KelabMama

Hati-hati! Bayi Kena Alergi Teruk Sebab Ibu Terlupa Bersihkan Baby Chair

Nama pun bila ada anak kecil ni semua benda kena pastikan bersih. Terutamanya ketika berada di luar. Kulit anak kecil memang sensitif sebab tu wujudnya produk khas untuk anak kecil. Seperti kisah yang dikongsi oleh Agnest Chew ini, akibat dirinya terlupa untuk membersihkan baby chair yang diduduki anaknya menyebabkan kulit anaknya diserang alergi teruk. Alahai kesiannya!

Utamakan kebersihan

Menurut Agnest, adalah sangat penting menitik beratkan soal kebersihan terutamanya bila bawa anak-anak ke tempat awam.

“Selepas kejadian itu, saya sedar bahawa bertapa pentingnya menitik beratkan soal kebersihan terutamanya apabila kita membawa anak-anak makan di luar. 

“Tidak cukup sekadar mengelap baby chair begitu sahaja, mesti gunakan sanitiser untuk bersihkan baby chair itu sepenuhnya. 

“Saya cuai, hanya guna tisu basah untuk bersihkan sebahagian baby chair. Sebelum itu, anak saya sihat saja. Namun selepas beberapa ketika, keliling matanya muncul ruam merah. Dia langsung tak mahu makan dan mula menangis meminta saya mendukungnya. 

“Pada mulanya saya ingatkan dia digigit nyamuk, tetapi selepas pulang ke rumah saya mendapati wajah, leher dan sebahagian badannya kemerah-merahan dan berasa gatal,”

katanya. 

Tak ada perubahan

Bimbang melihat keadaan anaknya itu, Agnest segera menyapu sedikit krim pada wajah dan badan anaknya yang terjejas tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. 

Mangsa dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bayi itu mengalami alergik terhadap debu atau yang sewaktu dengannya. Namun Agnest percaya ia berpunca dari baby chair di kedai makan yang dikunjungi mereka sebelum itu. 

Tak salahkan pemilik premis

Namun begitu, Agnest tak menyalahkan tuan punya premis. Sebaliknya, perkongsian ini sekadar untuk memberi ingatan kepada mama papa supaya lebih berhati-hati dengan kebersihan persekitaran anak-anak terutamanya bila berada diluar. Anak kecil sememangnya tak tahu apa, kita sebagai mama papa yang kena pantau sekeliling anak sebelum anak menyentuhnya.

Sumber : Agnest Chew, worldofbuzz

BACA JUGA CHOMEL | PEMBERSIH SEMULA JADI BEBAS KIMIA TERBAIK BUAT BAYI

Pesan Mama Siti

Semoga kisah ini memberi peringatan kepada mama papa supaya lebih berhati-hati semasa bawa anak ke tempat awam. Pastikan wet wipes & baby multi-purpose spray sentiasa dibawa kemana saja 🙂