Seperti ramai Mama yang tahu, 14 Febuari adalah Hari kekasih ataupun Hari Valentine yang sering diraikan besar-besaran di negara barat. Kini, di kebanyakan negara juga menyambutnya sebagai tanda kasih untuk suami, isteri serta kekasih mereka.
Namun, ia bukanlah perayaan yang diajar oleh Islam. Adakah Mama tahu ia sebenarnya haram buat umat islam untuk menyambutnya?
Mungkin sesetengah orang melihatnya sebagai perkara yang remeh sebab ramai yang menyambut untuk meraikan suami isteri serta kekasih.
Tetapi ia sebenarnya menggalakkan masalah sosial seperti pergaulan bebas, seks bebas serta kelakuan sumbang mahram dalam kalangan anak-anak muda pada zaman sekarang.
Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal Ehwal Islam kali ke-71 pada 2005 memutuskan bahawa perayaan tersebut tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Ini disebabkan Hari Valentine mempunyai unsur-unsur agama lain. Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Berikut merupakan tips yang Mama boleh guna untuk didik anak-anak tentang haram sambut Valentine’s Day ni bagi umat Islam.
Tips Didik Anak-anak Tentang Haram Sambut Valentine’s Day
Pertama sekali Mama dan Papa harus memberitahu pada mereka apa yang maksudnya dan kenapa orang ramai menyambutnya.
Untuk pengetahuan Mama, sambutan Hari Valentine ini berkait rapat dengan sejarah Hari Valentine tersebut.
Valentine’s dikatakan berasal daripada nama seorang paderi, St Valentino yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.
Menurut sejarah,
“St Valentino juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu, Ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam,”
Oleh itu, sesiapa yang merayakan Hari Kekasih, mereka seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
Kemudian, Mama kongsikan bagaimana Islam sentiasa menggalakkan kita harus sentiasa berkasih sayang, tak kira masa, waktu dan hari.
Dalam Islam, tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang. Setiap hari sebenarnya adalah hari kasih sayang dalam Islam.
“Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Hari Kekasih kerana ada unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya yang boleh menggugat akidah Islam,”
Oleh itu, disambut ramai tidak bermaksud kita sebagai orang islam perlu menyambutnya juga. Malah terdapat pelbagai masalah sosial yang berlaku apabila dibiarkan menyambut besar-besaran dalam kalangan orang muda dan remaja.
Harus diingatkan hukum Islam adalah jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai cara hidup penganut bukan Muslim berdasarkan banyak hadis Rasulullah SAW terhadap isu ini.
Pesan Mama Siti,
Meluntur buluh biarlah daripada rentungnya. Pastikan anak-anak Mama dimaklumkan dan faham tentang haram menyambut Valentine’s day ini dan cerita sebenarnya. Sama-sama kita didik anak-anak kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan di akhirat.
Dapatkan lebih banyak tips dan nasihat untuk anak-anak di SINI!