Sebagai Mama Papa, mencari lokasi untuk menganjurkan parti hari jadi untuk anak Mama Papa sememangnya satu perkara yang memeningkan.
Jangan risau! Kini, Mama Papa tidak perlu lagi bersusah payah memikirkannya kerana pengendali pawagam terkemuka Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan pakej GSC Play Birthday & Movie Party, yang kini tersedia di 13 pawagam terpilih di seluruh negara.*
Pengalaman yang Menyeluruh dan Menyeronokkan untuk Si Manja!
Sesuai untuk semua peringkat umur, kanak-kanak seawal usia tiga tahun, mahu pun sesiapa yang berjiwa muda, tidak perlu risau lagi kerana pakej GSC Play Birthday & Movie Party ini menawarkan pengalaman menyeluruh bagi mereka yang meraikan hari jadi bersama rakan-rakan.
Pengalaman menyeronokkan selama tiga jam ini bukan hanya melibatkan tontonan filem bahkan termasuk masa bermain, Play Meals yang didatangkan bersama aneka snek dan minuman, serta mainan misteri; stoking anti-gelincir bertemakan Jesse and Friends dan banyak lagi barangan dalam Pek Take Home Play untuk tetamu bawa pulang!
Bercakap tentang impian kanak-kanak, mereka yang meraikan hari jadi akan dihadiahkan selimut hoodie bertemakan Jesse & Friends. Selain itu, tetamu yang hadir akan dapat menonton filem yang mesra keluarga bersama-sama**! (**Tertakluk kepada waktu tayangan filem untuk bulan tersebut dan ketersediaan filem-filem yang lalu).
Pasukan kami di GSC Play sentiasa bersedia meraikan anak Mama Papa dengan persembahan tarian dan hadiah-hadiah menarik yang akan mereka gemari untuk dibawa pulang!
Anda Hanya Perlu Menghantar Jemputan dan Kami akan Uruskan Semuanya!
Bilik dan ruang di sekitar GSC Play ini menawarkan suasana yang meriah, berwarna-warni dan selamat, menjadikannya ruang yang ideal untuk kanak-kanak bermain sepuasnya semasa di sana.
Mama Papa juga tidak perlu risau tentang hiasan dan deko untuk menceriakan ruang sambutan kerana pakej GSC Play Birthday & Movie Party ini akan memasang latar belakang mengikut tempahan anda, ruang bergambar, semuanya untuk hari gembira anak Mama Papa.
Pada masa akan datang, GSC Play juga akan memperkenalkan persediaan bertemakan filem yang menampilkan karakter filem kegemaran mereka untuk pengalaman yang pastinya meninggalkan kenangan dan ingin dialami lagi oleh anak Mama Papa. Nantikan maklumat terkini tentang tema-tema yang tersedia.
Di samping itu, keselamatan kanak-kanak merupakan keutamaan Mama Papa. Untuk itu, kami menyediakan kakitangan terlatih bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan selamat semasa bermain dan bergembira. Seterusnya, semua bilik di GSC Play dilengkapi dengan kemudahan mesra keluarga seperti bilik air mesra kanak-kanak dan bilik persalinan bayi.
Bagi Mama Papa yang mahukan lebih banyak pilihan makanan yang mesra kanak-kanak, mereka yang meraikan hari jadi di GSC IOI City Mall 2 (East) layak untuk menambah aneka snek dan makanan seperti kepak ayam goreng, kentang goreng, sosej, spageti, dan banyak lagi, serta diskaun 15% daripada Menu Hari Jadi kami!
Jika sambutan hari jadi anak Mama Papa hampir tiba, terdapat 13 pawagam terpilih di seluruh negara**. Buat tempahan atau dapatkan maklumat lanjut melalui https://www.gsc.com.my/promotion/play-birthday-movie-party-package. Harga adalah tertakluk kepada lokasi pilihan, bermula daripada RM1,500 sehingga ke RM4,500.
*Lokasi yang menawarkan Pakej ‘GSC Play Birthday & Movie Party’ adalah seperti berikut:
Lembah Klang | Wilayah Selatan | Wilayah Utara | Pantai Timur |
GSC IOI City Mall 2 (East) | GSC Midvalley Southkey JB | GSC AEON Mall Ipoh Falim | GSC Kuantan City Mall |
GSC IOI Mall | GSC Sunway Big Box Retail Park, Sunway Iskandar | ||
GSC Starling Mall | GSC IOI Mall Kulai | ||
GSC Tropicana Gardens Mall | GSC Square One Shopping Mall, Batu Pahat | ||
GSC Subang Parade | GSC AEON Mall Bandar Dato’ Onn, |