Gusi bengkak atau juga sering disebut sebagai gigi bengkak pastinya akan membuatkan sesiapa sahaja merasa tidak selesa dan sukar untuk melakukan rutin harian kerana rasa sakit yang dirasai sangat mengganggu.
Antara tanda-tanda yang menunjukkan gusi bengkak dan sakit adalah seperti gusi berwarna merah, rasa meradang, kelihatan bengkak, dan menjadi lembut apabila anda menekannya.
Selain itu, nafas anda akan berbau, terdapat kesan luka pada mulut dan gusi kelihatan menyusut juga merupakan antara tanda-tanda pembengkakan gusi berlaku.
Terdapat banyak punca gusi bengkak dan petua hilangkan bengkak gusi dengan cepat yang boleh anda amalkan. Untuk ketahuinya, ikuti perkongsian di bawah!
Punca Gusi Bengkak
Berikut adalah penyebab gigi bengkak atau punca gusi bengkak iaitu:
- Punca yang pertama ialah kebersihan gigi dan mulut yang tidak dijaga seperti malas menggosok gigi. Malas gogok gigi akan menyebabkan masalah lain juga seperti karang gigi, plak gigi dan gigi berlubang.
- Pemakaian pendakap gigi.
- Amalan pemakan yang tidak sihat.
- Kekurangan vitamin C dalam badan.
- Kehamilan.
- Jangkitan kuman yang menyebabkan pengumpulan nanah di dalam gigi, gusi atau tulang yang memegang gigi.
10 Petua Hilangkan Bengkak Gusi dengan Cepat
Bagi membantu mengurangkan masalah gusi bengkak, berikut adalah 10 cara hilangkan bengkak gusi yang boleh dilakukan untuk membantu masalah gigi bengkak dan sakit ini iaitu:
#1. Air Garam
Kumur mulut dengan segelas air yang telah dilarutkan dengan sesudu teh garam.
Ulangi langkah ini beberapa kali dalam sehari untuk membantu memberikan kelegaan kepada gigi yang bengkak tersebut.
#2. Jus Perahan Lemon
Selain itu, antara petua lain adalah dengan menggunakan jus perahan lemon. Caranya adalah dengan kumur mulut selama beberapa minit dengan jus perahan lemon.
Masam, namun petua ini sangat efektif untuk mengurangkan gigi bengkak yang dialami.
#3. Flos Gigi
Pastinya ramai yang pernah melakukan ini. Flos gigi juga adalah antara petua yang boleh dilakukan bagi mengurangkan gigi bengkak yang dialami.
Cara untuk flos gigi adalah dengan menggunakan benang untuk membuang sisa makanan yang melekat di celah gigi.
Hal ini kerana, sisa-sisa makanan yang melekat di celah gigi inilah yang akan menyebabkan masalah seperti gingivitis.
#4. Vitamin Tambahan antara Cara Hilangkan Bengkak Gusi
Di samping itu, petua lain yang boleh dipertimbangkan ialah dengan mengambil vitamin tambahan dalam rutin harian kita.
Antara vitamin yang baik untuk kesihatan gusi ialah vitamin C, asid folik dan zat besi.
#5. Banyakkan Minum Air
Kebaikan air tidak perlu dijelaskan lagi kerana air sememangnya baik untuk tubuh manusia.
Minum air dengan banyak dapat mengurangkan pengumpulan bakteria dalam mulut dan menggantikan fungsi air liur.
#6. Ubat Gigi Khas
Bukan itu sahaja, malahan penggunaan ubat gigi khas juga boleh membantu mengurangkan masalah gigi bengkak ini.
Ubat gigi khas ini sudah pasti diformulasikan untuk membantu masalah gigi yang dihadapi.
Penggunaan ubat gigi ini akan dapat mengurangkan gigi bengkak, menguatkan gusi gigi bengkak serta dapat membekalkan kalsium kepada gigi.
#7. Berhenti Merokok sebagai Cara Hilangkan Bengkak Gusi
Sekiranya anda seorang perokok, berhentilah merokok kerana tabiat merokok ini bukan sahaja menyebabkan gigi bengkak tetapi juga menyebabkan banyak masalah kesihatan lain.
Ini kerana, rokok itu sendiri diperbuat dari banyak bahan yang berbahaya seperti nikotin, tar, tembakau dan lain-lain.
#8. Tuaman Sejuk dan Panas
Petua yang seterusnya ialah dengan membuat tuaman sejuk dan panas. Caranya ialah dengan meletakkan kain yang telah dicelupkan dengan air panas, atau kain yang telah dipanaskan pada bahagian gigi bengkak (dari luar mulut) selama 5 minit dan diikuti dengan letakkan ais yang telah dibaut dengan kain selama 5 minit.
Lakukan ini sebanyak 2-3 kali sehari.
#9. Uncang Teh Legakan Gusi Gigi Bengkak
Selain itu, penggunaan uncang teh juga dapat membantu melegakan gigi bengkak. Letakkan uncang teh yang telah digunakan pada kawasan yang sakit selama 5 minit.
#10. Daun Lawsonia Inermis
Daun lawsonia inermis atau juga lebih dikenali dengan nama daun inai ini boleh membantu masalah gigi bengkak ini.
Daun inai ini bersifat antibiotik. Rebus daun ini selama 15 minit dan berkumurlah dengan air ini untuk melegakan sakit yang dialami.
Petua di atas hanyalah tips yang mungkin berkesan untuk sesetengah orang dan mungkin tidak kepada orang lain.
Sekiranya bengkak semakin serius seperti gusi berwarna merah dan sakit yang semakin kuat berjumpalah dengan doktor gigi untuk rawatan lanjut.
Dapatkan tips atau petua cara hilangkan sakit gigi di SINI!