KelabMama

Hari Ibu Ini, Biar Papa Yang Kemas Rumah Khas Untuk Seisi Keluarga

ayah buat kerja rumah

Penat lihat mama setiap hari buat macam-macam kerja di rumahkan? Apa kata sempena Hari Ibu ini, papa berikan mama ‘cuti’ dan minta mereka berehat sambil nikmati hari istimewa mereka.

Iyalah, nama pun Hari Ibu kan? Memang sesuai sangatlah kalau mama santai jerr seharian itu tanpa fikirkan kerja rumah atau jaga anak-anak.

Nak lebih istimewa, papa beri izin mama keluar pergi memanjakan diri atau coffee-coffee dengan teman baiknya sementara papa pula take over kerja rumah. Okay tak?

Tapi, apa kerja rumah yang sesuai untuk papa buat ye bagi menggembirakan hati mama? Jom lihat senarai kerja yang papa boleh bantu sempena Hari Ibu ini:

1. Masak Makanan Kegemaran Mama

Ini aktiviti paling menarik dan menggembirakan hati setiap wanita. Mesti papa tahu apa makanan favourite isteri papa kan?

Cuba cipta kejutan dengan meminta mama bersantai bersama anak-anak sementara papa willing untuk sediakan menu lunch pada hari berkenaan.

Bila semuanya dah terhidang, panggillah seisi keluarga untuk makan sama-sama. Mesti isteri jadi terharu bila melangkah ke dapur tengok-tengok makanan favorite mama dah terhidang.

Bukan setakat rasa dihargai, tapi cara ini juga mewujudkan hubungan romantis antara papa dan mama.

2. Mengemas Rumah

Mama Siti percaya ramai papa-papa hebat dah biasa dengan kerja mengemas rumah kan meskipun bukan pada Hari Ibu.

Tetapi, sempena detik istimewa ini, bukankah lebih menarik jika papa kemas rumah sebanyak yang boleh bagi menggembirakan hati isteri.

Kalau sebelum ini, papa selalu vacuum dan mop rumah sahaja, kali ini cuba papa tambah lagi akitivti seperti mengelap perabot atau kemas semua ruang rumah termasuk bilik dan dapur.

Mungkin dengar macam letih, tapi apa salahnya berkorban keletihan pada hari itu demi meraikan isteri tercinta. Papa kena tahu tugas mama saban hari pun dah sangat penat bermula daripada mengandung sehinggalah sekarang.

Pendek kata, tiada istilah rehat once wanita itu dah bergelar ibu. Jadi, inilah hari sesuai untuk papa hargai isteri sebaik mungkin.

3. Laundry Pakaian Berserta Pakej Lipat!

Nampak remeh sebab tugasan ini macam tak berat mana pun kan?

Tapi percayalah, aktiviti mencuci pakaian sampai kerja menjemur, kemudian angkat dan lipat atau sangkut pakaian simpan ke dalam wardrobe itu sangatlah berpanjangan.

Tugasan yang perlu dilakukan seawal pagi dan siap pada sebelah petang atau malam.

Malah, Mama Siti percaya, ramai ibu-ibu yang terpaksa menangguhkan aktiviti lipat baju ini kerana kekangan masa atau ada anak-anak kecil yang suka ‘bantu’ nak lipat. Maka, banyak pakaian yang terkumpul tak berlipat.

Jadi, sempena Hari Ibu ini, papa buatlah sesuatu yang menghargai mama dengan kerja menyiapkan tugasan cuci pakaian semua ahli keluarga.

Tak kisah sama ada basuh di dobi atau rumah, pendek kata, papa settle semua hinggalah kepada kerja-kerja melipat pakaian.

Mesti gembira sangat hati isteri sebab tugasan lama yang terkumpul akhirnya berjaya diselesaikan papa. Pasti Hari Ibu itu jadi lebih bermakna buat si Mama!

4. Settle Keperluan Sekolah Anak

Ini biasa dilakukan mama. Selalu pada hujung minggu, antara tugas menyiapkan keperluan sekolah anak untuk hari esok adalah si mama.

Tapi bukan untuk satu hari ye, biasa mama akan siapkan keperluan tu untuk pakej lima hari persekolahan! Jadi, jangan pandang ringan tugas ini, ia mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi tau!

Biasanya esok nak start sekolah, malam tu mama dah pulun iron kan beberapa pasang uniform sekolah anak. Sekolah kebangsaan lain, sekolah agama lain.

Cari padanan stoking, nak kumpul alat tulis cukup atau tidak, kemas buku, pendek kata lengkapkan keperluan sekolah anak ni kerja sukar. Tapi kebiasaannya memang mama dapat settle kan dengan jayanya.

Jadi, apa kata kali ini, papa pula buat semua bermula dengan tugas iron uniform sekolah, kapur kasut, siapkan stoking, kemas stationary, kemas buku ikut jadual dan semuanyalah berkaitan hal sekolah anak.

Mama Siti guarantee mesti si mama happy sebab ini salah satu bantuan besar daripada papa.

Tapi kalau boleh papa janganlah sikit-sikit tanya mama dekat mana letak barang anak, berapa pasang uniform nak iron, mana socks mereka mama simpan? Silap-silap mama pun fedup dan fikir baik dia buat sendiri lebih cepat dan senang.

Better si ayah ambil tahu terlebih dahulu keperluan yang perlu disediakan atau tanya pada anak-anak selalu mama buat macam mana.

Ajak anak sama-sama tolong, mesti papa pun seronok sebab dapat bantu mama. Dalam masa sama, mengeratkan hubungan antara papa dan anak.