KelabMama

Support Mama, Support Lokal! Group Untuk Ibu Menyusu Yang Mama Harus Follow

Sebelum memulakan perjalanan breastfeeding, Mama perlu tambahkan ilmu tentang breastfeeding dan seangkatan dengannya. Tapi macam mana nak cari tentang semua info-info ini?

Banyak info yang berada di media sosial, group WhatsApp, Facebook, Telegram malah TikTok juga! Tapi yang mana satu yang boleh dipercayai?

Haa, meh sini Mama Siti nak kongsi page yang pasti Mama boleh percaya punyalah! Diasaskan dan diketuai oleh Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Docmummy22 sangat berdedikasi menolong semua para ibu dengan breastfeeding journey mereka.

“Banyak je group yang ada, apa yang istimewa tentang group ni?”

Apa Yang Special Tentang Group Docmummy22 Ni?

Haa, kalau Mama nak tahu apa yang best dan special tentang group ni, berikut adalah sebahagian daripada perkongsian serta aktiviti yang dianjurkan. Jom tengok semuanya di bawah!

#1 Tips Penyusuan Susu Ibu

Kredit gambar: Facebook Docmummy22

Jangan tengok jauh-jauh lagi, terdapat pelbagai panduan dan tips yang khas untuk Mama yang mahu menyusu dan sedang menyusu. Adakah Mama tahu tentang MARMET?

Docmummy22 akan explain dengan lanjut jika Mama follow group ini. Stres tak cukup tidur, susu tak cukup, cara nak banyakkan susu, Docmummy22 boleh tolong Mama dengan perkongsian info dan nasihat yang betul.

Bukan sahaja itu Mama, Docmummy22 juga sentiasa kongsikan posting yang berkaitan dengan kesihatan ketika penyusuan, kehamilan sehingga selepas kelahiran si manja.

#2 Sokongan Padu Untuk Mama Yang Berjaya dan Gagal Untuk Direct Breastfeeding

Kredit gambar: Facebook Docmummy22

Kadang-kadang kita tidak mempunyai kudrat dan juga berputus asa dengan penyusuan bayi ni. Para ibu mungkin memiliki pelbagai masalah seperti susah bayi nak latch, reject susu ibu dan macam-macam lagi.

Mama Siti faham Mama akan rasa sedih dan juga rasa macam a failed mom, sebab itulah ada support group ini!

Admin Docmummy22 merupakan seorang Kaunselor Penyusuan yang berlesen dan sentiasa memberi sokongan padu dan yang diperlukan mak-mak menyusu.

Dalam pada itu, page ini juga sentiasa saling mengingati bahawa tak kisah bagaimana sekalipun cara penyusuan Mama pada si manja, yang penting, bayi Mama sihat dan MASIH minum susu yang berkhasiat.

Jangan lupa untuk Mama lakukan sedikit kajian sebelum menyusu kerana kemungkinan, ia tidak terhasil dengan semula jadi dan perkara yang Mama harus expect ketika menyusu.

#3 Fokus Pada Macam Mana Suami Boleh Bantu Mama Menyusu

Kredit gambar: Facebook Docmummy22

Ini yang paling penting untuk take note Mama. Selepas melahirkan si manja, takkan Mama kena handle kerja rumah dan jaga baby kan?

Docmummy22 memang specialize dengan memberi sokongan dan tips, macam mana cik Suami boleh bantu Mama dalam penyusuan si kecil. Servis kaunseling ke rumah pun ada untuk Mama dan Papa yang susah untuk bergerak sejak ada si kecil.

Memang Mama yang menyusu, tetapi sebagai suami yang caring, cik Suami pun perlu eager menambah ilmu tentang penyusuan ini. Supaya jika berlaku apa-apa, cik Suami pun sedia membantu. Sering juga Docmummy22 kongsikan ceritanya sewaktu kaunseling dengan ibu bapa yang mahu menyusu badan dan cerita mereka amat inspiring!

#4 Aktif Kongsi Tentang Breastfeeding Seminar/Webinar/Talk

Kredit gambar: Facebook Docmummy22

Tak cukup lagi dengan tips, panduan dan isu semasa tentang breastfeeding, Docmummy22 juga sering kongsikan tentang seminar, webinar dan talk yang dianjurkan mereka.

Sering menjadi speaker untuk seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak lain seperti Motherhood ParentCraft Online/Offline Class. Seminar yang dianjurkan adalah berkenaan tentang cara Mama dan Papa yang mahu mengatasi proses bersalin, keibubapaan, breastfeeding dan macam-macam lagi.

Memang bertuah ada orang yang fahami kita dan mahu support kita macam Docmummy22 ni! So, macam mana Mama nak follow dan dapatkan semua info ni? Mama boleh klik di link ini untuk tahu tentang servis-servis yang disediakan. Antara perkhidmatan yang Docmummy22 offer adalah ;

Mama boleh contact page ini, Docmummy22, dan lakukan janji temu atau mesej untuk mengetahui lebih lanjut.