KelabMama

Program Usahawan Kanak-kanak Terbesar Malaysia, Goodday KidSTART 2.0, Mengumumkan Barisan Usahawan Muda Paling Cemerlang, Disokong oleh Kementerian Pendidikan

KidSTART 2.0 Group Photo with Contestants, Judges and Parents

Goodday Milk dengan bangganya mengumumkan penamatan program Goodday Kidstart 2.0, Program Usahawan Kanak-kanak terbesar di Malaysia.

Kejuaraan disandang oleh Lee Yumi, 9 tahun, dengan ‘OnBoard: School Bus System’, yang menarik perhatian para hakim dan juga penonton dan membawa pulang RM20,000 untuk realisasikan impiannya.

Dengan sokongan daripada Kementerian Pendidikan dan juga Rakan Perbankan Rasmi mereka, Alliance Bank, kempen yang menerima lebih daripada 4,000 penyertaan dari seluruh negara ini meneruskan misinya untuk memupuk kecelikan kewangan dan kemahiran keusahawanan bagi kanak-kanak serta meneruskan komitmen Goodday Milk untuk membangunkan generasi usahawan muda yang seterusnya.

Pemenang tempat kedua, Muhammad Basyeer Bin Mohamed Ackiel Mohamed, 12 tahun, yang juga merupakan adik kepada pemenang KidSTART 2.0 tahun lepas Fatimah Basyeerah Binti Mohamed Ackiel, menyerlah dengan ‘The Academy of Future: Peer to Peer Learning Coding & Robotics’. Sementara, Lim Zhi Fung, 9 tahun, mengetengahkan bakat kepada panel hakim dengan ideanya, ‘MindACT: ACT or Program’ dan berjaya merangkul tempat ketiga.

Beberapa anugerah lain juga diberikan pada acara tahun ini: Idea Paling Inovatif tahun ini dimenangi Alea Dalili binti Mohd Khairil Azhan, 12 tahun. Olivia Leong Yue Shuen, 11 tahun, pula memenangi kategori Idea Paling Lestari.

Anugerah Penyampai Terbaik Atas 10 Tahun disandang oleh Kaviesha Abishri A/P Shathya Kugan, 12 tahun, manakala kategori Bawah 10 Tahun pula dimenangi oleh Chong Ruyi, 10 tahun. Akhir sekali, anugerah bintang Rising Star tajaan khas daripada Alliance Bank dimenangi oleh Elsa Khaw Wen Qing, 9 tahun.

Kredit gambar: Facebook @Goodday Milk Malaysia

Goodday KidSTART 2.0 mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 141 sekolah di seluruh negara. Kejayaan kempen ini disokong dengan program jerayawara yang meliputi kawasan Utara, Selatan, dan Tengah Semenanjung, disertai dengan 2 webinar atas talian pada 27 April dan 4 Mei.

Pada tahun ini, Goodday Milk memperkenalkan anugerah baharu untuk Sekolah Dengan Paling Banyak Peserta untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan. Pemenang tempat pertama yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 ialah SJK (C) Puay Chai, yang menunjukkan daya keusahawanan dan kreativiti tinggi yang di kalangan pelajarnya dengan 478 penyertaan yang mengagumkan.

3 daripada mereka juga disenaraikan dalam kategori Top 20. Olivia Leong Yue Shuen, pemenang anugerah Idea Paling Lestari merupakan pelajar daripada SJK (C) Puay Chai, dan kemenangannya disaksikan Pengetua Yeoh Li Choo, yang turut hadir semasa pusingan akhir bagi menyokong para pelajarnya.

Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan impak Goodday KidSTART yang dilancarkan pada tahun 2022 dan kini menjadi program keusahawanan muda terbesar negara. Inisiatif ini bertujuan untuk tingkatkan kefahaman dan kecelikan kewangan belia Malaysia.

Dengan memahami keperluan kritikal untuk meningkatkan kefahaman kewangan mereka, Goodday KidSTART menyediakan kanak-kanak dengan maklumat penting untuk membina tabiat wang baik untuk masa depan kewangan yang lebih terjamin.

Dengan mempersiapkan mereka dengan kebolehan keusahawanan dan kemahiran mengendali wang dari awal, Goodday Milk mengukuhkan komitmennya untuk bukan saja menyediakan kebaikan melalui nutrisi, tetapi juga meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan mempromosikan kecelikan kewangan bagi generasi akan datang.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, mengimbas kembali program KidSTART pertama sambil menyatakan keterujaannya dengan kejayaan program pada tahun ini:

“Tujuan kami melancarkan KidSTART 1.0 adalah untuk membekalkan generasi akan datang dengan platform untuk menyerlahkan kepintaran mereka dan ambil langkah pertama dalam perjalanan sebagai usahawan muda. Kami mahu memberikan mereka kebolehan untuk buat keputusan kewangan yang tepat melalui satu inisiatif yang menyeronokkan dan berjaya menarik lebih daripada 300 peserta, menjadikannya cabaran usahawan muda terbesar di Malaysia. Para finalis dan pemenang kami cukup mengagumkan dan berjaya menawan hati kami dengan idea dan rancangan perniagaan mereka.”

