

  1. Mama satukan bahan bertanda * iaitu bawang merah,bawang putih kisar bersama serbuk kari dan bancuh bersama sedikit air menjadi pes kari yang pekat.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hiris iaitu bawang merah, bawang putih, halia, halba campur, dan daun kari.
  3. Mama tumiskan hingga garing dan masukkan bancuhan serbuk kari dan bawang.
  4. Tumis hingga pecah minyak serta masukkan asam keping, garam dan perasa.
  5. Mama kacau sebentar.
  6. Kemudian masukkan santan dan masukkan air secukupnya (bergantung kepekatan kuah yang Mama suka).
  7. Biarkan kuah mendidih Mama masukkan telur ikan mayong yang telah direbus tadi dan bendi.
  8. Tutup periuk dan biarkan bendi lembut sedikit.
  9. Tempoh memasak telur ikan mayong bergantung selera masing-masing kalau suka yang betul-betul masak, masak lama sedikit.
  10. Akhir sekali masukkan cili padi merah dan hijau untuk hiasan.
  11. Tutup api dan gulai ikan mayong sedia dihidang.

Nota: Tips untuk hilangkan hanyir Mama rendam telur ikan mayong ke dalam air berisi asam jawa atau pun asam keping. Rendam selama 30min. Kemudian Mama bilas dan cuci bersih.

Kredit: Malina Lina Pg

3. Asam Pedas Telur Mayong

Kredit Gambar: Motherhood Story

Bahan-bahan

Bahan untuk Kisar:

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan bahan yang Mama kisar tadi.
  2. Tumiskan sehingga garing, masukkan juga batang serai sekali.
  3. Bila dah garing bahan tumis, Mama tambahkan cili giling, ikut tahap kepedasan Mama. Garingkan.
  4. Kemudian, masukkan air mengikut kepekatan kuah asam pedas Mama.
  5. Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula.
  6. Kemudian asam jawa. Kacau sehingga kuah mendidih.
  7. Masukkan sayuran Mama dan daun limau purut. Kacau.
  8. Bila sayur Mama sudah masak, akhir sekali masukkan telur mayong.
  9. Tunggu sekejap dan boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas.

Kredit: qampung people

4. Masak Lemak Cili Api Telur Mayong

Kredit Gambar: www.lazada.com.my

Bahan-bahan

Bahan Kisar:

Cara Penyediaan:

  1. Mama masukkan bahan kisar dalam periuk. kacau sehingga kering.
  2. Kemudian, masukkan santan. Kacau rata sehingga santan Mama mendidih.
  3. Masukkan telor mayong.
  4. Masak sehingga telor masak atau separuh masak mengikut kesukaan Mama.
  5. Masukkan pucuk asam kandis. Biarkan sehingga telur masak.
  6. Masukkan asam keping dan garam kasar.
  7. Biarkan sehingga masak lemak cili api Mama masak.
  8. Siap untuk dihidang.

Kredit: Azie Kitchen

Lepas ni Mama boleh masak menu telur ikan mayong dengan senang hati tanpa risau bau hanyir telur mayong. Untuk Mama yang first time nak masak boleh cuba resepi yang Mama Siti kongsikan.

Selamat mencuba!


Apa lagi menu yang Mama perlu cuba hujung minggu nanti? Klik di SINI.