KelabMama

“Susahnya Cari Hadiah Untuk Ayah”- Ayah Mesti Suka Kalau Dapat Salah Satu Daripada 20 Hadiah Ini

Hadiah untuk ayah

Hari lahir ayah dah nak dekat tapi masih belum buat keputusan nak bagi apa? Ya lah kan, kalau untuk ibu tu senanglah sikit sebab perempuan ni senang luahkan atau tunjukkan apa yang mereka suka dan nak. Tapi, ayah atau lelaki…

Mama mesti tak nak bagi hadiah yang sama macam tahun lepas kan. Sebab tu lah, Mama Siti datang membantu Mama dengan 20 pilihan hadiah untuk ayah.

Jangan risau sebab hadiah-hadiah ini sesuai untuk hari lahir, hari bapa, sempena kenaikan pangkat, tamat perkhidmatan, dan lain-lain. Kalau tiba-tiba nak bagi hadiah pun sesuai sangat!

20 Idea Hadiah Untuk Ayah

(Sesuai Untuk Hari Lahir, Hari Bapa, Kenaikan Pangkat, Tamat Perkhidmatan)

Bantal

Kredit gambar: Suhaidaaziz.onpay.my

Sangat berguna sebenarnya kalau hadiahkan ayah bantal. Bantal pun sebenarnya pelaburan juga tau. Tidur jadi lebih berkualiti dan lena. 

Al-Quran

Kredit gambar: Shopee

Bukan sahaja dapat bahagiakan ayah, dapat pahala lagi kalau ayah baca naskah al-quran yang kita belikan tu. kalau sebelum ni ayah berkias nak al-quran yang besar, ada terjemahannya sekali. Ini lah masanya nak beri kejutan kan. 

Minyak Wangi

Kredit gambar: Maskulin

Nak bagi ayah rasa lebih berkeyakinan kan. Ha, apa kata bagi minyak wangi. Bau-bauan dari minyak wangi tadi menyerlahkan lagi karisma si ayah.

Bingkai Al-Quran

Kredit gambar: Amazon.ca

Sesuai untuk dijadikan hiasan dalam sama ada di rumah ataupun di tempat kerja. Belikan satu bingkai al-quran atau 99 nama Allah.

Hamper Buah-Buahan

Kredit gambar: flowerchimp.com

Kenapa buah bukan coklat? Sebagai simbolik untuk menjaga kesihatan ayah. Semoga ayah terus sihat dari segala penyakit. 

Pakej Pelancongan

Kredit gambar: Azhafizah.com

Hadiah yang ini sesuai sebagai hadiah pencen. Selama ini ayah penat bekerja sampai tak sempat nak rehatkan diri kan. Tak kira pelancongan dalam negara atau luar negara. Asalkan bukan di rumah. 

Set Memancing

Kredit gambar: sislin76.com

Siapa tak suka kalau dapat hadiah yang berkaitan dengan hobi kita kan. Apa salahnya kali ini kita sokong minat ayah dengan hadiahkan mereka set memancing. 

Alat Menukang 

Kredit gambar: AliExpress

Alatan menukang atau tool box antara ‘must-have item’ yang wajib ada. Tak pun kan Mama, Mama belikan mesin gerudi (drill). 

Kelengkapan Berkebun

Kredit gambar: Popmama.com

Ayah yang suka berkebun mesti sangat gembira kalau dapat set berkebun yang dah lama mereka idam-idamkan. 

Contohnya hadiahkan ayah kit permulaan haba, set baja atau sarung tangan. 

Topi 

Kredit gambar: Wix.com

Melengkapkan imej bersukan untuk ayah Mama. Nanti ayah atau suami Mama boleh pakai masa main golf. 

Bahan kanvas sesuai untuk melindungi kepala dari sinaran Ultraviolet (UV).

Dompet

Kredit gambar: sislin76.com

Selalunya orang lelaki akan pakai dompet sampai koyak dan buruk. Bukan apa, mereka buat semua tu sebab nak dahulukan keluarga. Dompet sebagai hadiah akan mengukir senyuman di bibir mereka. 

Jam Pintar (Smart Watch)

Kredit gambar: Aliff.co

Jam pintar semakin lama, semakin canggih. Sekarang smart watch dah boleh pantau kesihatan ayah juga tau. 

Kalau ada temujanji doktor pun, smart watch boleh tolong ingatkan.  

Rehal

Kredit gambar: laserukir.com

Kalau ayah yang dah tak bekerja atau pencen. Belikan juga rehal untuk mereka. Selain boleh buat baca al-quran, boleh guna untuk baca buku juga kan. 

Seminggu sekali boleh bawa ke pengajian agama. Senang nak catat nota ceramah. 

Slipper 

Macam aneh je Mama Siti, sesuai ke nak bagi hadiah slipper? Percayalah slipper ialah kasut yang paling senang pakai, sedap pakai. 

Ayah boleh bawa pergi ke masjid kan. Nak pergi solat berjemaah dengan imam. Ha, kan berguna tu. 

Mesin Urut

Mesin urut badan dan mesin urut kaki. Dua pilihan ini selalu Mama Siti jumpa dekat rancangan jualan di televisyen. Ayah mesti suka kalau dapat satu mesin urut. Boleh legakan sakit badan dan sakit kaki.

Mesin Pencukur

Kredit gambar: Twitter

Nak bagi ayah atau suami kita nampak lebih kemas? Bagi hadiah pencukur elektrik ni. Macam orang perempuan dapat pengering rambut, ayah-ayah pun mesti gembira bila dapat pencukur automatik.

Penginapan Hotel

Kredit gambar: Trip.com

Staycation untuk ayah tersayang. Kadang-kadang bila dah berumur ni, mereka lebih suka berehat. Apa kata kita bagi staycation. Bawa pergi tempat yang ada pantai, dan boleh buat aktiviti lain dekat hotel yang sama. 

Jam Tangan

Kredit gambar: Lazada

Ayah Mama Siti cukup suka dengan jenama kereta Volkswagen. Sampaikan jam pun nak kena ada logo VW tau. 

Mama boleh guna idea yang sama. Carikan jam tangan yang ada logo kegemaran suami atau ayah. 

Motosikal

Kredit gambar: Metro Kini

Orang sekarang kata “bukan biashe-biashe” hadiah untuk ayah. Mestilah kan, selama ni ayah dah bagi kita macam-macam. Sekarang kita lah pula nak bahagiakan ayah. Tapi kan kalau ada duir lebih, hadiahkan ayah kereta pun seronok juga kan. 

Diffuser

Kredit gambar: commune de Ganshoren

Pastikan rumah ayah sentiasa bersih dengan pelembab udara. Sekarang ni dah banyak orang jual kan. Tinggal pilih jenama sahaja. 

Paling penting pilihan hadiah yang Mama Siti senaraikan kali ini boleh ada dalam macam-macam julat harga. Yang mahal ada, yang murah pun ada. Ikut kemampuan masing-masing. 

Bukan harga menjadi taruhan tetapi keikhlasan dan tanda kita menghargai dan meraikan ayah. Macam ini lah cara untuk kita eratkan lagi hubungan kekeluargaan. 

Semoga hadiah untuk ayah Mama menjadi kenangan terindah buat mereka.