Ramai yang terlepas pandang bila terlalu teruja atau hilang sabar dengan bayi, kita akan menggongcang bayi tersebut. Ada antara kita yang tak sedar pun perbuatannya itu boleh memberi kesan seumur hidup kepada si comel. Teruja macam mana pun, geram atau marah macam mana sekalipun, jangan kita lakukannya kerana perbuatan goncang bayi membawa padah!
Mama Siti tak nak nanti ada yang menyesal tak sudah, atau ada yang disaman, didakwa dan sebagainya kerana kecuaian diri sendiri. Mintak simpang!
Kenapa goncang bayi membawa padah?
Kita semua tahu kan, bayi masih kecil, masih fragile. Segala sistem dalam badannya masih belum matang sepenuhnya. Kalau kita goncang-goncang dia, tak ke ganggu semua sistem tu? Benda ni bukan Mama Siti reka semata-mata ye. Hal ini berlaku dan disahkan sendiri oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari dalam satu post di Facebook akaunnya.
Kes 1: Akibat bapa yang hilang sabar
Masalah ini terjadi bila seorang bapa hilang pertimbangan bila si bayi menangis tak berhenti pada waktu malam. Si bapa bertindak menggoncang si anak yang baru berusia 5 minggu dengan tujuan untuk mendiamkan si anak. Bila anaknya didapati mengalami sawan dan tak sedarkan diri, ibu bapa bayi bergegas ke hospital bersama anak mereka.
Malangnya, doktor mengesahkan anak itu berlaku pendarahan otak (intracranial bleed), kecederaan pada tulang belakang dan kecederaan pada mata (Shaken Baby Syndrome).
Ingat ye Mama Papa semua, si comel masih kecil, masih belum mampu nak support kepalanya yang berat. Apatah lagi tulang leher dan tulang belakang mereka. Jangan disebabkan tidur kita yang terganggu, kita bertindak melulu dan akhirnya membawa musibah.
Pendarahan pada otak si comel boleh terjadi kerana bila bayi digoncang, otak si manja akan berlanggar dengan tengkorak kepalanya; depan dan belakang. Otot yang melindungi otaknya masih belum terbentuk lagi di usia beberapa minggu dilahirkan ni. Dah bila terlanggar tu, mula lah bengkak, salur darah pecah dan sebagainya.
2. Kes 2: Kajian Doktor
Dalam sebuah buku berjudul The Shaken Baby Syndrome: A Multidisciplinary Approach, hasil tulisan Dr Stephen Lazoritz dan Dr Vincent J. Palusci, mereka menyatakan 15 – 30% bayi yang mengalami keadaan ni akan meninggal dunia dan cuma 10% je yang sembuh tanpa mengalami kecacatan otak. Selebihnya, akan terus hidup dengan kecatatan pada otak seumur hidup.
Jangan ye, jangan sesekali goncang bayi anda walau marah atau naik angin macam mana sekali pun. Bagi yang datang melawat bayi baru lahir tu, jangan excited sangat nak goncang anak orang ye. Tak memasal jadi kes mahkamah nanti.
Apa Mama Papa perlu buat kalau anak menangis?
Banyak alternatif yang kita boleh buat untuk menenangkan anak kita. Ini tips dari Dr Ahmad Luqman:
- Letakkan baby kat tempat selamat seperti kat atas katil bayi atau pun playpen dan tinggalkan sebentar untuk tenangkan dulu fikiran yang tengah berserabut tu.
- Tolong dapatkan bantuan tak kiralah dari ahli keluarga atau kawan kita yang lain untuk bantu kita buat sementara waktu. Boleh jugak ke fasiliti kesihatan untuk dapatkan nasihat.
Tengok, bahayakan? Memang perbuatan goncang bayi membawa padah. Semoga semua dapat mengambil iktibar dan peringatan.
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari
BACA LAGI BABY CARRIER: BAHAYA GUNA KETIKA BERLARI
Pesan Mama Siti
Mama Siti harap semua jelas kenapa kita tak boleh goncang bayi. Kita kena saling ingat-mengingati tentang bahayanya tindakan ini. Jangan kita ambil mudah, menyesal kemudian tiada guna. Mama Siti harap Mama Papa semua kongsikan info ini dengan keluarga dan kawan-kawan. Kita boleh mengubahnya.