KelabMama

12 Cara Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Kulit Anak

Kulit anak-anak terutamanya bayi 30% lebih nipis berbanding orang dewasa . Sebarang kesan gigitan serangga seperti nyamuk akan jelas kelihatan. 

Terdapat lima kategori kesan gigitan nyamuk bermula dari yang biasa hingga keadaan serius. Kadar sensitivitinya berbeza bagi setiap orang disebabkan tindak balas imun dalam tubuh badan.

Manakala cara menghilangkan kesan gigitan nyamuk seperti kemerahan, kegatalan dan bengkak boleh diselesaikan dengan 12 cara. Mama Siti akan jelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini.

Kategori Kesan Gigitan Nyamuk Pada Kulit Anak

#1 Benjolan Kecil dan Kemerahan

Kredit gambar: Orami

Merupakan tindak balas semulajadi yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Benjolan akan wujud berwarna merah atau benjolan putih dengan titik kecil ditengahnya.  

#2 Benjolan Besar

Kredit gambar: Children’s Hospital Los Angeles

Keadaan ini selalu dilalui oleh anak-anak yang memiliki kulit sensitif. Kesan gigitan nyamuk akan timbul dan bersaiz besar.

#3 Demam dan Kegatalan Teruk

Kredit gambar: SehatQ

Tindak balas berlebihan sistem imun dalam badan terhadap gigitan nyamuk juga digelarkan sebagai sindrom skeeter

Kulit pesakit akan mula kemerahan, bengkak dan gatal-gatal. Lama kelamaan ia mula menjadi lebih kritikal seperti terasa panas, sakit, melepuh, hingga meleleh cecair.

#4 Kejutan Anafilaksis

Kredit gambar: Wikipedia

Apabila terdapat benjolan, gatal-gatal, bibir bengkak, sukar bernafas, semput, dan batuk selepas digigit nyamuk, segera pergi ke pemeriksaan doktor.

Ia mungkin salah satu reaksi alahan teruk yang boleh mengakibatkan kematian. 

#5 Jangkitan

Kredit gambar: Britannica.com

Demam denggi berdarah, Chikungunya, Malaria dan demam kuning ialah jangkitan melalui gigitan. Nyamuk membawa viru. Apabila ia menggigit, virus mula merebak dalam tubuh badan dan mengakibatkan jangkitan berbahaya. 

12 Cara Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

#1 Tisu Alkohol (Alcohol Wipes)

Kredit gambar: Alcosm Malaysia

Menggosok tisu alkohol mengganggu protein air liur nyamuk dalam saluran darah. Hasilnya ia mencegah terjadinya bengkak dan kegatalan akibat kesan gigitan nyamuk. 

#2 Rawatan Ais

Kredit gambar: Verywell Health

Rawatan ais atau apa-apa yang sejuk boleh mengurangkan bengkak dan melegakan kegatalan. Sekadar informasi, ais tidak mengeluarkan protein air liur nyamuk. 

Oleh itu, sebaik sahaja ais dialihkan dari kawasan gigitan, rasa gatal dan bengkak mungkin akan kembali semula. 

#3 Sapuan Losyen Calamine

Kredit gambar: Stylecraze

Kandungan zink oksida dalam losyen calamine mempunyai sifat anti gatal. anak Mama perlu mengoleskan berulang kali setiap hari untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk.   

#4 Tablet Antihistamin 

Ambil sebiji tablet antihistamin ketika anak Mama menjadi mangsa gigitan nyamuk. Tablet ini memberikan kelegaan ketara terutamanya bengkak dan kegatalan. 

Anak-anak mestilah berumur empat tahun ke atas sahaja dan sudah pandai menelan ubat tablet.

#5 Gel Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kredit gambar: Reader Digest

Sapuan lidah buaya sudah terbukti memulihkan kesakitan berkaitan kulit. Maka lidah buaya juga boleh diaplikasikan sebagai rawatan untuk melegakan kerengsaan kulit dan menghilangkan kemerahan akibat gigitan nyamuk  

#6 Baking Soda

Kredit gambar: Miami Herald

Campurkan baking soda dengan sedikit supaya teksturnya menjadi seperti pes. Terus sapukan ke bahagian kulit yang digigit. Sedikit demi sedikit, rasa gatal akan mulai berkurangan. 

#7 Sapuan krim Hidrokortison

Kredit gambar: Sayy Sine

Hidrokortison mempunyai sifat anti radang. Ia bertindak untuk meredakan haba dan bengkak disebabkan oleh gigitan. 

Hilangkan kesan gigitan dengan mengoleskan krim hidrokortison 1% setiap hari. 

#8 Cuka

Kredit gambar: Medical News Today

Cara pertama: sapu setitik cuka pada kawasan gigitan nyamuk untuk melegakan kegatalan.

Cara kedua: tuang beberapa titik cuka dalam air. Ambil kain bersih dan rendamkan dalam campuran air tersebut. Kemudian letakkan pada kawasan gigitan. 

#9 Bawang

Kredit gambar: Wikipedia

Sapukan hirisan bawang pada kawasan gigitan nyamuk selama beberapa minit. Selepas itu, terus bilas dengan air bersih dan buang bawang yang telah digunakan. 

Tidak ada cara tertentu untuk memotong bawang, terpulang kepada keselesaan anak Mama agar dapat melakukan rawatan dengan baik. 

#10 Minyak Pudina

Cara pertama: Campurkan beberapa titis minyak pudina dengan ‘carrier oil’ seperti minyak kelapa atau minyak zaitun. Sapukan campuran minyak itu pada kawasan gigitan nyamuk.

Cara kedua: Tuangkan beberapa titis minyak pudina ke dalam tab mandi agar kesannya berlaku secara keseluruhan.

#11 Teh chamomile

Rendam uncang teh dalam air dan biarkan sejuk. Kemudian, perah lebihan air dari uncang teh dan letakkan uncang pada kawasan gigitan nyamuk selama 10 minit. 

Ulang cara ini beberapa kali sehingga kesan gigitan hilang. Simpan uncang teh dalam peti sejuk kerana ia boleh digunakan beberapa kali untuk rawatan ini.

#12 Bijirin Oatmeal

Kredit gambar: Panasonic

Campurkan oat dengan air hingga menjadi tekstur seperti pes. Ambil pes dan letakkan pada kain bersih kemudian letakkan pada kawasan gigitan. Biarkan selama 10 minit dan cuci dengan air bersih. 

Mama Siti harap kesan gigitan nyamuk pada anak-anak Mama segera sembuh. Lakukan rawatan menghilangkan kesan gigitan secara rutin mengikut cara-cara yang disyorkan.

Jika masih berlarutan, jangan berlengah untuk berjumpa doktor. Ingat, tindak balas imun badan setiap orang berbeza-beza. Semoga perkongsian kali ini membantu Mama merawat gigitan nyamuk anak-anak.


Dapatkan pelbagai tips kecantikan dan kesihatan wanita yang lain dengan klik SINI.