KelabMama

Hand Sanitizer – Ambil Tahu 5 Perkara Sebelum Beli

Seperti yang kita semua tahu penggunaan hand sanitizer sekarang ni dah menjadi satu rutin wajib. Lagi-lagi, bila keluar rumah. Pastikan, hand sanitizer ni kena ada tak kira dalam poket atau dalam bag. Di rumah pun antara benda paling wajib ada terutamanya di pintu masuk.

Kita pun tahu di awal pandemik ni berlaku demand untuk hand sanitizer ni sangat tinggi. Sampai semua farmasi sold out lah. Namun, ada juga yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Contohnya, jual dengan harga yang tinggi atau buat DIY pembersih tangan sendiri.

Sebagai pengguna yang bijak, Mama Siti nasihatkan agar kita tahu sedikit sebanyak pasal hand sanitizer ni. So, nanti tak adalah kita main beli je.

5 Perkara tentang Hand Sanitizer

1. Apa itu Hand Sanitizer?

Ia berfungsi untuk membasmi kuman. Sama ada dalam bentuk gel, cecair atau buih. Penggunaan ini boleh dikatakan cepat, mudah dan selesa sebab tak perlu guna sabun dan air. Sebab itu, ia boleh dibawa ke mana-mana sebab bentuknya yang kecil itu.

2. Apakah kandungannya?

Kita kena tahu yang bahan utama dalam hand sanitizer ni ialah alkohol. Sebabnya alkohol ni akan bunuh virus dan bakteria dekat tangan kita. WHO nasihatkan supaya cari hand sanitizer yang ada 60% kandungan alkohol. Food and Drugs Administration(FDA) mengesyorkan produk yang digelar sebagai hand sanitizer mesti ada ethanol, isopropanol atau benzalkonium chloride sebagai bahan utama.

3. Hand Sanitizer Bukan Berasaskan Alkohol.

Pernah tak dengar pembersih tangan yang bukan berasaskan alkohol? Sebenarnya, memang ada pun. Oleh itu, ahli kimia ChM Dr Fatimah Salim menyatakan hand sanitizer yang bukan berasaskan alkohol ini ada bahan kimia juga seperti benzalkonium chloride atau triclosan. Bagi benzalkonium chloride yang dibenarkan hanya 0.1 % je sebab bahan ni kalau ada dos yang tinggi, boleh merengsa kulit dan iritasi pada mata. Dia juga boleh ganggu sistem saraf, pernafasan dan pertahanan semula jadi badan.

Kalau triclosan pula mesti disarankan 2% sahaja. Namun, FDA mengeluarkan kenyataan dan menarik penggunaan triclosan sebab benda ni boleh buatkan sistem endokrin (hormon) terganggu.

4. Kebaikan

Antara kebaikan pembersih tangan ini ialah:

i. Membasmi kuman dengan berkesan dengan syarat kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95%.

ii. Boleh digunakan bila-bila masa terutama bila tak ada air.

iii. Dijual dengan harga yang berpatutan.

iv. Boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama, so tak payah beli berulang kali.

5. Kelemahan

Antaranya:

i. Sesetengah mungkin tak ada 60% kandungan alkohol seperti yang disyorkan FDA. So, ia mungkin kurang berkesan lawan kuman.

ii. Ia hanya boleh bunuh kuman je bukan seperti minyak, habuk, gris, warna, racun perosak dan lain-lain lagi. So, sebab itu hand sanitizer tak mampu nak tandingi keberkesanan sabun dan air.

iii. Bila guna terlalu kerap, ia akan bunuh kuman yang berfungsi sebagai sistem pertahanan semula jadi badan untuk membina imuniti.

iv. Mudah terbakar dan meruap. Elakkan berdekatan dengan api dan makesure betul-betul kering pada tangan bila pakai.

v. Mengeringkan kulit

vi. Digalakkan guna bila tiada air dan sabun. Sabun dan air boleh bunuh spora bakteria (seperti Clostridioides difficile), parasit (seperti Cryptosporidium) dan sesetengah virus (seperti norovirus).

vii. 60-80% alkohol mampu membunuh hampir semua jenis bakteria termasuklah TB dan yang telah mempunyai kerintangan.

viii. 90% alkohol pula boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis enveloped (seperti virus influenza) dan HIV. Namun tak berkesan pada virus rabies.

Jadi bila Mama nak beli hand sanitizer, pastikan :

  • Kandungan alkohol sekurang-kurangnya ada 60%.
  • pilih yang jenis gel sebab ia kurang keringkan kulit kita.

Tapi, walaupun ia bagus dan mudah digunakan, Mama Siti syorkan gunakan sabun dan air. Dalam musim COVID-19, kerapkan basuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat (bersamaan 2 kali lagu Happy Birthday) dan bila dah basuh tangan tu, jangan sesekali sentuh muka kita ye. Semoga kita semua terhindar dari wabak COVID-19.

Sumber: SirapLimau

Pesan Mama Siti :

Seperti yang Mama Siti pesan, ramai orang dah mula ambil kesempatan dalam kesempitan. Ada yang mama tengok, jual hand sanitizer dengan harga yang mahal, tambah pula jual guna nama agama. Memang Mama Siti naik angin. Jangan macam tu. Sebagai pengguna yang bijak, pilihan di tangan kita. Tepuk dada tanyalah selera.