KelabMama

Tekak Rasa Nak Makan Yee Sang, Boleh Ke Mama Hamil Makan?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Mama Siti pasti, ramai sekarang tengah busy dengan Chinese New Year (CNY) dinner yang dianjurkan pejabat, rakan-rakan atau saudara yang menyambut bukan? Bila sebut pasal CNY dinner ni, mestilah akan ada Yee Sang.

Bagi ibu hamil, pernah tak Mama tanya diri sendiri, boleh ke tak sebenarnya mak yang hamil makan Yee Sang ni? Mungkin Mama tak perasan yang Yee Sang ni sebenarnya mempunyai ikan mentah Salmon!

Seperti yang Mama tahu, bahan-bahan Yee Sang terdiri daripada:

Betul, komposisi Yee Sang mungkin lebih kepada sayur-sayuran yang memberi nutrien dan juga vitamin yang bagus untuk ibu hamil. Tetapi ia juga bukan yang Mama sangkakan.

Mama yang hamil perlu berpantang makanan mentah dan pastikan makanan tersebut dimasak sepenuhnya sebelum makan bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan.

Selamat Ke Yee Sang Untuk Ibu Hamil?

Walaupun Yee Sang adalah makanan tradisi dan kegemaran semua semasa Tahun Baru Cina, ikan mentah salmon dalam Yee Sang semestinya tidak sesuai untuk ibu hamil makan kerana makanan mentah boleh mengandungi parasit.

Bukan sahaja ikan salmon dalam Yee Sang ni, mana-mana sushi dengan makanan laut mentah atau kurang masak adalah dilarang! Makan ikan mentah atau kurang masak boleh mendedahkan bayi anda yang sedang membesar kepada merkuri dan bakteria berbahaya.

“Apa yang berlaku jika Mama makan ikan mentah?”


Ikan mentah ni boleh menyebabkan keracunan makanan dan Mama yang hamil lebih cenderung untuk sakit berbanding orang lain. Untuk mengelakkan apa-apa penyakit, hidangan makanan laut hendaklah dimasak pada suhu tertentu.

Tapi apa jadi kalau ada makan malam Tahun Baharu Cina? Mama masih boleh menikmati Yee Sang vegetarian yang tidak mengandungi ikan mentah.

Jenis Yee Sang Yang Boleh Dimakan Ketika Hamil

Berita baik untuk Mama yang hamil! Yee Sang jenis vegetarian ni boleh dimakan asalkan sayur-sayuran mentah tersebut dicuci dengan bersih untuk menghilangkan racun perosak.

Ingat tau, makanan mentah is a no-no! Sayur yang dihidangkan juga perlu dibasuh dengan bersih untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan bakteria yang terkandung pada bahan-bahan tersebut.

Ingat pesan Mama Siti ni! Semoga bermanfaat untuk Mama dan keluarga! Selamat mencuba dan selamat Tahun Baru Cina~


Apa yang Mama hamil tidak boleh makan? Boleh klik di SINI untuk tahu lebih lanjut.