Hari Ibu sudah, sekarang bakal tiba Hari Bapa pula. Bila bercakap mengenai hadiah untuk Hari Bapa ni, mesti ramai yang keliru atau pening memikirkannya. “Susahlah nak cari hadiah untuk lelaki,”.
Mama Siti faham. Kalau di tanya confirm Papa akan cakap tak nak apa-apa kan. Hadiah ni sebagai tanda Mama menghargai pengorbanan Papa.
Selain daripada hadiah biasa yang Mama sering berikan kepada Papa, berikut merupakan idea hadiah Hari Bapa yang boleh diberikan pada encik suami anda.
27 Idea Hadiah Hari Bapa Untuk Ayah/Suami Tersayang
1. Beg Kerja
Mama bolehlah belikan hadiah beg kerja yang baru kepada Papa. Ada banyak pilihan untuk Mama pilih.
Bukan banyak design je, color pun ada banyak pilihan. Mama Siti cadangkan belikan beg mengikut warna kegemaran Papa.
Confrim Papa suka nanti bila dapat beg kerja baru. Papa pun lebih semangat nak bekerja nanti.
2. Baju Kemeja
Baju kemeja pun boleh dijadikan salah satu idea untuk hadiah juga. Mungkin Mama boleh belikan baju kemeja bekerja yang baharu untuk Papa.
Tapi kalau Papa tak pakai baju kemeja untuk bekerja, mungkin boleh dipakai ketika pergi ke majlis nanti.
3. Tali Leher
Kalau koleksi baju kemeja Papa sudah banyak, Mama boleh hadiahkan tali leher pula. Mama boleh beli tali leher mengikut cita rasa Papa.
Mama boleh pilih dari segi design ataupun material kain kesukaan Papa. Lagipun tali leher ni ada banyak jenis. Bolehlah Papa gayakan tali leher yang baru di tempat kerja nanti.
4. Jam Tangan Buat Papa
Jam tangan dah sinonimkan dengan Papa. Jadi apa kata Mama hadiahkan jam tangan kepada Papa.
Bolehlah papa tambahkan koleksi jam tangannya. Lagi-lagi kalau Mama belikan jenama kegemaran Papa. Sudah pasti Papa akan suka.
5. Kasut
Apa kata kalau Mama hadiahkan Papa kasut baharu. Kasut pun ada banyak pilihan jugak tau. Ada kasut kerja, sukan dan kasut jalan-jalan.
Mungkin Mama boleh gantikan kasut kerja Papa yang lama dengan yang baru. Kalau Papa jenis minat bersukan mungkin boleh beli kasut sukan baharu.
Tapi kalau Papa jenis yang bergaya mungkin Mama boleh tambahkan koleksi kasut Papa. Sudah pasti Mama tahu brand apa yang Papa suka kan.
Kalau Mama pening jugak nak beli kasut apa, Mama bawa je Papa ke kedai kasut. Lagi senang Papa boleh terus pilih kasut apa yang Papa berkenan.
6. Dompet Custom
Selalunya Papa ni tak kisah sangat kan kalau guna dompet yang lama pun. Selagi boleh guna, akan terus guna kan.
Apa kata kalau Mama hadiah Papa dompet baharu. Bukan sekadar dompet biasa je tapi dompet yang di custom.
Kredit Gambar: Ubuy Malaysia Kredit Gambar: Shopee Malaysia
Sekarang dah ramai seller yang buat dompet custom. Mama boleh letak nama Papa ataupun gambar family Mama.
Mesti dompet tu akan jadi lebih menarik kan Mama? Jadi, mungkin ni boleh jadi salah satu idea yang menarik untuk dijadikan hadiah buat Papa. Sama ada Mama nak engrave nama Papa atau gambar family.
Mesti setiap kali Papa buka dompet akan teringat dekat Mama sebab dah hadiahkan dompet untuknya. Sweet kan.
7. T-shirt
T-shirt pun menjadi salah satu pilihan hadiah untuk Papa. Walaupun t-shirt nampak seperti hadiah yang biasa je tapi mesti t-shirt akan jadi baju kegemaran Papa.
T-shirt ni selesa untuk dipakai di mana-mana jadi memang sesuai lah untuk dijadikan sebagai hadiah.
8. Sling Bag
Sling bag sekarang menjadi satu trend bagi Papa. Boleh simpan banyak barang bukan dompet je malah, boleh letak kaca mata, jam atau powerbank.
