KelabMama

7 Manfaat Luar Biasa Habbatussauda Untuk Ibu Hamil

Habbatussauda Untuk Ibu Hamil malaysia

Habbatussauda, atau juga dikenali dengan nama jintan hitam, merupakan salah satu rempah-ratus juga makanan sunnah yang telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai ubat tradisional untuk membantu pelbagai jenis masalah kesihatan terutama ketika hamil.

Terdapat banyak kebaikan Habbatussauda untuk ibu hamil yang perlu Mama tahu dan ia merupakan antara suplemen sempurna yang sangat baik untuk diamalkan sepanjang Mama mengandung.

Walaupun ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu hamil, namun, harus diingat Mama perlu mengambilnya dengan sukatan yang tepat dan disyorkan pakar kesihatan sahaja. Untuk ketahui dengan lebih lanjut apakah kebaikan habbatussauda untuk wanita hamil, ikuti perkongsian oleh Mama Siti di bawah!

Senarai Kebaikan Habbatussauda untuk Ibu Hamil

Berikut adalah 7 kebaikan habbatussauda untuk ibu hamil.

#1. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Mampu Meningkatkan Daya Tahan Tubuh

Habbatussauda mengandung zat aktif thymoquinone, yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Hal ini membuat ibu hamil menjadi lebih tahan terhadap berbagai penyakit dan infeksi yang bisa membahayakan kesehatan janin.

#2. Mengawal Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi semasa hamil sangat berbahaya bagi ibu dan juga bayi dalam kandungan.

Pengambilan habbatussauda dapat membantu menstabilkan tekanan darah ibu hamil.

#3. Untuk Kesihatan Rambut

Selain itu, habbatussauda juga baik untuk kesihatan rambut ibu hamil. Pengambilan habbatussauda secara konsisten dapat mengurangkan risiko kehilangan atau keguguran rambut.

Hal ini kerana, di dalam habbatussauda terkandung sejenis bahan aktif iaitu nigellone yang mana fungsi sama dengan antihistamin, membantu mengurangkan rambut gugur.

Selain itu, ianya juga dapat kurangkan kelumumur, membantu masalah kulit kepala kering dan dapat menyuburkan rambut.

#4. Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

Di samping itu, habbatussauda telah digunakan sejak sekian lama sebagai ubat tradisional untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

Kandungan fitoestrogen dalam habbatussauda dipercayai dapat merangsang penghasilan hormon prolaktin, yang berfungsi untuk mengeluarkan susu ibu.

#5. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Mampu Menurunkan Paras Gula dalam Darah

Kredit gambar: www.ualberta.ca

Jika Mama menghadapi masalah bacaan gula dalam darah yang tinggi, habbatussauda dapat membantu Mama mengurangkan bacaan gula dalam darah Mama.

Hal ini kerana, habbatussauda dapat membantu secara perlahan-lahan memulihkan semula sel-sel beta dalam kalenjar pankreas mengeluarkan insulin secara semulajadi dan dapat mengawal paras glukosa dalam darah.

#6. Sumber Vitamin dan Mineral yang Baik untuk Ibu Hamil

Habbatussauda diperkaya dengan vitamin A, B1, B2, B6 dan vitamin E yang sangat baik untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan.

Selain itu, ia juga mengandungi sumber protein, fiber,omega 3,6 dan 9 yang terbukti sangat baik untuk tubuh badan.

#7. Habbatussauda Untuk Ibu Hamil Baik untuk Tumbesaran Anak dalam Kandungan

Habbatussauda juga dipercayai dapat membantu membentuk sistem saraf janin yang sihat dan meningkatkan perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Ia juga mempunyai sodium, magnesium, kalsium, zat besi dan selenium yang baik untuk perkembangan janin.

Kesan Sampingan Habbatussauda Semasa Hamil

Pengambilan habbatussauda semasa hamil mempunyai kesan sampingan yang mungkin berlaku kepada Mama. Antara kesan sampingan tersebut adalah seperti berikut.

#1. Berlaku Kontraksi

Pengambilan habbatussauda dengan berlebihan tanpa kawalan dapat meningkatkan risiko berlakunya kontraksi awal dan boleh menyebabkan berlakunya kelahiran bayi pramatang.

Ada baiknya sebelum mengambil habbatussauda, berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapat pandangan dan dos yang sepatutnya diambil.

#2. Mengganggu Sistem Pencernaan, Mual, Muntah dan Alergi

Kredit gambar: consumer.healthday.com

Selain itu, kesan sampingan lain yang boleh berlaku ialah boleh mengganggu sistem pencernaan, menyebabkan rasa mual, muntah dan kesan alahan atau alergi kepada sesetengah wanita hamil.

Jika ini berterusan, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

#3. Tindak Balas Ubatan yang Diambil Semasa Hamil

Selain itu, habbatussauda juga boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan tertentu yang mungkin perlu diambil semasa hamil.

Jadi, sangat penting untuk mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum mengambil habbatussauda sebagai makanan tambahan.

Walaupun mempunyai banyak manfaat, wanita hamil tetap disarankan untuk mendapatkan konsultasi dari doktor terlebih dahulu sebelum menjadikan habbatussauda sebagai amalan pemakanan semasa hamil.

Hal ini kerana, salah pengambilan boleh mengancam kandungan Mama. Oleh itu, Mama Siti ingin ingatkan kepada Mama semua agar sentiasa patuh pada arahan yang disyorkan jika ingin mengambilnya.


Selain info mengenai habbatussauda untuk ibu hamil di atas, Mama juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan info kesihatan serta kehamilan menarik yang lain di SINI!