KelabMama

30 Idea Hadiah Untuk Pengantin Baru (Paling Berguna Lepas Kahwin)

Nak bagi apa ni untuk pengantin? Pinggan mangkuk? Atau set hiasan rumah? 

Apa yang difikirkan tu Mama, mari sini Mama Siti bantu dengan 30 idea hadiah untuk pengantin baru. Pastinya semua haidah ini bermanfaat buat pengantin gunakan lepas majlis kahwin nanti tau. 

Silap-silap boleh tahan sampai ada anak. Ha, banyak kan pahala Mama. Dari yang harga murah sampai yang mahal, semua ada dalam perkongsia Mama Siti kali ini. 

Idea Hadiah Perkahwinan Untuk Pengantin

Vakum Tanpa Wayar

Kredit gambar: Adobe Stock

Kerja-kerja pembersihan rumah jadi lebih mudah sebab tak perlulah sambungkan wayar ketika membersihkan ruang tamu dan bilik. 

Pengisar Buah-Buahan (Juicer)

Bila kawan kita dapat hadiah juicer, senang mereka nak hidangkan air istimewa bila ajak kawan-kawan datang rumah nanti kan. 

Set Pisau

Kredit gambar: Seoko SDN BHD

Mula-mula kahwin ada pasangan yang tinggal di rumah yang masih kosong. Belum cukup peralatan rumah. Set pisau pelbagai saiz macam ini memudahkan mereka memasak di dapur. 

Set Kutleri

Sama juga dengan set pinggan, mangkuk dan sudu, garfu. Bila dapat satu set, cantik lah kalau nak susun dalam kabinet dapur tu kan. 

Periuk Nasi Automatik

Paling berguna untuk orang berkeluarga. Dulu masa bujang, banyak beli saja lauk. Sekarang dah berkeluarga, lebih jimat masak sendiri.

Pengisar (Blender)

Kredit gambar: SMEG Malaysia Online

Nak kisar bawang, nak kisar cili, nak buat sambal belakang atau menu sambal belado. Semuanya perlukan pengisar, kalau nak guna lesung batu, boleh juga tapi lambat lah nanti. 

Jam Dinding

Jam diperlukan dirumah untuk melihat masa dan juga sebagai hiasan tambahan. Tak rugi sebenarnya bagi hadiah perkahwinan jam dinding sebab banyak lagi bilik yang perlukan masih kosong tiada hiasan. 

Lampu Hiasan

Kalau Mama tahu citarasa kawan Mama tu lagi bagus. Sebabnya Mama tahu konsep hiasan rumah yang dia berkenanan. Bolehlah belikan lampu hiasan sebagai hadiah perkahwinan.

Alatan Sukan

Kredot gambar: Yoga Mat

Macam tak ada kena mengena, tapi bermanfaat sebenarnya. Lagi-lagi kalau pasangan pengantin sejenis yang sibuk bekerja tapi mementingkan aspek kesihatan. Mereka sangat menghargai hadiah seperti ini. 

Cerek

Pasangan yang baru berkahwin, lebih baik simpan duit tu untuk hal-hal yang lebih penting. Daripada melanggan pelan penapis air, baik kita masak air panas sendiri kan. Jimat duit bulan-bulan. 

Buku dan Majalah

Hadiah yang ni Mama Siti suka. Ambil peluang ini untuk hadiahkan bahan bacaan yang berunsurkan perkahwinan dan keluarga. Mana tahu kita dapat saham pahala juga kan. 

Permaidani

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Satu lagi hiasan rumah yang sangat membantu pengantin baru. Rumah baru yang masih tiada sofa, baik kita alaskan dengan permaidani kan.

Set Cadar

Mama Siti suka kalau orang bagi hadiah set cadar ni. Bila sarungkan dekat tilam akan teringat orang yang bagi tu. Mulalah imbas balik memori dengan kawan yang bagi hadiah set cadar tu.

Bantal 

Kredit gambar: Suhaidaaziz.onpay.my

Tak lengkap set cadar kita kalau tak ada bantal tambahan sekali. Kalau pengantin dah ada set tilam dan bantal sendiri, hadiah bantal tu boleh digunakan bila ada saudara mara yang datang tumpang tidur rumah nanti kan. 

T-Shirt Sedondon

Lepas majlis perkahwinan, selalunya pasangan pengantin akan pergi berbulan madu. Kalau ada baju sedondong barulah nampak serasi. 

