KelabMama

“Tak Menyesal Kahwin”- Koleksi Hadis Memilih Pasangan dan 5 Tips Pilih Calon Jodoh

Kita semua nak suami dan isteri yang terbaik. Kalau salah pilih pasangan, kesannya boleh melarat kepada anak-anak dan ahli keluarga lain juga. 

Sebagai panduan memilih pasangan, dinasihatkan untuk merujuk kepada hadis tentang jodoh dalam Islam. 

Demi melengkapkan lagi proses memilih jodoh, Mama Siti kongsikan juga tips memilih pasangan agar bahagia hingga ke syurga. 

7 Hadis Memilih Pasangan Hidup

#1 Memilih Pasangan Dengan 4 Kriteria Dalam Islam

Kredit gambar: Google

تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك

“Wanita biasanya dinikahi kerana empat hal: kerana hartanya, kerana kedudukannya,kerana parasnya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih karena agamanya (keislamannya), sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan merugi.” – (Hadis Riwayat Muslim)

#2 Pasangan Soleh dan Solehah

Kredit gambar: NikahSatu

 الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَاالْمَرْأَةُ الصَّالِحَة

“Dunia adalah hiasan, dan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah.” – (Hadis Riwayat Muslim)

#3  Cari Yang Penyayang

تزوجوا الودود الولود فاني مكاثر بكم الأمم

“Nikahilah wanita yang penyayang dan subur. Kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku.” – (Hadis Riwayat Abu Dawud)

#4 Calon Yang Merdeka

Kredit gambar: Bincang Muslimah

 مَنْ أَرَادَ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ طَاهِرًا مُطَهَّرًا فَلْيَتَزَوَّجْ الْحَرَائِرَ

“Barang siapa yang mahu menghendaki Allah dalam keadaan suci dan disucikan, maka hendaklah dia mengahwini wanita merdeka.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

#5 Perempuan Yang Dipinang

Kredit: Redaksi.com

 أَنْ يَبِيعَ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الْخَاطِبُ قَبْلَهُ أَوْ يَأْذَنَ لَهُ الْخَاطِبُ

“Sesama mukmin adalah bersaudara, maka baginya tidak halal menawar barang yang telah ditawar (dibeli) oleh saudaranya dan tidak halal meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, kecuali bila saudaranya telah membatalkan pinangan.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#6 Segera Berkahwin

Kredit gambar: Khabar Pahang

  إِذَا أَتَاكُمْ مَنْ تَرْضَوْنَ دِينَهُ وَخُلُقَهُ فَزَوِّجُوهُ، إِلا تَفْعَلُوا تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ عَرِيضٌ

“Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu reda akan agama dan akhlaknya maka kahwinkan lah dia. Jika kamu tidak melakukannya maka ia akan menjadi fitnah di bumi dan juga akan berlaku keburukan.” – (Hadis Riwayat Al-Tabarani)

#7 Surah Al-Baqarah, ayat 221

 وَلَا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكٰتِ حَتّٰى يُؤْمِنَّ ۗ وَلَاَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّنْ مُّشْرِكَةٍ وَّلَوْ اَعْجَبَتْكُمْ ۚ وَلَا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِيْنَ حَتّٰى يُؤْمِنُوْا ۗ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّنْ مُّشْرِكٍ وَّلَوْ اَعْجَبَكُمْ ۗ اُولٰۤىِٕكَ يَدْعُوْنَ اِلَى النَّارِ ۖ وَاللّٰهُ يَدْعُوْٓا اِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِاِذْنِهٖۚ وَيُبَيِّنُ اٰيٰتِهٖ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُوْنَ ࣖ – ٢٢١

“Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik meskipun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu nikahkan orang (laki-laki) musyrik (dengan perempuan yang beriman) sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya laki-laki yang beriman lebih baik daripada laki-laki musyrik meskipun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izinNya. (Allah) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia agar mereka mengambil pelajaran.”

Tips Memilih Pasangan

#1 Berkemampuan

Duit bukan segalanya tapi mahu tidak mahu, segalanya perlukan duit. Nasihat ini mungkin lebih relevan diberikan kepada Mama yang sedang mencari suami. 

Suami hendaklah menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain yang diperlukan isteri. Sekiranya kriteria itu dipenuhi, barulah suami dianggap berkemampuan untuk berkahwin. 

#2 Soleh dan Solehah

“Nak kena pakai tudung labuh sampai ke punggung ke Mama?” 

“Kalau lelaki yang saya suka tu tak hafal quran, tak boleh kahwin ke?”

Itu soleh dan solehah dari luaran. Tapi jangan lupa, nilai-nilai soleh juga perlu dinilai dari segi dalaman. 

Ada orang, pakainya elok tapi bila berbicara macam tak ada insuran. Ada orang pula, cuma pentingkan banyaknya surah yang dihafal tapi bila kita tanya apa tafsiran ayat tersebut, dia tak tahu. 

Oleh itu, kepada Mama dan Papa, Mama Siti nasihatkan agar tidak menilai dari mata kasar sahaja. Sebaliknya, minta petunjuk Allah SWT agar kita dapat melihat nilai-nilai murni dari dalam hatinya.  

#3 Bertanggungjawab

“Masak, basuh baju, didik anak. Itu semua kerja perempuan, lelaki cuma cari duit saja.”

Kalau dulu mungkin kita boleh setuju hanya lelaki yang bekerja tetapi kini, isteri juga turut sama menyumbang kepada ekonomi keluarga. 

Jadi, urusan rumah tangga seharusnya menjadi tanggungjawab bersama antara suami dan isteri. 

#4 Boleh Berbincang

Asal ada yang tak kena saja, buat ‘silent treatment’ tak pun merajuk tak tentu hala. Merajuk tu biasa dalam rumah tangga tapi kalau ada perkara serius pun kita tak nak berbincang, parah tu. 

Islam mengajarkan agar kita selalu berbincang apabila wujud perbezaan pendapat. Sebaiknya kita mencari pasangan hidup yang boleh ajak berbincang dan menerima sumbang saran.  

#5 Sekufu

Keserasian pasangan mengikut islam tidak cuma pada perasaan dan taraf kehidupan. Faktor sekufu juga melibatkan tentang cara fikir calon suami dan isteri. 

Contohnya begini, Mama nak bincangkan tentang konteks intelektual tapi pasangan Mama tak faham, dia masih nak kaitkan dengan perbezaan lain yang tidak berkaitan dengan perbincangan. 

Mama nak bertukar cerita pun jadi tak semangat. 

Teliti terlebih dahulu hadis memilih calon suami dan isteri sebelum membuat keputusan. Mama dan Papa ada hak memilih pasangan hidup, jangan sia-siakan kuasa yang ada. 

Doa Mama Siti agar Mama dan Papa dikurniakan pasangan yang baik demi menjalani perkahwinan yang diredai Allah SWT.  


Perbaiki dan tingkatkan amal ibadah dengan panduan berguna di SINI.