“Kami mahu Goodday KidSTART 2.0 menjadi lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya. Kami tahu tugas ini memerlukan kerjasama kukuh dengan rakan kongsi dengan visi sama untuk bina generasi muda yang lebih celik kewangan. Kami perlu pastikan kami dapat menarik lebih banyak kanak-kanak supaya mereka juga boleh mendapat manfaat daripada kempen berkenaan. Dengan bantuan Kementerian Pendidikan, skop carian kami berjaya dikembangkan, dan membawa KidSTART 2.0 kepada lebih ramai kanak-kanak melalui lawatan ke sekolah di seluruh negara serta webinar atas talian. Saya amat berterima kasih kepada pihak kementerian, penaja kami Alliance Bank, dan semua orang yang memainkan peranan dalam kejayaan tahun ini. Kami telah memecahkan rekod tahun lepas dengan penyertaan hampir 4,000 peserta. Ini satu detik yang cukup membanggakan bagi saya.”

Tambah beliau, “Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang dan 20 finalis kami. Sekali lagi saya dipesonakan dengan kreativiti dan kecerdasan generasi masa depan. Kepada ibu bapa yang terlibat dalam usaha mereka, terima kasih. Komitmen anda terhadap memastikan kecemerlangan anak-anak anda pasti akan meninggalkan kesan yang berkekalan dan positif dalam kehidupan mereka. Goodday Milk kekal komited untuk menyediakan kebaikan yang menjangkaui nutrisi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Kami berharap untuk mengalu-alukan lebih ramai penyertaan rakan kongsi
dalam memberi inspirasi dan mengukuhkan masa depan anak muda negara.”

Ketua Pegawai Strategi, Pemasaran, & Pembangunan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank, Dr. Aaron Sum, dan ahli panel hakim berkongsi pendapatnya: “Keusahawanan telah menjadi laluan hidup utama yang popular di kalangan belia pada hari ini dan program ini menyediakan satu platform hebat bagi pembangunan dan persediaan generasi akan datang untuk menjadi peniaga yang bijak. Ini sejajar dengan strategi kami untuk membantu peniaga yang bercita-cita tinggi serta PKMS berkembang maju dengan menyediakan sumber-sumber dari segi kewangan dan bukan kewangan.”

Kata beliau, “Sebagai Bank for Life, kami memperkasakan bakal usahawan dan membantu mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka melalui penyediaan sokongan kewangan, latihan keusahawanan, bimbingan dan bimbingan serta bantuan dalam memperkenalkan elemen ESG atau amalan mampan dalam operasi perniagaan mereka dan banyak lagi. Kami memberikan komitmen untuk membantu masyarakat melalui program seperti ini untuk kejayaan belia pada masa hadapan.”

Kredit gambar: Facebook @Goodday Milk Malaysia

Juara Lee Yumi, 9 tahun, menyatakan keseronokan dan kegembiraannya: “Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya yang bantu berikan saya inspirasi untuk idea ini, disebabkan mereka saya dapat terangkan idea ini dengan terperinci kepada hakim. Saya juga berterima kasih kepada Goodday Milk kerana berikan saya peluang ini.”

Idea Yumi untuk cipta aplikasi ini diilhamkan situasi di mana dia hadapi kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke sekolah pada setiap hari. “Aplikasi ini dicipta untuk bantu pelajar guna sistem bas sekolah bagi kurangkan kesesakan jalan,” katanya.

Panel hakim acara berkenaan merangkumi Dato’ Dr Hartini Zainuddin dari Yayasan Chow Kit, Dr Aaron Sum dari Alliance Bank, Shahmeez Reza, Pengurus Kanan – Perkhidmatan Pemasaran dan Promosi Perdagangan, dan Chen Chow Yeoh, Angel Investor. Kepakaran dan latar belakang para hakim memberikan panduan dan maklumat yang beharga kepada para peserta bagi memastikan setiap idea inovatif diteliti secara menyeluruh.

Kempen Goodday KidSTART 2.0 telah berlangsung dari 4 Mac sehingga 23 Jun 2024 dan menampilkan siri webinar atas talian, pengaktifan di sekolah, dan proses pemilihan yang teliti dan diakhiri dengan bengkel komprehensif selama 2 hari pada 29 Jun. Ia menyediakan 20 usahawan kanak-kanak terbaik dengan kemahiran penting seperti Model Perniagaan, Pemikiran Reka Bentuk, Persembahan Berkesan, Penyelesaian Masalah Kreatif dan Keusahawanan Alam Sekitar.

Sebagai komponen utama program ini, ia melengkapkan usahawan muda dengan pemahaman kewangan yang lebih baik dan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk memperbaiki idea mereka untuk dibentangkan pada 30 Jun di hadapan para hakim.

Hadiah wang tunai daripada dana sumbangan berjumlah RM60,000 telah disediakan untuk membantu para usahawan muda memulakan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai Goodday KidSTART 2.0, sila ikuti Goodday Milk Malaysia di Facebook dan Instagram.