KelabMama

“Dos and Don’ts” Semasa Hari Tasyrik Yang Mama Papa Harus Tahu

hari tasyrik di Mekah

Kredit gambar: Casa nayafana / Shutterstock.com

Hari Tasyrik ialah tiga hari yang disambut selepas Hari Raya Aidiladha, iaitu pada 10 Zulhijjah. Oleh itu, hari tasyrik berlaku pada tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 

Sebenarnya, hari tasyrik ialah hari raya bagi orang yang mengerjakan ibadah haji di Mekah. Pada hari itu umat Islam seluruh dunia dilarang berpuasa serta disarankan untuk melakukan ibadah tertentu.

Dalam tempoh hari tasyrik juga, orang Islam akan berkorban iaitu menyembelih haiwan ternakan sesuai dengan dalil dari surah Al-Kautsar ayat 2, 

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْۗ

Fa alli li rabbika wan har 

“Maka laksanakanlah solat karena Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah).”

Amalan Hari Tasyrik (Yang Dibenarkan dan Yang Ditegah)

Kredit gambar: Sunnah Sakura

#1 Banyakkan Berzikir dan Bertakbir

Laungan takbir hari raya haji menzahirkan keagungan Allah SWT melalui maknanya yang memuji tuhan yang maha esa. 

Selain itu, ingatlah firman Allah tentang takbir raya Aidiladha dalam surah Al-Hajj ayat 28.

لِّيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ

الْاَنْعَامِۚ فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَ ۖ

‘Li yashhadoo manaafi’a lahum wa yazkurus mal laahi feee ayyaamimma’loomaatin ‘alaa maa razaqahum mim baheematil an’aami fakuloo minhaa wa at’imul baaa’isal faqeer’

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, di atas kurniaanNya kepada mereka, yang berbentuk binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”

#2 Tidak Berpuasa

Kredit gambar: Waktu Solat Malaysia

Dari hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim:

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الْفِطْرِ وَالنَّحْرِ. رواه البخاري ومسلم

“Nabi SAW melarang berpuasa pada hari (raya) Fitri dan Korban (Aidiladha)”

Ini kerana hari tasyrik ialah salah satu hari yang merayakan umat Islam berdasarkan hadis dari Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

(HR Al-Tirmizi ,Abu Daud, Al-Nasaie dan Imam Ahmad)

#3 Menikmati Hidangan

Kredit gambar: mStar

Di hari tasyrik, hendaklah kita mensyukuri nikmat yang sedang dipinjamkan Allah SWT sementara di dunia ini. Oleh itu, masak dan makanlah makanan yang ada terutamanya dari daging sembelihan korban.

Tambahan pula, sunnah Rasulullah SAW ada menggariskan supaya kita makan juadah hari raya apabila telah selesai menunaikan solat sunat Aidiladha. seperti yang direkodkan dalam sebuah hadis Nabi SAW.

Hadis dari Buraidah yang bermaksud, “Bahawa Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada Hari Raya Fitrah sehinggalah Baginda makan dahulu, dan pada Hari Raya Korban, Baginda tidak makan sehinggalah Baginda bersembahyang dahulu”

#4 Berdoa (Kesejahteraan Dunia & Akhirat)

Kredit gambar: telisik.id

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَمِنْهُمْ مَّنْ يَّقُوْلُ رَبَّنَاۤ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰ خِرَةِ حَسَنَةً وَّ قِنَا عَذَا بَ النَّا رِ

‘Wa minhum mai yaqoolu rabbanaaa aatina fid dunyaa hasanatanw wa fil aakhirati hasanatanw wa qinaa azaaban Naar’

“Dan di antara mereka ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 201)

#5 Ziarah Menziarahi

Kredit gambar: blog.tribunjualbeli.com

Memandangkan hari tasyrik ialah hari yang berlanjutan selepas hari raya korban maka kita juga dicadangkan untuk menziarahi jiran dan ahli keluarga

Selalunya pada hari raya haji, beberapa syarikat di Malaysia akan memberikan cuti kepada pekerjanya. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengambil peluang ini untuk bersilaturrahim.

#6 Bersedekah

Bersedekah salah satu cara kita mensyukuri nikmat Allah SWT. Kelebihan bagi orang yang bersedekah ialah rezekinya akan digandakan. 

Ia disokong berdasarkan hadis dari Nabi Muhammad SAW “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah’”

#7 Membaca Al-Quran

Allah menyukai orang-orang yang menghidupkan al quran pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Ini bermakna hari tasyrik juga termasuk dalam hari-hari dicintai Allah bagi orang yang membaca al-quran. 

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ

“Tidak ada hari-hari yang lebih agung disisi Allah SWT dan amalan soleh di dalamnya lebih dicintai olehNya daripada hari-hari yang ke 10 ini (sepuluh hari pertama dari bulan Zulhijjah)”

(HR. Ahmad, dishahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Hari tasyrik ialah hari untuk orang Islam mensyukuri nikmat dari tuhan pencipta seluruh alam iaitu Allah. Dalam hari tasyrik, terdapat sunnah yang boleh kita ikuti untuk meraikan Hari Raya Aidiladha. 

Begitu juga dengan larangan ketika berada di hari tasyrik. Tiga hari selepas Hari Raya Korban, kita tidak boleh berpuasa. Namun begitu, syariat penganjuran berpuasa di bulan Zulhijjah ialah pada 9 Zulhijjah.

Semoga Allah merahmati kita semua melalui usaha melakukan amalan di Hari Tasyrik. Sesungguhnya hanya ampunan dan syurga sahajalah yang kita harapkan, insya allah.


Dapatkan pelbagai info menarik lain mengenai ibadah lain di SINI.