KelabMama

‘Golden Garlic’ Yang Semakin Viral: Apakah Kebaikan ‘Harta Karun’ Dapur Ini?

golden garlic

Kali ni Mama Siti nak share kan tentang golden garlic kepada Mama semua.

Mungkin ada Mama yang sudah tahu tentang golden garlic dan mungkin ada juga yang masih tertanya-tanya golden garlic ni apa?

Apa Itu Golden Garlic?

Kredit Gambar: Nibble

Golden garlic ni bawang putih yang mempunyai tekstur lembut dan warnanya kuning keemasan dari bawang putih yang biasa kita guna.

Mungkin dalam satu labu tu akan ada dalam dua tiga ulas golden garlic ni. Tapi kadang-kadang je akan jumpa. Kiranya kalau Mama jumpa memang Mama beruntung lah!

Selalunya kalau kita jumpa bawang putih yang macam ni mesti kita terus buang je. Sebab ingatkan dah rosak dan busuk jadi tak boleh digunakan dalam bahan masakan.

Sebenarnya kalau Mama nak tahu golden garlic ni sama je dengan bawang putih yang kita jadikan black garlic. Cuma ia berlaku secara semula jadi dan hanya yang bertuah akan menemui bawang ini.

Boleh Guna Dalam Masakan?

Ye! Masih boleh digunakan dalam masakan Mama. Ala Mama guna je golden garlic ni macam bawang putih biasa. Lagi satu orang cakap kalau guna golden garlic buat menumis, baunya lebih wangi daripada bawang putih biasa yang ada di dapur tu tau.

Kredit Video: Tiktok zavhia9

Macam Puan zavhia9 ni, campak je masuk dalam blender nak buat rendang. Tak perlu nak buang-buang sebab masih boleh digunakan.

Oh ye, nak makan mentah pun boleh je. Sebab rasanya sedap ye, tak sama rasa dengan bawang putih biasa tau. Kalau Mama jumpa golden garlic ni try buat garlic bread guna golden garlic. Confirm sedap!

Lagi satu, kalau nak beli golden garlic ni mahal tau Mama.

Kelebihan Golden Garlic

1. Sihatkan Jantung

Bawang putih ’emas’ ini dapat menyihatkan jantung. Selain tu sifat antioksidan pada komponen ini dapat berperanan untuk mencegah penyakit kardiovaskular ini.

2. Kurangkan Kolesterol

Selain tu, ia juga membantu dalam mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita.

Disebabkan oleh kandungan allicin yang berfungsi untuk melambatkan enzim untuk mendapatkan kolesterol.

3. Kurangkan Risiko Kanser

Dengan menggunakan bawang ini sebagai salah satu bahan dalam makanan harian kita, ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Contohnya kanser pankreas, kanser payudara dan kanser prostat.

4. Memberi Kebaikan untuk Kesihatan Otak

Oh ye, penurunan karbohidrat daripada bawang ini dapat melindungi otak daripada kesan penuaan atau penyakit alzheimer.

5. Menguatkan Tulang

Kandungan flavonoid yang ada pada bawang putih ni bermanfaat untuk perkuatkan tulang kita dengan cara melambatkan pereputan tulang.

Nanti kalau terjumpa bawang ni semasa mengupas dan memotong bawang, Mama jangan terus buang tau! Guna je macam biasa dan rasai keberkesanannya.


Mama dah buntu nak masak menu apa untuk baby? Dapatkan resepi makanan baby di SINI.