KelabMama

Hand Sanitizer, Periksa Dulu Kandungan Sebelum Beli!

hand sanitizer

Image from Adobe Stock

Selain dari face mask, hand sanitizer juga salah satu barang yang paling popular dan paling cepat ‘sold out’ sejak bermulanya wabak COVID-19 ni. Dimana-mana farmasi habis. Disebabkan wabak ni menyerang tanah air kita, barang yang dulu kita hanya pandang sebelah mata, kini menjadi barang paling laku keras.

Orang ramai berpusu-pusu membelinya kerana takut dengan wabak ni. Sehinggakan ada juga yang sanggup mencuri di hospital. Allahu. Mama Siti tahu semua takut tapi janganlah sampai kita mengambil benda yang bukan hak kita kan.

Lagipun para ‘frontliners’ di hospital lebih memerlukan hand sanitizer berbanding kita. Kita boleh membasuh tangan dengan air dan sabun untuk kesan yang jauh lebih efektif daripada menggunakan sanitizer.

Tapi harus diingatkan sebelum nak beli hand sanitizer ini, ada beberapa perkara yang perlu mama ambil tahu. Jangan main beli je tanpa ketahui tentang kandungan didalamnya sama ada ia sesuai atau tak dengan kulit kita.

5 PERKARA YANG PERLU MAMA TAHU SEBELUM BELI HAND SANITIZER

#1 Definisi Hand Sanitizer

Apa yang dimaksudkan dengan hand sanitizer ni sebenarnya? Ianya adalah sejenis bahan kimia yang diformulasikan untuk membasmi kuman. Terdapat dalam dua jenis bentuk iaitu cecair atau gel. Kebanyakan farmasi menjual yang berbentuk gel seperti Dettol manakala yang cecair boleh dilihat di hospital.

Ia mula dikomersialkan pada sekitar 1990-an yang mana bertindak sebagai pencuci tangan yang lebih selesa; menggantikan air dan sabun.

#2 Periksa kandungan alkohol

Pastikan mama periksa kandungan alkohol yang terdapat dalam hand sanitizer yang mama nak beli adalah melebihi 60%. Kalau kandungan alkohol kurang dari 60 peratus, maka hand sanitizer itu tak cukup untuk membunuh kuman.

Ini dibuktikan oleh ujian makmal dan dipetik dari Dr Amalina Bakri dari Twitternya. Dia menyatakan hanya hand sanitizer yang mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus kadar kepekatan alkohol mampu membunuh koronavirus.

Usah paranoid bila terdengar perkataan alkohol. Alkohol adalah nama umum kepada sejenis cecair. Alkohol yang digunakan dalam hand sanitizer bukanlah arak yang haram diminum oleh umat Islam.

Image credit DailyMed

#3 Berkesankah hand sanitizer bukan berasaskan alkohol?

Dalam memerangi wabak virus Covid-19, para pakar perubatan hanya menyarankan hand sanitizer yang berasaskan alkohol je. Hal ini kerana dengan kandungan tersebut, ianya boleh membunuh mikroogranisma itu. Manakala yang tak berasaskan alkohol pula, tak dapat dipastikan keberkesanannya.

Kalau bukan alkohol, apakah bahannya? Mesti mama tertanya-tanya kan? Bagi yang tak berasaskan alkohol, kandungan yang menggantikan alkohol adalah benzalkonium klorida atau triclosan.

Jika mama mahu membeli hand sanitizer yang tak berasaskan alkohol pastikan kandungan bagi dua jenis bahan kimia aktif ini dalam peratusan yang ditetapkan. Bagi benzalkonium klorida, hanya 0.01% manakala triclosan hanya 2% je.

Kadar peratusan itu hendaklah mama ambil serius kerana jika berlebihan, ianya akan memberi kesan-kesan sampingan. Contohnya mengeringkan kulit, memedihkan mata dan juga mempunyai kemungkinan mengganggu sistem pernafasan dan saraf.

Peratusan berlebihan triclosan boleh mengakibatkan gangguan sistem hormon atau endokrin dan juga boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar. Namun begitu, triclosan banyak digunakan dalam produk ‘toiletries’ kita seperti pencuci muka, sabun mandi, dan ubat gigi.

#4 Kepentingan menggunakan Hand Sanitizer

Pastikan mama semua membawa hand sanitizer kemana sahaja mama pergi sepanjang musim penularan Covid-19 ini. Dan teruskanlah amalan ini biarpun virus ini lenyap selepas ini bagi mengekalkan kebersihan diri.

Jika mama tak ada hand sanitizer, mama boleh membeli sabun biasa dan letakkannya dalam botol kecil ‘travel pack’ bagi memudahkan mama meletakkan dalam beg atau poket.

#5 Kekurangannya

Satu perkara yang paling penting dalam menggunakan cecair ini juga adalah teknik penggunaannya. Jika mama hanya sekadar menyapu di tapak tangan, maka mama telah membazirkan cecair tersebut. Untuk mengetahui langkah penggunaan yang betul, Dr Khairul Hafidz ada mengongsikan video di akaun Twitter miliknya.

Sumber: Dr Amalina Bakri

BACA JUGA Simptom Positif Covid, Banyak Prosedur Perlu Dibuat

Pesan Mama Siti

Pesan Mama Siti, dalam membeli dan menggunakan cecair pembasmi kuman ini, pastikan kandungan bahan menepati piawaian dan sesuai dengan kulit anda. Baca kandungan di botol hand sanitizer terlebih dahulu. Namun, adalah lebih baik jika kita semua menggunakan air dan sabun.