KelabMama

‘Guidelines’ Mendidik Anak-anak dengan Positif

kesihatan mental

Kredit Foto: iStock

Depression?’ ‘Anxiety?’ Mama Papa pernah tak dengar perkataan tu? Ada mama papa yang kenal dan ada juga beberapa yang Mama Siti kenal, mereka langsung tak kisah tentang hal ini. Mungkin sebab selalu leka akan perkembangan kesihatan mental mereka tapi sebenarnya, cara mendidik anak-anak peranan utama yang menyebabkan kesihatan mental anak-anak akan terganggu kerana Mama Papa ialah role model bagi anak-anak.

Kalau nak tahu, survey Kesihatan Nasional Malaysia 2019 menyatakan bahawa 424,000 kanak kanak di Malaysia yang berumur 10 tahun ke 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Terkejutkan? Bukan sikit tu jumlah yang mereka jelaskan. Jadi Mama Papa haruslah mendidik anak-anak dengan cara yang positif dan bukannya negatif.

Foto Kredit: Centers for Disease Control and Prevention

Mama Siti tahu setiap Mama dan Papa didik anak-anak menggunakan cara yang berbeza, namun Mama Papa tahu tak bagaimana untuk kekalkan kesihatan mental anak-anak sihat? Jangan risau, Mama Siti akan kongsikan cara didikan bagaimana yang dapat memberi kesan positif kepada kesihatan mental anak-anak Mama dan Papa.

‘Guidelines’ untuk mendidik anak-anak supaya kesihatan mental terjamin sihat:

1) Puji apabila anak-anak berjaya mendapatkan sesuatu pencapaian

Foto Kredit: Raising Children

Siapa sahaja yang tak suka pujian kan? Anak-anak kita amatlah memerlukan pujian terutamanya daripada kita. Mama Papa kena tahu yang setiap pencapaian anak-anak tu penting. Keyakinan diri mereka akan lebih tinggi dan melonjak jika mendengar dan menerima pujian daripada Mama dan Papa. 

Mama Siti nasihatkan, betapa kecil atau besar pencapaian mereka, sentiasa bagitahu mereka ayat ni, “Mama dan Papa bangga dengan awak, teruskan usaha lagi ya!”. Haa, mudah kan? Ayat seperti itu lah akan buat mereka bersemangat untuk teruskan kecemerlangan mereka!

2) Jangan suka membandingkan anak-anak 

Foto Kredit: iStock

Tips ini adalah amat penting bagi Mama Papa yang suka membanding anak dengan adik-beradiknya sendiri ataupun dengan orang lain seperti keluarga besar dan kawan-kawan anak. Jika Mama dan Papa pernah buat perkara ni, berhenti sekarang juga. Ubah cara didikan Mama dan Papa ya? 

Sikap suka membanding sentiasa akan membuat anak-anak rasa kecil dan tak ada keyakinan diri. Mereka akan sentiasa merasakan yang diri mereka takkan cukup untuk sesiapa dan ini akan membawa kepada kesan negatif terhadap kesihatan mental anak-anak Mama dan Papa.

Setiap anak-anak Mama Papa ialah individu yang unik dan berbeza, jadi membandingkan mereka amatlah tak sihat bagi perkembangan mereka. 

3) Luangkan masa secukupnya dengan mereka

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak-anak sentiasa memerlukan perhatian yang secukupnya daripada Mama dan Papa. Mama Siti selalu perhatikan yang Mama Papa zaman sekarang banyak fokus dengan ‘smartphone’ sahaja walaupun berada di meja makan dan perkara ini membuatkan anak-anak terasa dan kurang kasih sayang yang mereka ingini.

Communicate’ dengan mereka, Mama Siti cadangkan, jika Mama Papa sentiasa busy bekerja, uruskan masa dengan baik dan bawalah anak-anak keluar melancong dalam negara. 

Sekarang kan musim PKPP, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi! Masa yang berkualiti dengan keluarga tercinta akan menjamin kesihatan mental anak-anak, jadi tunjukkan lah pada mereka yang masa terluang akan dimanfaatkan. Ingat ya Mama dan Papa, ‘communication is key!’

4) Ibu bapa harus elakkan bertengkar depan anak-anak

Foto Kredit: Adobe Stock

Bagi anak-anak, Mama dan Papa ialah ‘role model’ mereka. Anak-anak amatlah menyanjung ibu-bapa. Jadi, Mama Papa haruslah menjadi contoh yang baik buat mereka. Mama Siti ada baca satu artikel di mana penulisnya itu pernah mengalami situasi dimana ibu-bapanya bertengkar di hadapan anak-anak. 

Sikap ini akan membawa kepada anxiety, rasa tak selamat, mencetuskan sikap agresif dan lain-lain yang dapat menjejaskan kesihatan mental mereka. Mama dan Papa harus lebih profesional dalam menyelesaikan masalah rumah tangga. Selesaikan secara sihat supaya anak-anak juga boleh mencontohi.

5) ‘Don’t over control your child’

Foto Kredit: Adobe Stock

Kebanyakan Mama Papa yang Mama Siti jumpa sangat mengongkong anak-anak. Perkara ini amatlah tak sihat bagi kesihatan mereka ya. Mereka juga perlu privasi dan kebebasan mereka tersendiri dan Mama Papa haruslah juga menghormati hak mereka sebagai seorang individu. 

Ya, Mama Siti faham, Mama Papa mestilah risau akan mereka kan? Betul tu, mengawal anak-anak juga ada batasannya dan sentiasa bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara okay?

Anak-anak akan memberontak jika mereka tak mendapat kebebasan, jadi Mama dan Papa harus negotiate dengan anak-anak tentang apa yang Mama Papa mahukan dan apa yang mereka mahukan supaya kesihatan mental mereka terjamin.

Ada 5 cara yang Mama Siti dah kongsikan, jadi harapnya Mama dan Papa akan lebih peka dan ubah cara didikan jika perlu ya?

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA BERSIH SANGAT PUN TAK BAGUS MAMA!

Pesan Mama Siti

Keutamaan Mama Papa kan anak-anak, jadilah yang terbaik buat mereka dan semoga tips-tips Mama Siti ini bermanfaat buat Mama Papa.