KelabMama

Jadikan Hari Bapa Lebih Bermakna: Tips Untuk Mama

Hari bapa merupakan sambutan bagi setiap lelaki yang telah bergelar seorang bapa. Bapa merupakan adiwira bagi anak-anak. Setiap kanak-kanak merasakan bahawa bapa mereka adalah yang paling hebat.

Namun, dalam ingin menjadi superhero bagi anak-anak, bapa juga memainkan peranan untuk memarahi anak sekiranya ada kesalahan, menegur, dan tegas pada perkara-perkara dan masa tertentu.

Tidak mudah juga menjadi seorang bapa. Bertanggungjawab atas segala aspek kehidupan keluarga. Memberi kasih sayang namun kadang-kadang disalah anggap. Begitulah lumrah seorang lelaki

Bukan sekadar pada anak-anak, seorang bapa juga bertanggungjawab untuk menjadi “bapa” kepada isteri setelah diberi tanggungjawab sebagai seorang suami.

Kebanyakan lelaki tidak berkongsi minat dan masalah dengan pasangan atau anak-anak, jadi agak sukar untuk fikirkan apakah perkara yang boleh dibuat untuk menyambut hari bapa.

Ini adalah cara bagi Mama untuk menyambut hari bapa. Jadikan hari bapa adalah hari untuk suami kesayangan Mama.

Tips sambut Hari Bapa khas untuk Mama

#1 Hadiah dan Ucapan

Normal bagi seorang lelaki untuk bersifat tegas, ego, dan stoik untuk dihormati. Namun pada hakikatnya, seorang lelaki, terutama yang sedang dalam pertengahan umur atau telahpun berusia perlukan bantuan emosi dan penghargaan daripada insan tersayang.

Hadiah adalah cara untuk menunjukkan penghragaan dan penghormatan yang paling mudah dibuat dan menyampaikan maksud. Sebuah hadiah tidak semestinya mahal. Antara tips untuk memberi hadiah ialah:

#2 Masakan Istimewa

Mana ada lelaki yang tak gembira kalau wanita yang dicintai masakkan khas untuk dia. Masa hari bapa ni la Mama kena tunjukkan kebolehan Mama masak untuk Papa.

Dah tentu yang terbaik adalah masak sesuatu yang Mama tahu Papa akan suka, atau masak makanan kegemaran Papa.

Tetapi tidak salah juga kalau Mama ingin sediakan hidangan 5 menu, atau apa-apa hidangan yang istimewa khas Hari Bapa. Antara hidangan istimewa untuk hari bapa adalah:

Ini hanyalah makanan istimewa yang Mama boleh sediakan. Tetapi buat ikut kemampuan, sekiranya tidak sempat untuk menyediakan menu-menu yang susah, apa sahaa menu yang ringkas juga dialu-alukan.

#3 Kejutan

Kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, lelaki, wanita, kita semua sukakan kejutan yang menyeronokkan. Antara kejutan yang boleh dilakukan adalah:

Dan pelbagai lagi yang anda boleh lakukan untuk dijadikan sebagai kejutan. Mengikut kreativiti anda, kejutan boleh membuat seseorang merasa amat dihargai dan disayangi.

Namun hati-hati dalam menatur kejutan kadang-kadang tidak menjadi dan malah ada yang sehingga memakan diri sendiri.

#4 Melakukan Hobi Bersama

Semakin meningkat dewasa, para lelaki semakin kurang masa untuk melakukan hobi yang mereka minat. Bahkan mungkin ada hobi atau bakat yang Mama tidak tahu Papa pendamkan.

Terdapat banyak hobi yang selalu diminati oleh para lelaki seperti:

Jadikan hari bapa ini hari yang Mama akan layankan hobi Papa. Kalau ada duit lebih sikit, belanja la Papa untuk hobi yang Papa minat tu. Tak salah untuk mengeratkan hubungan keluarga.

#5 Massage

Hari seorang lelaki banyak menggunakan tenaga dan kudrat. Bawa kereta menghantar anak-anak ke sekolah, Mama ke tempat kerja, menghadap kesesakan lalu lintas. Membantu isteri bersama-sama mengemas rumah dan pelabagai pekerjaan di tempat kerja. Tanggungjawab sebagai pemimpin dirumah mendidik anak.

Kerja-kerja Papa pasti buat Papa letih dan tidak cukup rehat. Perkara-perkara ini membuatkan badan berasa sakit termasuk urat-urat dan otot yang letih.

Ini juga salah satu layanan khas Mama boleh buat untuk Papa semasa hari bapa. Urutan dapat membuatkan seorang rasa segar dan selesa. Mama juga boleh belajar secara ringkas di youtube tiktok dan pelbagai media yang tersedia.

Tapi sekiranya tidak yakin jangan urut terlampau kuat, kerana boleh menyebabkan kecederaan pada urat dan otot. Sekadar menyapu minyak urut pada bahu dan pinggang sudah memadai untuk releksasi.


Lebih tips khas untuk mama di SINI.