KelabMama

Meriahnya Raya! 23 Idea Hiasan Hari Raya ‘Vibe’ Macam Dulu-dulu di Kampung Halaman

Sebenarnya tak ada satu hari pun yang sama dengan Hari Raya Aidilfitri. Boleh kata setiap tahun ia disambut secara besar-besaran.  Oleh yang demikian, kita mesti nak kena hiaskan ruang tamu rumah, pejabat, reruai (booth) dan pentas dengan dekorasi terbaik.  Mama Siti ada lebih 20 idea hiasan hari raya khas di kampung dan di bandar. Tak sabarlah, jom!

23 Hiasan Hari Raya Yang Moden dan Evergreen

#1 Projektor Laser Lampu Luaran (Outdoor Lights Laser Projector)

Kredit gambar: Amazon.in

Kita mulakan dengan hiasan pentas sambutan hari raya dengan lampu laser. Pengunjung mungkin tak perasan kewujudannya tetapi pancaran lampu laser memberikan perbezaan suasana sambutan hari raya Mama. 

#2 Lampu Bunga Sakura LED Solar

Kredit gambar: ubuy.com.my

Tidak seperti lampu kelap-kelip yang kita selalu nampak di luar sana. Kelebihan lampu ini ialah pada bentuknya yang seperti bunga sakura. 

Tambahan pula, ia memudahkan kerja-kerja pengecasan kerana hanya menggunakan tenaga solar sahaja. 

#3 Ketupat Raya Kertas Buatan Tangan

Kredit gambar: Carousell

Tak ada daun kelapa, tak ada masalah sebab Mama masih boleh buat sendiri sarung ketupat menggunakan riben warna-warni. 

Kalau tak pandai menganyam, Mama boleh tonton tutorial di internet. Bila dah ada hiasan hari raya yang penting ni, barulah namanya raya kan!

#4 Pelita Raya Eco Solar

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Satu lagi idea hiasan hari raya yang menggunakan tenaga matahari. Pelita raya moden ini ada fungsi suis automatik yang hanya menyala ketika waktu malam sahaja. 

Jimat tenaga, kalis ais dan tahan karat. Cukup pakej dijadikan sebagai hiasan hari raya di luar rumah (outdoor). 

#5 Pelita Buluh Tradisional

Sekarang agak jarang nak nampak orang pasang pelita dekat-dekat nak raya. Ya lah, sekarang ramai tinggal di taman perumahan, tak sesuai dan bimbang terbakar pula. 

Walaupun begitu, kita masih boleh dapatkan suasana macam dulu-dulu dengan pelita buluh. Ianya buatkan kita mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu. Meriah sangat!

#6 Langsir Raya

Kredit gambar: vanillapink3113.blogspot.com

Hari raya hanya setahun sekali dan suasananya tidak akan sama dengan hari-hari biasa. Oleh kerana itu, langsir pun mesti nak ada ‘nafas baru’ kan.  

Ini lah masanya nak naikkan seri ruang-ruang dalam rumah seperti di ruang tamu, dapur dan bilik tidur.  

#7 Pagar Kayu DIY

Kredit gambar: AliExpress

Susun pagar kayu yang telah dipotong-potong dengan ketinggian 10 – 15 cm. Kemudian, letakkan di sudut rumah, pejabat, reruai atau di pentas.

#8 Tudung Saji Rotan

Kredit gambar: Lazada

Bagi hiasan reruai pameran hari raya, Mama boleh tambahkan tudung saji rotan dan tampi sebagai elemen tambahan hiasan hari raya nanti.

Orang-orang yang datang mesti tak lepaskan peluang bergaya dan mengambil gambar kenang-kenangan di reruai Mama. 

#9 Mangkuk Tingkat Bercorak

Kredit gambar: Carousell

Seterusnya, Mama gunakan mangkuk tingkat sebagai hiasan pentas dan ruang pejabat. Boleh juga nak pakai mangkuk tingkat yang kosong tetapi lebih menarik kalau ada corak di mangkuk tingkat. 

#10 Sampul Duit Raya

Kredit gambar: aksarafendi.blogspot.com

Dulu kita dapat duit raya, sekarang budak-budak pula yang harapkan kita bagi duit raya. 

Kalau Mama ada sampul raya lebih, cuba jadikan sebagai hiasan dinding. Macam ini, barulah raya getaran Hari Raya Aidilfitri. 

#11 Kad Ucapan Hari Raya

Kredit gambar: Utusan Malaysia

Dulu masa Mama Siti kanak-kanak, kami suka saling bertukaran kad ucapan hari raya. Seronok sangat. 

Bila Mama pilih kad ucapan hari raya sebagai hiasan, sebenarnya kita sedang melestarikan budaya di Aidilfitri. Ini lah cara kita nak kekalkan tradisi kan. 

#12 Kain Batik Lepas

Kredit gambar: Melati Danes

Kain batik nak letak dekat mana? 