Sling bag ni pun sesuai Papa nak bawa pergi ke mana-mana. Tapi kalau Papa sudah ada sling bag pun tak salah Mama belikan yang baharu.
Sling bag pun ada banyak design tau Mama.
9. Al-Quran
Kredit Gambar: ALIFMIM QURAN Kredit Gambar: ALIFMIM QURAN
Al-Quran ni pun boleh dijadikan hadiah untuk Papa. Macam dalam gambar ni, boleh custom nama, warna dan kata-kata ye.
Oh ye, Al-Quran ni pun boleh custom saiz juga tau. Siap boleh letakkan tagging pada surah-surah.
Nampak istimewakan? Saiz yang kecik je memudahkan Papa bawanya ke masjid atau letakkan di atas meja kerja. Dengan saiz yang kecik ni Papa boleh letak dalam beg je.
10. Kurta atau Baju Melayu
Kredit Gambar: Shopee Malaysia Kredit Gambar: Nadia Johari
Kurta atau baju melayu ni bukan beli time nak raya je, baju-baju ni pun boleh dijadikan hadiah juga.
Hari Jumaat kan Papa selalunya akan memakai kurta atau baju melayu, jadi memang sesuai lah kalau Mama nak hadiahkan baju ni.
11. Topi
Apa kata kalau Mama hadiahkan topi untuk Papa. Lagi-lagi kalau Papa seorang yang gemar memakai topi.
Bolehlah Mama hadiahkan topi baharu buat Papa. Topi ni Papa boleh pakai ketika bersukan atau time jalan-jalan nanti.
12. Jaket
Oh ye! Jaket pun boleh Mama berikan juga. Kalau nampak jaket kerja Papa dah lama sangat guna, Mama boleh belikan yang baru.
Nak beli jaket untuk outfit baru Papa pun okay juga. Nampak makin bergaya outfit Papa kalau pakai jaket dengan baju putih kan Mama.
13. Perfume
Perfume pun salah satu idea yang menarik juga. Kalau Papa ada favourite perfume lagi senang.
Tapi boleh juga kalau Mama nak tukar cita rasa Papa dengan hadiahkan perfume jenama yang lain untuk Papa.
14. Helmet
Helmet pun boleh dijadikan hadiah untuk Papa Hari Bapa nanti. Lagi-lagi kalau Papa suka ride. Makin bertambahlah koleksi helmet Papa nanti.
15. Sunglasses
Sunglasses yang Papa beli tu mesti dah lama kan, why not Mama hadiahkan sunglasses yang baru untuk Papa. Mungkin Mama boleh beli design yang lain pula.
Confirm Papa nampak bergaya dengan sunglasses baru. Papa pun boleh tukar-tukar guna yang baru dengan lama.
16. Mesin Pembuat Kopi
Papa seorang pengemar kopi? Apa kata kalau Mama surprise kan Papa dengan berikan hadiah ini sebagai Hari Bapa nanti.
Confirm senyum sampai ke telinga bila Papa dapat hadiah ni. Nak minum kopi dah tak perlu pergi ke kedai dah. Mama pun boleh tumpang minum sekali.
Mesin kopi ada banyak jenis. Jadi Mama jangan risau. Mama boleh pilih sesuai dengan bajet Mama.
17. Aksesori Kereta Sebagai Hadiah Hari Bapa
Mungkin Mama dah peningkan nak hadiahkan apa? Cuba Mama check dalam kereta Papa ada tak aksesori ni. Kalau belum ada bolehlah Mama belikan.
Atau boleh belikan yang lagi okay dari yang ada. Aksesori ni pun menjadi salah satu keperluan masa sekarang. Dash camera ni sangat penting tau sekarang.
Walaupun dalam kereta sudah ada cup holder tapi mungkin tak mengcukupi kan. Apa kata Mama belikan cup holder tambahan untuk kereta Papa.
18. Tumbler
Papa mesti akan suka kalau Mama hadiahkan tumbler untuknya. Senang untuk di bawa tak ada masalah tumpah air lagi. Mama boleh beli tumbler yang jenis tahan sejuk atau panas.
Tumbler ni pun Papa boleh bawa ke mana-mana. Lagi-lagi kalau Papa suka minum air kopi panas-panas waktu pagi kan.
19. Alatan Memancing
Papa seorang kaki pancing? Lagi senang Mama nak beli hadiah tau. Mama beli je set memancing yang baharu untuk Papa.
Confirm Papa senyum sampai ke telinga bila dapat set memancing yang baru.
