KelabMama

“Jangan Takut Kahwin”- Ini 15 Hikmah Perkahwinan Yang Penuh Mawaddah, Sakinah, dan Rahmah

hikmah perkahwinan

Hukum perkahwinan pada asalnya ialah harus mengikut mazhab Imam As-Syafi’e, tetapi fuqaha atau ahli fikah menyatakan bahawa hukum perkahwinan boleh berubah mengikut keadaan setiap orang.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ikatan perkahwinan mempunyai hikmah kepada diri, komuniti dan agama. 

Mama Siti kongsikan 15 hikmah berkahwin kepada umat Islam.  

15 Hikmah Perkahwinan

#1 Lebih Berdisiplin

Apabila sudah berkahwin, kita akan belajar bagaimana untuk menguruskan kehidupan dalam baru. Ini bermakna Mama dan pasangan akan mempunyai tanggungjawab dan tugas khusus yang perlu dilakukan.

Sebagai contoh, ibu bapa mempunyai tugas tertentu terhadap anak-anak mereka. Berkahwin akan membantu kita menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

#2 Rezeki Bertambah

Rezeki bukan sekadar duit dan benda yang kita miliki. Ia juga boleh bererti kegembiraan dan keceriaan. 

Allah memberi kita apa yang kita perlukan untuk hidup, jadi kita perlu bekerja keras, kekal positif dan berdoa untuk mendapatkan rezeki.

Dari Aisyah R.A., Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

“Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh menjimatkan harta”

(Riwayat Imam al-Bazzar) 

#3 Dapat Zuriat Dari Nasab Yang Sah

Kredit gambar: Hello Sehat

Berkahwin membolehkan pasangan mendapat zuriat dan menjalani kehidupan yang baik mengikut ajaran Allah. 

Ia merupakan perkara yang digalakkan oleh Nabi Muhammad berdasarkan hadis;

Daripada Ma’qal bin Yasar, Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Berkahwinlah kamu dengan wanita pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai.”

(Riwayat Abu Daud)

#4 Sunah Nabi

Para nabi dan rasul adalah ibarat suri teladan untuk kita ikutan agar kita bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat. 

Jika kita mengikut ajaran mereka tentang perkahwinan, kita akan mendapat kehidupan yang baik dan terjamin. Insya Allah.

#5 Hidup Menjadi Tenang Dan Tenteram

Lagi hikmah perkahwinan ialah ia dapat mewujudkan rasa aman, bahagia, nyaman dan tenteram dalam keluarga serta menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang.

#6 Menjaga Iman

Kredit gambar: Alamy

Apabila  satu pasangan berkahwin, mereka terpelihara daripada perbuatan yang melibatkan dosa terutama yang berkaitan dengan syahwat. Ia adalah hikmah perkahwinan yang sangat bermakna. 

#7 Memelihara Kesucian 

Di samping itu, hikmah perkahwinan ialah lelaki secara semula jadi mempunyai keinginan terhadap wanita, begitu juga wanita. 

Disebabkan itu, syaitan sentiasa cuba menghasut mereka melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Melalui perkahwinan, kita akan terpelihara daripada perkara sebegitu.

#8 Membina Persekitaran Berkeluarga

Hikmah perkahwinan ialah kita boleh membina persekitaran keluarga melalui perkahwinan.

Ini termasuklah berpeluang menjadi sebahagian daripada proses perkembangan kanak-kanak.

Anak-anak ini nanti akan membesar menjadi orang Islam yang berjaya dan akan menjadi sebuah keluarga yang berfungsi. 

#9 Melindungi Masyarakat Dari Penyakit Fizikal

Kredit gambar: sti-awareness.webnode.page

Perkahwinan dapat melindungi  keluarga daripada penyakit fizikal dan akhlak yang buruk. Ini kerana zina boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Hikmah perkahwinan ini sangat besar dalam masyarakat kita kerana dapat melindungi diri daripada penyakit AIDS dan sifilis.

 #10 Menghindarkan Diri Dari Masalah Moral

Perkahwinan boleh menutup pintu fitnah dan maksiat yang menyebabkan kerosakan akhlak dalam masyarakat di samping dapat mencegah kemungkaran.

Jadi selepas berkahwin, pasangan tersebut mempunyai hubungan yang halal dan boleh pergi ke mana-mana bersama dan tiada lagi fitnah.

#11 Menstabilkan Populasi Manusia 

Hikmah perkahwinan ialah dapat meningkatkan bilangan manusia yang semakin berkurangan di dunia

Banyak faktor yang menyumbang kepada keengganan orang untuk berkahwin seperti bimbang diabaikan, didera. Selain itu juga faktor ekonomi juga memberikan impak kepada kadar perkahwinan. 

Terkini, ada pasangan yang berkahwin tetapi membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak. 

#12 Hidup Harmoni

Kredit gambar: Hello Doktor

Hikmah perkahwinan yang mungkin ramai orang tidak sedari terletak pada segala perasaan kasih sayang yang timbul dalam perhubungan yang halal. 

Melalui perkahwinan juga, kita dapat meningkatkan amal ibadah yang merubah kehidupan menjadi lebih harmoni dalam kehidupan berumahtangga.

Dengan kasih sayang yang tulus, seorang lelaki dan perempuan akan lebih cekal menghadapi cabaran. 

#13 Menghalalkan Keinginan Fitrah

Apabila sudah berkahwin dan berkeluarga, kita tidak perlu lagi bimbang tentang hubungan terlarang kerana ianya halal.

Bahkan ketika bersama pasangan pun mendapat ganjaran.

#14 Kekalkan Silaturrahim

Kredit gambar: iStock

Hikmah perkahwinan juga dapat mengeratkan dua keluarga dan menjalin silaturahim antara saudara seislam.

Selain itu, ia dapat menambah bilangan ahli keluarga dan orang tersayang.

#15 Memperbaiki Diri

Jika sebelum ini kita solat seorang diri, kini kita menjadi imam atau makmum bersama-sama pasangan. Pahala solat berjemaah ialah 27 kali ganda dari solat bersendirian. 

Segala perkara baik yang dilakukan dengan pasangan berpotensi mendapat pahala dan dalam masa yang sama selalu mengingati antara satu sama lain.

Kredit gambar:mStar

Hukum berkahwin boleh berubah namun hikmahnya masih sama. Terdapat 15 hikmah perkahwinan yang akan diperoleh sekiranya dua orang umat Islam berkahwin. 

Semoga perkongsian ini memberikan sedikit pendedahan tentang kelebihan hubungan perkahwinan. 


Untuk lebih banyak tips amalan dan doa klik SINI.