KelabMama

Gunakan Kekerasan Untuk Mendidik Anak-Anak. Wajar Ke?

Kanak-kanak yang mengalami keganasan oleh guru (atau ibu bapa) sering mengalami masalah emosi dan tingkah laku. Tekanan psikologi juga memberi kesan negatif kepada kemahiran kognitif dan prestasi akademik mereka.

Pada tahun 2022, video tular tentang jurulatih menampar anak-anak didikannya di khayalak ramai sewaktu permainan Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 tahun (B14). Ia menyebabkan pihak atasan untuk memutuskan hukuman yang sewajarnya kepada jurulatih tersebut.

Jurulatih Tampar Anak-Anak Didikan

Kredit gambar: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani,

Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Adakah Ia Wajar Untuk Guru, Ibu Bapa Guna Kekerasan?

Mungkin Mama dan Papa tidak rasa kesan menggunakan kekerasan dan keganasan kerana niat untuk mengajar anak. Di situ ibu bapa silap.

Dengan menggunakan kekerasan, ia akan memberikan impak yang negatif pada anak-anak sehinggalah mereka dewasa. Dan akhirnya memberi kesan juga kepada masyarakat.

Menurut World Health Organization (WHO),

“Penganiayaan kanak-kanak dikaitkan dengan hasil kesihatan fizikal dan tingkah laku yang buruk dalam kanak-kanak dan keluarga, dan kesan negatif tersebut berpanajngan seumur hidup. Selain kesan kepada kanak-kanak, penderaan dan pengabaian kanak-kanak juga mempunyai implikasi yang mendalam dan luas kepada masyarakat”.

Cara Didik Anak Tanpa Gunakan Kekerasan

#1 Bercakap Tentang Tingkah Laku Mereka

Dengar penerangan daripada mereka terlebih dahulu. Kemudian, Mama terangkan mengapa tingkah laku mereka tidak boleh diterima dan mengapa Mama nak mereka berubah.

Secara tidak langsung, Mama dapat mengajar mereka menggunakan perkataan daripada menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.

Dengan cara ini juga ia akan mengajar mereka untuk membincangkan emosi mereka secara produktif dan proaktif.

#2 Lebih Baik Mengajar Daripada Menghukum

Lihat tingkah laku anak-anak dan displin mereka di waktu-waktu yang tertentu. Terangkan mengapa di sebalik peraturan dan akibat daripada menghukum mereka seakan berada di penjara.

Ia dapat mengajar anak-anak kita untuk belajar mematuhi peraturan kerana prinsip asasnya. Supaya mereka tidak mengikut peraturan semata-mata untuk mengelakkan daripada hukuman.

#3 Beri Ganjaran Yang Positif

Memberi ganjaran adalah mesti dalam parenting. Sesuai untuk remaja dan anak-anak prasekolah. Ganjaran juga datang dalam pelbagai bentuk.

Bukan sahaja hadiah, memuji mereka juga adalah ganjaran yang positif. Anak-anak kita bertindak balas dengan baik kepada pujian positif.

Pujian meningkatkan perasaan harga diri mereka sambil mengajar mereka perbezaan antara tingkah laku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima. Sama juga seperti orang dewasa tau Mama!

#4 Memimpin Melalui Teladan

Bukannya rahsia yang anak-anak ikut semua gerak-geri kita daripada teguran kita. Mereka akan meniru apa yang Mama buat baik atau buruk kerana mereka tidak tahu apa yang baik atau buruk sehinggalah mereka sedikit dewasa.

Oleh itu, ianya sangat penting untuk orang dewasa (terutamanya ibu, bapa dan guru) untuk memodelkan tingkah laku yang mereka mahu anak-anak mereka tunjukkan.

Jika tidak, kanak-kanak akan keliru dengan percakapan dan juga tingkah laku yang orang dewasa tunjukkan. Dalam hal ini, mereka hampir selalu lalai kepada contoh tingkah laku dan bukannya teguran lisan.

Terdapat pelbagai impak negatif apabila menggunakan kekerasan serta keganasan pada anak-anak kita.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan penuh dengan empati, cuba untuk terangkan kepada mereka mengapa tingkah laku mereka harus diperbaiki. Semua orang melakukan kesilapan. Ajar mereka juga bagaimana untuk meminta maaf.

Jadilah teladan yang terbaik untuk anak-anak kerana kita adalah orang yang mereka mahu contohi bila dewasa kelak.

Sebagai ibu bapa juga kita harus utamakan keselamatan mereka daripada membahayakan mereka.

Selamat parenting Mama!


Dapatkan lebih banyak tips parenting di SINI!