20. Tool Box atau Peralatan Bertukang
Tool box pun sesuai juga kalau Mama nak jadikan gift untuk Papa. Pasti Papa akan suka tau, lagi-lagi kalau Mama yang beli tool box yang lebih upgrade dari yang Papa ada.
21. Portable Lazy Chair
Walaupun di rumah sudah ada lazy chair atau kerusi malas ni tapi tak salah kalau Mama nak belikan lagi.
Mungkin yang sedia ada di rumah sudah berkarat atau kerusi malas yang lama. Bolehlah papa gunakan kerusi malas yang baru untuk berehat nanti.
Kerusi malas pun sudah ada banyak jenis dan portable. Papa nak bawa ke mana-mana pun boleh. Tinggal lipat dan masukkan dalam kereta je.
22. Masak Makanan Special Buat Papa
Kalau Mama terlupa atau tak sempat nak beli hadiah, apa kata kalau Mama masak makanan special buat Papa.
Ni pun boleh dikira sebagai hadiah juga. Bukan selalu kan masak banyak-banyak. Lagipun Hari Bapa kan time weekend, jadi Mama pun tak terkejar masa nak memasak.
Bolehlah Mama masakkan juga makanan kegemaran Papa.
23. Baking Kek Kesukaan Papa
Kalau Mama suka baking, apa kata Mama buatkan kek untuk Papa. Jadi tak perlulah Mama beli kek dekat luar.
Boleh ajak anak Mama baking sekali. Lagi-lagi kalau Mama buatkan kek kegemaran Papa. Anak-anak pun turut excited nak deco kek untuk Papa mereka.
Walaupun hadiah ni nampak simple je tapi amat bermakna bagi Papa. Mesti akan buat Papa terharu. Lagi-lagi bila anak pun turut sama menyiapkan kek tu.
24. SPA Khas Buat Papa
Selalunya Mama je kan yang pergi ke SPA, apa kata kali ni Mama pula yang hantar Papa ke SPA. Lagi-lagi kalau Mama ambik rawatan urutan confirm Papa suka nanti.
Apa salahnya kali ni kalau Papa pula yang me time dekat SPA. Boleh lah Papa pula yang merasa manjakan diri di SPA.
25. Suprise Delivery
Kredit Gambar: Pinterest Kredit Gambar: Carousell Malaysia
Kalau Mama dengan Papa pjj macam mana nak bagi hadiah kan? Dah lah pjj, kerja pula time weekend. Sedih kan.
Tapi Mama jangan risau Mama Siti ada jalannya. Sekarangkan dah banyak orang buat suprise delivery. Mama hanya perlu cari je orang yang buat services suprise delivery area berdekatan dengan Papa.
Walaupun ramai yang gunakan suprise delivery untuk birthday tapi apa salahnya Mama gunakan untuk Father’s Day kan.
Sekarang ni hadiah pun dah boleh custom tau, cakap je Mama nak hadiah apa nanti diorang akan settle kan permintaan Mama.
26. Hadiah Pakej Percutian
Mama nak buat lain dari yang lain? apa kata Mama buat suprise untuk Papa.
Mestilah Mama tahu kan tempat yang macam mana Papa sukakan. Apa salahnya kali ni Mama pula yang buat suprise percutian untuk Papa.
Bawa Papa pergi bercuti selama dua atau tiga hari. Lari sekejap dari kesibukan di bandar sekali gus Papa dapat rehatkan mindanya.
Sekarangkan senang, semua boleh booking online je.
27. Telefon Bimbit
Idea seterusnya kalau Mama ada bajet yang lebih, belikan Papa handphone yang baharu. Mungkin handphone yang Papa gunakan sudah lama ataupun telah rosak. Jadi, bolehlah Mama hadiah yang baru.
Pasti Papa akan melompat gembira bila dapat hadiah handphone baru. Lepas ni boleh lah Papa ambik gambar atau video keluarga banyak-banyak kan.
Mama, tak semestinya Mama perlu berikah hadiah Hari Bapa yang mahal akan dianggap bermakna tau. Apa yang penting Mama raikan Hari Bapa bersama dengan Papa.
Bukan dapat happy kan Papa je, malah Papa juga rasa dihargai dan disayangi.
Mama Siti idea ni dapat membantu Mama memilih hadiah untuk Papa. Oh ye, kalau Mama nak mix kan hadiah tu pun boleh tau.
Lihat pelbagai hadiah dan idea menarik untuk yang tersayang di SINI.