KelabMama

Serlahkan Bilik Anda Dengan 11 Idea Hiasan Bilik Tidur Yang Paling Hebat Ini!

hiasan bilik tidur

Kredit gambar: www.thespruce.com

Bilik tidur adalah ruang privasi dan tempat bermalasan semua orang! Jadi, kalau boleh mesti anda inginkan bilik tidur yang cantik lagi menarik kan? Banyak sebenarnya cara dan tips hiasan bilik tidur ini!

Semuanya bergantung kepada pilihan dan sumber kewangan anda.

Tapi kalau anda nak cari idea atau tips hiasan bilik tidur yang paling mudah dan menjimatkan, ikuti perkongsian Mama Siti pada kali ini bertopikkan idea hiasan bilik tidur yang jimat tapi berimpak hebat!

Melalui idea-idea ini juga, Mama Siti pasti anda semua akan berpuas hati dengan hasilnya nanti dan yang paling penting wang anda dapat dijimatkan berlipat kali ganda!

Dah tak sabar nak mendeko? Jom lihat apakah idea hiasan bilik tidur tersebut di bawah ini!

Hiasan Bilik Tidur Yang Menarik dan Menjimatkan

Kredit gambar: www.pinterest.com

Menghabiskan hampir satu pertiga daripada keseluruhan hidup anda di dalam bilik tidur merupakan sesuatu yang normal, apatah lagi jika tempat tersebut sangat tenang, selesa dan mesra.

Tetapi kalau hanya mampu bertahan selama beberapa jam atau tidur anda pun tidak lena, mungkin anda perlu mendekonya semula untuk jadikan ia lebih selesa, tenang dan mesra!

Untuk itu, ikuti panduan di bawah ini cara hias bilik tidur yang selesa iaitu:

#1. Meja Sisi dan Lampu

Kredit gambar: www.thespruce.com

Antara cara naikkan seri bilik adalah dengan adanya meja sisi dan lampu di atasnya. Pilih rekaan lampu yang bergaya dan letakkannya betul-betul di sebelah katil anda.

Nak lagi menarik, letak pada kedua-dua sisi katil bersama pasu bunga untuk serlahkannya lagi.

#2. Tambah Cermin

Kredit gambar: www.fabglassandmirror.com

Sangat berguna terutama bagi anda yang mempunyai bilik tidur yang kecil. Penambahan cermin pada bilik tidur merupakan tindakan bijak untuk jadikan ruang lebih besar dan membolehkan anda membawa masuk lebih banyak elemen di dalamnya.

Anda boleh gantung cermin di belakang katil atau di atas meja solek untuk membawa masuk cahaya semula jadi tambahan dan mengisi dinding kosong tanpa perlu mengeluarkan banyak wang.

#3. Elemen Seni

Kredit gambar: www.bhg.com

Untuk menempah sekeping lukisan mungkin akan menelan kos belanja yang tinggi. Tapi jangan risau! Terdapat cara yang boleh menjimatkan kos anda untuk hiasan bilik tidur simple dan murah iaitu dengan DIY.

Caranya adalah dengan mengambil sekeping gambar lalu dicetak dan dibingkaikan untuk mengisi ruang dinding yang kosong.

Atau jika anda seorang yang kreatif, boleh gantung kain berjuntai dengan pilihan warna yang menarik!

#4. Set Tilam dan Bantal

Kredit gambar: qualityfurnituremattress.com

Bilik anda akan kelihatan semak dan merimaskan jika tilam dan bantal terlampau banyak pilihan warna dan reka bentuknya.

Jadi, untuk hilangkan perasaan dan permandangan yang menyesakkan jiwa ini apa kata kalau anda membeli satu set kelengkapan cadar anda!

Tidak perlu beli banyak, cuma pertimbangkan untuk membeli hanya helaian yang tampak mewah, elegan dan berfungsi dengan tema bilik.

#5. Bilik Tidur dengan Langsir Hebat

Kredit gambar: www.realhomes.com

Naik taraf tetingkap bilik anda dengan memasang langsir yang menarik dan mendapat pencahayaan yang hebat! Tidak perlu terlalu terang dan tidak juga terlalu malap.

#6. Lekapan Lampu Tambahan

Kredit gambar: www.wallpaperflare.com

Disebabkan bilik tidur harus mempunyai sekurang-kurang dua atau tiga sumber cahaya, sama seperti idea tadi, tambahkan pencahayaan yang lebih menarik dengan lekapan lampu.

Sangat berfungsi bagi anda yang memiliki ruang bilik yang sempit. Idea deco bilik tidur ini juga dapat memberikan tahap pencahayaan yang berbeza untuk setiap satu sudut ruangan.

#7. Tukar Rupa Lama ke Baharu

Kredit gambar: 2ladiesandachair.com

Antara idea deco bilik tidur yang menjadi adalah dengan memastikan bilik tidur anda kelihatan segar dan baharu dengan cara menukar peralatan tempat tidur!

Ia bukan sahaja menceriakan suasana tetapi dapat elakkan anda merasa cepat bosan dengan suasana bilik tidur tersebut.

Tak perlu tukarkan peralatan besar, cukup sekadar peralatan kecil yang mampu memberi gambaran berbeza kepada ruang berkenaan contohnya seperti pasu bunga.

#8. Bilik Tidur Simple dengan Permaidani

Kredit gambar: www.rugs-direct.com

Idea hiasan bilik tidur yang seterusnya adalah anda perlu fokus pada bahagian lantai. Kalau dinding sudah ditatarias, tetapi lantai kosong, suasana bilik akan menjadi tidak seimbang dan cacat rupanya.

Oleh itu, antara cara deco bilik tidur gaya jimat adalah dengan menambah permaidani pada ruangan lantai yang kosong.

#9. Idea Hiasan Bilik Tidur dengan Tambah Storan

Kredit gambar: www.overstock.com

Barang yang banyak dengan ruangan storan yang terhad akan membuat bilik tidur anda kelihatan bersepah.

Penyelesaian mudah dan praktikal, letakkan beberapa bakul murah di sekeliling bilik anda untuk dijadikan storan terbina dalam yang sama fungsi seperti meja berlaci.

#10. Elemen Alam Semulajadi

Kredit gambar: www.thespruce.com

Macam mana nak rasa segar dan nyaman kalau tiada tumbuhan semulajadi? Jadi, masukkan sekali tumbuhan hijau sebagai idea hiasan bilik tidur anda.

Anda boleh menggantung atau melekapkan kayu sebagai hiasan dinding bilik tidur yang kosong serta letakkan tumbuhan menjalar di atasnya.

Atau boleh sahaja menggantung pasu pokok di ruang dinding tersebut.

#11. Meja Dwifungsi

Kredit gambar: www.pinterest.com

Bilik tidur yang kecil memakan banyak ruang. Oleh itu, anda perlu bijak memilih perabot untuk diletakkan di dalam bilik.

Bagi wanita, antara senarai perabot yang wajib ada tentulah almari pakaian dan juga almari solek.

Oleh sebab anda mempunyai ruang yang sempit, idea hiasan bilik tidur yang seterusnya adalah meja dwifungsi yang berfungsi sebagai almari pakaian dan juga meja solek.

Anda bukan sahaja dapat menjimatkan ruang tetapi juga kos dalam berbelanja.

Ingin bilik tidur yang cantik tetapi takut perlu keluarkan modal yang tinggi? Tak perlu risau lagi dengan adanya idea atau tips hiasan bilik tidur yang Mama Siti kongsikan di atas ini!


Dapatkan juga pelbagai tips dan idea menarik yang lain di SINI!