Hati siapa yang tak terlebih excited bila dapat tahu hamil kembar? Kalau mama Siti pun excited habis. Tak dinafikan ramai mama yang teringin nak hamil kembar kan? Katanya seronok terus dapat dua orang haha. Tu kalau kembar 2 lah. Kalau kembar 3,4 dan seterusnya macam mana pula? Ha..tu rezeki namanya!
Memang seronok bakal ada anak kembar tapi risikonya tetap ada. Kalau mama nak tahu, wanita yang hamil kembar berisiko lebih tinggi berbanding hamil normal tau.
RISIKO & KOMPLIKASI YANG PERLU MAMA TAHU
1)Akan ada masalah-masalah ringan berkaitan dengan awal kehamilan (morning sickness, pedih ulu hati, kaki bengkak, urat timbul, sakit belakang jadi lebih biasa bagi kehamilan kembar)
2)Mama akan dapat Anemia (kekurangan sel darah merah) akibat kekurangan zat besi kerana tumbesaran bayi-bayi kembar menggunakan banyak zat besi.
3)Mama akan dapat Pre-eklampsia, keadaan di mana tekanan darah mama meningkat dan terdapat protein dalam air kencing.
4)Berpeluang tinggi mengalami pendarahan lebih daripada biasa (tumpah darah) lepas bersalin akibat rahim tak mengecut.
5)Kemungkinan besar kelahiran secara caesarean atau kelahiran dibantu (forseps atau vakum) untuk melahirkan bayi.
6)Melahirkan bayi pramatang. 60 dalam 100 kehamilan kembar, dua akan lahir sebelum 37 minggu. 75 dalam 100 kembar, 3 lahir sebelum 35minggu. Dibandingkan wanita dengan 1 bayi, 10 dalam 100 yang lahir pramatang sebelum 37 minggu.
Bayi yang lahir pramatang ni mempunyai risiko berkaitan masalah pernafasan, pemakanan dan jangkitan kuman. Lagi awal bayi dilahirkan, lagi kerap masalah ini berlaku. Bayi mungkin kena dimasukkan dalam wad unit rawatan rapi (ICU) bayi, mama digalakkan menyusu badan walaupun bayi berada dalam wad ICU.
7)Kehamilan kembar berisiko uri tak berfungsi baik dan memberikan kesan kepada tumbesaran bayi.
BOLEH LAHIR SECARA NORMAL TAK?
Boleh tapi dengan syarat kandungan atau mama tersebut adalah :
1) Kembar tak lebih dari dua dan bukan kembar bercantum/siam
2) Kedudukan yang sesuai untuk kelahiran. Kembar pertama mesti berada dalam kedudukan kepala berada di bawah (kedudukan kepala kembar kedua begitu penting kerana kebanyakan masa kedudukan mereka akan berubah selepas kelahiran kembar pertama)
3) Mama tak ada darah tinggi yang bahaya (pre-eclampsia)
4) Mama tak ada penyakit kronik seperti sakit jantung
5) Berat bayi lebih 2kg
6) Kandungan tak pramatang
7) Tak ada komplikasi ‘growth restriction’ pada bayi (bayi terlalu kecil)
8) Tak ada growth discordant (satu bayi terlalu kecil dari kembarnya)
9) Dua-dua bayi sihat
10) Sejarah kelahiran czer atau pembedahan lain ke atas rahim sebelum ni (kerana boleh meningkatkan risiko uterine rapture)
Ramai yang nak hamil kembar tapi tak tahu risiko serta komplikasinya. Buat mama yang sedang mengandungkan kembar, tahniah mama Siti ucapkan. Mama Siti doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan dan berjalan lancar. Amin.
Bagi yang nak dapatkan anak kembar mungkin boleh cuba ni :
INI IKHTIAR DAPAT ANAK KEMBAR WALAUPUN ANDA TIADA GENETIK KEMBAR
Semoga bermanfaat!