Mama boleh jadikan sebagai alas meja ataupun sebagai scallop langsir untuk hiasan hari raya di rumah ataupun semasa sambutan hari raya di tempat kerja dan di sekolah.   

#13 Ketupat LED

Cuba bayangkan lampu yang berlampu-lampu. Siap ada macam-macam formasi kedipan lagi. Cantik kan!

Ketupat LED ialah item mudah dan meriah menurut Mama Siti. Sebab ianya menggabungkan dua fungsi iaitu makanan tradisi hari raya dan lampu berwarna-warni. 

#14 Lampu Rotan Anyaman Tangan

Kredit gambar: Alibaba

Lampu buluh yang diperbuat dari rotan atau buluh bakal menaikkan mood klasik kontemporari. Tambahan pula, ianya item hiasan hari raya yang evergreen sebab hari-hari biasa pun masih boleh dipasangkan di dalam rumah.  

#15 Hiasan Dinding Kayu Hari Raya Islamik

Pemasangan hiasan kayu hari raya ini sangat mudah dilakukan. Mama nak ajak anak-anak kecil turut serta pun lagi bagus. Boleh dijadikan kenangan apabila mereka besar nanti. 

Kraf dekorasi dinding terdapat dalam pelbagai jenis. Ada yang digantung, ada yang ditampal di dinding rumah

#16 Permaidani

Kredit gambar: Facebook/ Ziwani Home Deco

Kadang-kala tetamu datang ke rumah kita dalam masa yang sama. Sampai tak muat ruang tamu dalam rumah. 

Mama Siti cadangkan supaya jadikan halaman rumah sebagai ruang patio buat sementara waktu. Kemudian bentangkan permaidani supaya tetamu jadi lebih selesa

#17 Tanglung (Lantern)

Kredit gambar: middleeasternboutique.com

Nak meriahkan lagi hiasan hari raya Mama? Apa kata tahun ini, Mama cuba letakkan tanglung atau lantern sebagai dekorasi syawal di dalam dan di luar rumah. 

Kesan pencahayaannya lebih kurang sama dengan pelita minyak tanah yang selalu dipanggil pelita ayam.

#18 Karpet Bulu Shaggy

Kredit gambar: Shoppee Malaysia

Karpet yang ‘trending’ sebagai item dekorasi bilik ini pun sebenarnya boleh dimanfaatkan sebagai hiasan semasa hari raya. 

Paling Mama Siti suka ialah karpet ini mempunyai mekanisme anti-gelincir (anti-slip mechanism). Jadinya kuranglah risiko Mama atau anak-anak jatuh disebabkan alas duduk yang licin. 

#19 Lampu Raya Bulan Bintang

Kredit gambar: Carousell

“Lampu warna-warni tu klise lah Mama, nak yang lain dari lain”

Kalau macam itu, Mama Siti cadangkan supaya gantungkan lampu raya bulan bintang. Bukan bulan bintang, jenama pakaian tu lah.

Rumah Mama mesti nampak lebih damai dan bercahaya di kala malam tiba. 

#20 Tikar Getah

Kredit gambar: tikar-getah-tebal-tahan-lasak-by.business.site

Idea hiasan ini sesuai untuk rumah kayu di kampung, reruai jualan atau pameran (booth) atau sebagai hiasan pentas . 

Mama boleh cari motif dengan unsur semula jadi macam kayu palette. Lagipun tikar getah ini tidak menyerap air dan harganya pun lebih murah. Senang nak lap kalau ada air tertumpah kan.  

#21 Kipas Tangan Kayu Buluh

Kredit gambar: Shopee

Orang Cina ada kipas, orang Jepun pun ada kipas. Begitu jugalah dengan kraftangan orang Melayu. 

Bezanya, kipas tangan kayu buluh ini bermotifkan batik yang melambangkan kesenian nusantara.  

#22 Tikar Mengkuang

Kredit gambar: mimbarkata.blogspot.com

Rasa kampung sangat kan kalau dapat duduk atas tikar mengkuang. Lain tau, tikar mengkuang dengan tikar tiruan. 

Bau, rekaan dan teksturnya jelas berbeza. Oh ya, Mama tak mesti bentangkan tikar mengkuang ini ya. Hiaskan dalam bentuk gulungan pun dah okay. 

#23 Karangan Bunga 

Kredit gambar: Alibaba

Tetamu datang bertandang, kita kenalah sambut elok-elok. Salah satunya dengan menggantungkan karangan bunga di pintu rumah dan pejabat. 

Elemen paling penting ialah perkataan hari raya dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. 

Kredit gambar: Nan Thong

Serikan ruang tamu rumah, pejabat, reruai (booth) dan pentas dengan 23 idea hiasan hari raya yang Mama Siti senaraikan. 

Semoga hari raya ini lebih meriah dan bermakna dengan hiasan yang menggamit memori ini. 


Dapatkan rumah idaman Mama dengan pelbagai tips dan inspirasi dekorasi DI SINI.