Kelengkapan Ibadah

Kredit gambar: Galeri AdDeen

Hadiah ini pasti menjadi hadiah bermakna buat pasangan pengantin serta menambah koleksi peribadi mereka.

Meja Kopi

Jarang kan kita dengar orang bagi meja sebagai hadiah perkahwinan. Kita jadilah unik, lain dari yang lain. Barulah orang ingat kita kan. 

Pakej Bulan Madu

Kalau ada rezeki lebih dan pasangan pengantin ialah kawan baik Mama, hadiah pakej bulan madu ialah yang terbaik. 

Bingkai Gambar

Boleh letakkan gambar perkahwinan dalam bingkai gambar tu nanti. Bingkai gambar boleh dijadikan hiasan tambahan ruang rumah pengantin. 

Baucar Membeli Belah

Mama juga boleh bagi kebebasan kepada pasangan pengantin untuk pilih barang apa yang mereka suka. Hadiahkan baucar beli-belah di kedai kegemaran mereka, biar nanti mereka pilih sendiri.

Diffuser

Kredit gambar: Shopee

Fungsi diffuser ada pelbagai. Mewangikan ruangan, menenangkan mood dan banyak lagi. Pasangan baru berkahwin ni banyak benda baru mereka perlu lalui, jadi diffuser sangat membantu.

Rak 

Mama Siti tak kan nak bawa rak besar-besar tu pergi majlis perkahwinan? 

Bukan lah Mama, sekarang kan dah banyak set pasang sendiri. Mama belikan je macam yang IKEA selalu jual tu. 

Tudung Saji

Kredit gambar: Hizarahome

Tudung saji moden sekarang dah tak macam dulu. Rekaan terbaru Mama Siti nampak sebelum ni ada tudung saji yang bertingkat-tingkat. Bahannya pula lebih tahan lasak.

Kad Netflix

Kredit gambar: Soya Cincau BM

Wah, ini lain dari yang lain. Hadiahkan kad Netflix untuk pengantin. Betul juga kan, kalau semua orang ada idea yang sama nak bagi peralatan dapur, nanti sampai tak terguna pula. Ada Netflix, boleh santai-santai lepas majlis nanti kan. 

Hamper Makanan

Untuk hadiah hamper makanan ini, anda boleh beri bahan masakan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk digunakan pada masa akan datang

Mesin Kopi

Kredit gambar: Have Halal Will Travel

Idaman buat penggemar kopi. Pagi-pagi kalau tak dapat kopi, tak lengkap hari mereka. Hadiah ini akan jadi sangat bermakna buat pasangan yang kedua-duanya sukakan kopi. 

Set Baju Tidur

Lepas kahwin ni lah pengantin nak kenal lebih dekat pasangan masing-masing kan. Orang kata lepas kahwin lah baru tahu karakter sebenar pasangan. Bila pakai baju sedondon, pengantin boleh tahu warna kegemaran masing-masing dan bahan yang mereka selesa. 

Aksesori Bilik Mandi

Kredit gambar: Alibaba.com

Antara hadiah perkahwinan yang boleh dipertimbangkan. Selain susun atur rumah, susun atur di bilik mandi pun perlu tau. Bila cantik dan kemas baru rasa nyaman nak bersihkan diri. 

Set Tudung

Sekarang dah banyak jenama yang menawarkan set tudung dengan kotak sekali. Cantik, kemas dan eksklusif. Mama boleh dapatkan serendah RM 50 sahaja tau. 

Beg Bagasi

Kredit gambar: Kosmo Digital

Mama Siti, kita nak bagi hadiah perkahwinan kan, kenapa beg bagasi? 

Sebab lepas kahwin, mungkin pengantin perlu berulang alik ke rumah mertua. Jadi mereka perlukan beg simpanan pakaian. Beg bagasi lah jawapannya. 

Dalam banyak-banyak idea hadiah untuk pengantin tadi, Mama rasa mana satu paling berbaloi kalau dapat. Bagi Mama Siti, paling berguna kalau dapat pengisar. Sebab Mama Siti rasa gajet dapur ini sangat diperlukan di dapur, 

Apa-apa pun, Mama lagi kenal kan pasangan pengantin. Hadiahkan mereka sesuatu yang mereka suka. Tak salahkan kita buat orang gembira, semoga Allah berikan kita lebih banyak kebahagiaan.  Jika anda sudah berkahwin lebih daripada 5 tahun, jom baca cara untuk semarakkan kembali api cinta dalam perkahwinan.