KelabMama

HARGAI IBU BAPA SELAGI MEREKA ADA | ANAK MUDA KESAL TAK SEMPAT UCAP TERIMA KASIH, AYAH MENINGGAL 3 HARI KEMUDIAN

Kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah dan ibu amat berharga. Walaupun jauh dimata, tetapi mereka merupakan insan terpenting yang sentiasa ada di dalam doa, hati dan ingatan kita. Apa yang akan berlaku jika mereka tiada? Pastinya perasaan sedih, pilu dan kosong yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Namun, siapalah kita yang mampu menghalang takdir Yang Maha Esa. Apabila tiba masanya, ibu bapa kita, dan kita sendiri akan pergi meninggalkan dunia yang sementara. Oleh itu, hargailah sayangilah dan hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Ikuti kisah yang dikongsi @Hakim Malik bagaimana rasa kesal dan sedihnya beliau setelah pemergian ayahnya. Beliau telah kehilangan ayahnya hanya beberapa hari selepas menerima panggilan dari arwah untuk memberitahu bahawa duit telah dimasukkan ke dalam akaunnya.

Hargai Panggilan daripada Ibu Bapa

Lepas end call tu, aku takde call dia balik sampai lah dia suddenly sakit 3 hari then meninggal dunia.. Sekarang, aku dah tak ada peluang nak dapat call dari “ayah” sampai bila2.. Hargai call dari parents anda..

Tak Sempat Berbakti untuk Ayah

Tak sempat nak berbakti kat ayah atas dunia ni.. kepada semua.. tolong sedekahkan al-fatihah utk arwah ayah saya. Semoga Allah ampunkan semua dosa ayah saya, diselamatkan arwah ayah saya dari fitnah kubur dan ditempatkan roh ayah saya bersama-sama roh org beriman.. aaminn..

Terkilan tidak mengucapkan terima kasih

Actually, detail dia, 15 Oktober haritu ayah aku call aku, aku tak sempat cakap terima kasih lepas bagi duit tu sebab sibuk buat bnda lain. 22 Oktober baru dia masuk masuk ICU 3 hari, dia tak sedar(koma) sampailah dia pergi.. bukan lepas call terus sakit.. between 15hb-22hb tu ada je aku whatsapp-whatsapp dlm group family.

cuma aku terkilan sangat kenapa aku sampai lupa nak cakap terima kasih on time masa dia call aku tu, padahal kebiasaannya aku ucap or berborak lama sikit.. Tak sangka pulak tu jadi last coversation aku dengan dia..

Sempat berada bersama ayah ketika di ICU

Masa dia masuk ICU pun, aku ada je dekat hospital dgn dia.. dia pergi maghrib khamis tu pun sempat aku bacakan yassin tepi katil dia and ajar dia mengucap.. yang aku kesalkan, kalaulah aku tak busy masa dia call aku tu.

Jadi, setiap kali dapat call dari parents, jangan la ala kadar je.. kita tak tahu kalau tu la last kita dapat ckp dgn dia..

Takziah diucapkan kepada Hakim Malik dan keluarga atas permegian ayahnya. Tak kisah lah sesibuk mana pun urusan harian kita, jangan sesekali lupakan ibu bapa. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan mereka selagi mereka masih ada.