Jenama penjagaan peribadi halal terkemuka, Good Virtues Co., bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuktamadkan Do Good Challenge dengan mengumumkan pemenang hadiah utama* bernilai RM30,000 dalam satu majlis pertandingan peringkat finale yang diadakan semalam.
Cabaran, yang direka oleh Good Virtues Co., dimulakan pada Julai 2022 dengan UiTM berperanan sebagai platform rakan kerjasama dalam memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dunia sebenar. Bertemakan “Dengan Melakukan Kebaikan, Kami Percaya Kebaikan akan Dibalas” (In Doing Good, We Believe That Good Is Returned), para peserta digalakkan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada masa sama bersaing dalam pertandingan ini.
Good Virtues Co. juga merupakan jenama pertama untuk bekerjasama dengan UiTM yang mana setiap penyertaan dalam Do Good Challenge menyumbang kepada jumlah kredit dalam Program SULAM. Program itu adalah sebahagian daripada kurikulum yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai satu usaha untuk menghasilkan graduan bersifat holistik dan seimbang yang mempunyai minda keusahawanan.
“Bagi Good Virtues Co., kerjasama dengan UiTM adalah penting bagi membantu kami memberi inspirasi dan berhubung dengan pengguna Muslim kami. Kami amat berbesar hati menjadi jenama pertama yang berjaya diasimilasikan ke dalam Program SULAM UiTM yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Maklum balas memberangsangkan yang diterima adalah bukti jelas kuasa Do Good Challenge dalam mencapai dan menghubungkan kami bersama pelanggan dan pemimpin perniagaan masa depan yang benar-benar menyerlahkan mesej jenama kami iaitu ‘terdapat kecantikan yang lebih mendalam berbanding yang dilihat dunia luar’,” kata Lum Chong Heng, Pengarah Komersial Citychemo Manufacturing Sdn Bhd.
Pertama seumpamanya yang dianjurkan, Do Good Challenge adalah satu pertandingan yang membenarkan para pelajar UiTM menyampaikan idea inovatif mereka yang merangkumi empat bidang Libat Urus Komuniti, khususnya Pendidikan, Kesihatan, Kemanusiaan dan Alam Sekitar, kepada panel hakim.
“Kami amat gembira dan bersyukur kerana menemui rakan sempurna dalam Good Virtues Co. untuk membangun dan mengintegrasikan Do Good Challenge bersama Program SULAM kami. Keseluruhan cabaran yang ada memenuhi objektif program dalam membantu para pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran dunia sebenar dengan memanfaatkan teori dan amalan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka. Para pelajar yang menyertai Do Good Challenge bukan sahaja menerima insentif kerana ia sebahagian daripada kredit program SULAM tetapi diberi gambaran sebagai landasan yang baik untuk menjadi usahawan berjaya. Ia merupakan satu pengalaman dan peluang yang sukar diperoleh. Kami menyambut baik kerjasama berterusan bersama Good Virtues Co. untuk menyediakan lebih banyak peluang seperti ini kepada pelajar kami,” kata Ybhg. Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor ICAN.
Dijalankan di 30 kampus UiTM, pertandingan ini meraih lebih 7,000 penyertaan. Para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas ke dalam situasi dunia sebenar yang turut meningkatkan tanggungjawab sivik mereka. Melibatkan empat fasa, peserta melalui peringkat penyertaan, bengkel dan latihan sehingga lima finalis dipilih untuk menerima dana awalan bernilai RM8,000. Di peringkat pembentangan akhir, lima finalis* berkenaan kemudiannya mempamerkan hasil cadangan perniagaan mereka untuk menarik perhatian panel penilaian bagi merebut peluang membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM30,000 yang diumumkan pada majlis finale semalam.
Usahawan selebriti dan hakim, Dayah Bakar berkata, “Saya kagum dengan kualiti pembentangan dan idea yang dihantar kepada Do Good Challenge. Ia suatu yang amat bagus untuk melihat jenama seperti Good Virtues Co. membantu pelajar UiTM membawa pengetahuan dan kemahiran mereka ke ‘dunia sebenar’ menerusi pertandingan seperti ini, pada masa sama mengetengahkan keprihatinan sivik.”
Kejayaan penganjuran Do Good Challenge telah meletakkan laluan kerjasama yang berterusan antara Good Virtues Co. dan UiTM bagi musim seterusnya. Musim Kedua ini akan bermula pada Oktober 2023 dan diperluaskan dengan melibatkan kampus-kampus UiTM di Malaysia Timur.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Good Virtues Co. atau Do Good Challenge, layari laman sosial @goodvirtuesco di Instagram atau GoodVirtuesCo.MY di Facebook. Tanda pagar (hashtag) jenamanya termasuk #goodvirtuesco dan #celebrateyournoor, sementara tanda pagar pertandingan adalah #dogoodchallenge.