KelabMama

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Cabul Pelajar Perempuan 12 Tahun

kes cabul pelajar perempuan 12 tahun

Polis telah menahan seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum dari sebuah sekolah kebangsaan di Ipoh, Perak untuk membantu siasatan berhubung dakwaan terlibat kes cabul pelajar perempuan 12 tahun.

Penahanan tersebut dilakukan untuk memastikan siasatan lanjut dapat dijalankan mengenai insiden yang membabitkan murid tersebut.Datuk Azizi menyatakan bahawa suspek, seorang guru berusia 37 tahun yang masih bujang.

Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 47 tahun dalam laporannya mendakwa bahawa anak perempuannya dipercayai telah telah dipeluk dan dicium di bahagian mulut serta menerima gambar tidak senonoh daripada guru tersebut.

Guru yang baru sahaja berkidmat selama lapan bulan di sekolah berkenaan telah direman selama enam hari, bermula 12 Oktober sehingga 17 Oktober, bagi membantu siasatan lanjut. Selain itu, disyaki juga telah melakukan perbuatan tersebut beberapa kali.

Hasil semakan menunjukkan bahawa suspek tidak mempunyai rekod jenayah atau rekod berkaitan dadah sebelum ini.

Selain itu, setakat ini hanya seorang mangsa yang dikenal pasti, namun pihak polis sedang menyiasat kemungkinan adanya mangsa lain.

Beliau menjelaskan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta hukuman sebat jika didapati bersalah.

Pada hari Ahad, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, melalui kenyataan di laman Facebook, menyatakan bahawa kementerian bersedia untuk menyediakan kaunseling kepada pelajar perempuan yang telah disyaki dicabul oleh guru tersebut.

Pesanan Mama Siti kepada Mama Papa di luar sana, sentiasalah ambil berat dan bertanya kepada anak-anak jika mereka menunjukkan sebarang tanda tidak selesa atau takut apabila hendak pergi ke sekolah.

Sentiasalah ambil berat dan bertanya kepada anak-anak jika mereka menunjukkan sebarang tanda tidak selesa atau takut apabila hendak pergi ke sekolah.

Pastikan juga untuk Mama Papa selalu memantau penggunaan telefon mereka secara kerap, terutama jika anak-anak sudah mempunyai telefon sendiri.

Selain itu, ajar anak-anak untuk berani memberitahu jika ada perkara yang tidak sesuai berlaku kepada mereka, agar tindakan segera boleh diambil. Langkah-langkah ini penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terjaga.


Ketahui lebih banyak berita dan acara yang terkini dan trending sekarang di SINI.