Hari Ibu ialah sambutan ketiga paling popular di dunia. Hari Ibu disambut di pelbagai negara, di seluruh dunia. Budaya di seluruh dunia mengiktiraf nilai ibu dan pengorbanan yang mereka lakukan untuk menjaga dan membina keluarga mereka.
Ibu terkenal dengan pelbagai tugas kerana mereka bertindak sebagai pemandu, pembantu rumah, tukang masak, perancang acara dan tutor. Selain daripada tugas ibu mereka, ramai juga golongan ibu yang bekerja di luar rumah.
Pada Hari Ibu ini, luangkan masa untuk melayan ibu anda untuk menunjukkan betapa anda menyayangi dan menghargai mereka.
Berikut ialah empat cara anda boleh membahagiakan ibu (atau tokoh ibu/mentor istimewa dalam hidup anda) pada Hari Ibu tahun ini.
Empat Tips Hari Ibu Lebih Bermakna
Hadiah Hari Ibu
Sebagai anak-anak, kita harus berusaha membahagiakan ibu kita. Salah satu cara untuk melakukannya ialah dengan memberi hadiah pada hari istimewa. Banyak hadiah-hadiah bermakna yang boleh diberikan sempena hari ibu.
Berikut adalah contoh-contoh hadiah yang sesuai:
1. Barang Kemas
Wanita dan barang kemas mustahil terpisah. Dalam masyarakat melayu, barang kemas dipakaikan kepada wanita semenjak dari usia muda.
Sifat sukakan barang kemas dan alat solek seakan-akan telah sebati dan menjadi salah satu ciri feminin. Perkara ini juga ada pada wanita-wanita yang telah dewasa. Malah keinginan kepada barang kemas lebih menonjol pada wanita dewasa.
Sekiranya anda berkemampuan, ini boleh jadi salah satu hadiah yang anda boleh berikan.
2. Perabot
Perabot seperti sofa, televisyen, dan lain-lain adalah sesuatu yang jarang ditukar dalam kebanyakan rumah.
Sekiranya anda terlihat ibu anda masih menggunakan katil atau tilam yang bahaya untuk tulang belakang, anda boleh tukarkan dengan yang lebih baik, sofa, dan penghawa dingin untuk ruang tamu, dapur, dan pelbagai lagi perabot yang anda boleh lihat kekurangan dalam rumah ibu anda.
3. Produk kesihatan
Setiap daripada kita yang mempunyai seorang ibu mesti cakna dengan kesihatan ibu kita. Semakin meningkat usia, semakin ibu kita berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.
Produk kesihatan seperti set suplemen dan kerusi urut antara hadiah yang boleh diberikan kepada ibu anda pada Hari Ibu ini.
4. Peralatan ibadah
Sebahagian besar para ibu yang berusia, lebih memilih untuk beribadah dan bermunajat berbanding hiburan dunia.
Peralatan-peralatan yang memudahkan ibu anda bermunajat seperti sejadah penjagaan lutut, tasbih digital, dan sebagainya dapat membantu ibu anda lebih fokus dan khusyuk dalam beribadah.
Kejutan Buat Ibu
Tiada siapa yang tak sukakan kejutan. Kejutan biasa dibuat apabila ada sambutan tertentu dan ianya membuatkan seseorang merasakan diri istimewa pada hari istimewa.
Kejutan anda perlu datang dari hati. Ia tidak perlu mahal atau rumit, tetapi ia harus bertimbang rasa. Fikirkan tentang apa yang ibu anda akan hargai.
- Perbuatan
- Melawat sekiranya tinggal berjauhan
- Menelefon dan/atau merancang sambutan secara online sekiranya tidak mampu melawat
- Luangkan masa bersama: Buat perkara yang ibu anda enjoy
- Perkataan
- Surat penghargaan
- Puisi: Sajak, pantun, dan sebagainya
- Nyanyi atau tuliskan lagu
- Hadiah
- Beli hadiah untuk ibu anda seperti yang dicadangkan di atas
- Atau anda juga boleh buatkan hadiah seperti penanda buku atau apa-apa yang bersesuaian
- Bunga-bungaan juga merupakan salah satu hadiah yang bersifat sangat feminin
- Masakan istimewa khas pada hari ibu seperti kek dan biskut
Layanan Istimewa Di Hari Ibu
Cara lain yang anda boleh lakukan ialah dengan memberi layanan istimewa pada Hari Ibu. Layanan yang diberikan harus lebih baik dari hari-hari lain. Namun jangan lupa pula untuk memberi layanan terbaik selain dari Hari Ibu.
Berikut adalah antara contoh layanan yang boleh diberikan:
1. Pergi ke spa atau buat dirumah
2. Bantu tugasan di rumah seperti memasak dan sebagainya
3. Masak atau pesan hidangan istimewa
Doa
Sekiranya Ibu anda sudah tiada dan hari Ibu menigngatkan anda pada ibu anda, jangan lupa untuk doakan mereka agar tenang di sana di tempat yang baik.
Amalkan beberapa doa ini bukan sahaja pada hari tertentu namun pada setiap hari selepas solat.
1. Doa untuk kedua ibu bapa
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
Rabbighfir lī, wa li wālidayya, warham humā kamā rabbayānī shaghīrā.
Artinya: Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa aku beserta dosa-dosa kedua orang tuaku. Sayangilah kedua orang tua ku, sebagaimana kedua orang tuaku menyayangiku ketika aku masih kecil.
Anda juga boleh rujuk artikel INI.
2. Doa untuk ibu yang telah meninggal dunia
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها
وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘asfihaa wa fu’anhaa wakrim nudzulahaa wa wassi’ mudholahaa wagsilhaa bilmaai watsalji wal barodi wanaqqohaa min khotooyaa kamaa naqoitats tsaubal abyado minad danasi wabdilhaa daarol khoiron min daarihaa eaahlan khoiron min ahlihaa wajaudzan khoiron nin jaudzihaa waadhilnaj jannata wa a’idzahaa min adzaabil qobrii au min adzabin naar.
3. Doa untuk ibu serta saudara-saudara yang telah meninggal dunia
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ مِنْ مَشَارِقِ الْاَرْضِ إِلَى مَغَارِبِهَا بَرِّهَا وَبَحْرِهَا، خُصُوْصًا إِلَى آبَاءِنَا وَاُمَّهَاتِنَا وَأَجْدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا وَأَسَاتِذَتِنَا وَمُعَلِّمِيْنَا وَلِمَنْ أَحْسَنَ إِلَيْنَا وَلِأَصْحَابِ الحُقُوْقِ عَلَيْنَا
Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat, wal mukmina wal mukminat, al-ahya ‘i minhum wal amwat, min masyariqil ardhi ila magharibiha, barriha wa bahriha, khushushan ila aba’ina, wa ummahatina, wa ajdadina, wa jaddarina, wa asatidzatina, wa mu’allimina, wa li man ahsana ilaina, wa li ashhabil huquqi ‘alayna.
Untuk info serta acara terkini, Klik SINI.