Kejadian hidung anak berdarah ini selalu sangat berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Mesti mama papa risau tentang kesihatan anak-anak kan? Lebih-lebih lagi bila orang ramai kaitkan hidung berdarah ni dengan cuaca panas Malaysia atau terma “panas dalam”.
Hmm..adakah kita perlu migrasi ke negara lain? Mama papa tahu tak yang sebenarnya bukan je cuaca yang boleh menyebabkan hidung berdarah. Banyak lagi punca lain yang membawa kepada pendarahan di dalam hidung si manja.
Antara punca yang boleh menyebabkan hidung anak berdarah adalah:
#1 Trauma
Di usia si manja yang baru menginjak pra sekolah. Pasti mama papa pernah lihat mereka mengusik rakan-rakan dengan mengenakan tangan yang kotor kepada rakan-rakan. Namun, pendarahan hidung boleh berlaku apabila berlaku kecederaan pada bahagian dalam hidung. Kebiasaannya bila si manja kerap sangat mengusik hidung mereka sehingga saluran darah dalam hidung terkoyak.
#2 Pengambilan ubat
Pengambilan ubat selsema, alahan atau melambatkan pembekuan darah juga boleh menyebabkan pendarahan pada hidung.
#3 Resdung
Pendarahan hidung disebabkan resdung ini berkait rapat dengan hingus yang mengering di dalam hidung. Apabila air hidung mula mengeras dan si manja cuba untuk mengeluarkannya daripada hidung, ia akan menyebabkan dinding hidung terluka. Ini hanya akan berlaku jika anak-anak mempunyai resdung yang agak teruk.
#4 Udara kering
Kebiasaannya udara akan kering semasa musim sejuk. Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia tak akan berdepan dengan masalah ini. Namun, penggunaan penghawa dingin dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan udara menjadi kering dan menyebabkan hidung berdarah.
Tanda dan gejala hidung berdarah
- Pendarahan satu atau kedua-dua lubang hidung.
- Kerap telan darah yang menyebabkan muntah yang mengandungi darah.
- Rasa ada cecair dibelakang hidung dan tekak.
Rawatan untuk hidung berdarah
Ini antara langkah keselamatan yang mama boleh ambil sekiranya hidung anak berdarah :Beri keselesaaan kepada anak.
1) Dudukkan anak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
2) Suruh anak bernafas melalui mulut.
3) Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
4) Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
5) Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tak.
6) Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
7) Jika pendarahan dah berhenti, nasihatkan anak supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.
Apa pun yang jadi, mama papa tak perlu risau kerana kebiasaannya pendarahan hidung boleh dirawat di rumah jika darah yang keluar hanya sedikit. Tapi kalau pendarahan tak berhenti, mama papa perlu bawa anak ke klinik atau hospital berdekatan. Pada kita mungkin biasa tapi dalaman anak kita tak tahu kan?
Semoga membantu!
BACA JUGA HIDUNG BERDARAH? INI CARA HENTIKAN PENDARAHAN
Pesan Mama Siti
Anak hidung berdarah ni mungkin perkara yang biasa terjadi tapi jangan dibiarkan. Kalau dah tahu punca tak apa. Kalau belum tahu & dibiarkan pun bahaya juga. Luaran mungkin nampak biasa tapi dalaman kita tak tahu. Anak kita mungkin sedang menahan sakit. Seeloknya bawa ke klinik untuk buat pemeriksaan supaya kita sebagai mama papa lebih jelas tentang pendarahan hidung ni.