KelabMama

HANTAR ANAK KE KELAS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI BANTU ANAK CERGAS, DISIPLIN DAN BERANI

Kebelakangan ini berita ragut, rogol, buli dan bunuh sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Situasi itu amat menggusarkan masyarakat selain boleh memberi kesan yang mendalam kepada mangsa. Tidak dinafikan kanak-kanak dan wanita yang dianggap lemah selalu menjadi sasaran oleh penjenayah. Justeru sudah tiba masanya golongan ini menangkis tanggapan itu dengan mempelajari seni mempertahankan diri. Bagaimanapun kita perlu akui tidak ramai ibu bapa hari ini yang peka dengan keadaan tersebut. Mereka tidak sedar betapa pentingnya anak-anak dan wanita, masing-masing mempelajari seni mempertahankan diri pada zaman yang serba mencabar ini. Ilmu akademik itu penting tetapi ilmu mempertahankan diri juga tidak kurang pentingnya kepada anak-anak perempuan mereka. Sekurang-kurangnya dengan ilmu tersebut golongan ini mampu mempertahankan diri ketika saat memerlukan.

 

Antara Kebaikan Hantar Mereka Belajar Seni Mempertahankan Diri ialah ?

BILA HENDAK MULA

Walaupun tiada masa yang ‘sesuai untuk memulakan seni mempertahankan diri’, adalah lebih baik memulakan seni ini tidak kurang daripada tujuh tahun. Terdapat sesetengah seni mempertahankan diri yang menerima kanak-kanak lebih muda, tetapi ia terpulang sepenuhnya di atas budi bicara mereka. Perkara yang utama di sini ialah mendapatkan anak anda untuk bergerak dan fokus. Anda boleh memainkan peranan anda dengan menemubual pengajar/jurulatih apabila anda berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Seseorang pengajar/jurulatih yang baik mempunyai matlamat dan dapat memberi dorongan dan disiplin kepada pelajar-pelajarnya.

Seni mempertahankan diri merupakan cara terbaik untuk anak anda membina kecergasan, disiplin diri dan kemahiran sosial. Umur yang sesuai untuk bermula adalah sekitar tujuh tahun kerana anak anda sudah mempunyai otot dan kemahiran motor secukupnya untuk mengawal kesemua teknik yang akan dipelajari. Masih tidak yakin bahawa seni mempertahankan diri mempunyai banyak kebaikan? Berikut ialah enam alasan untuk mempelajari seni mempertahankan diri.

 

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DI MALAYSIA

 

 

 

 

Sumber: Utusan & Positive Parenting