KelabMama

Gembirakan Hati Isteri Di Hari Ibu, 5 Tips Untuk Suami Buat Kejutan

hadiah suami untuk isteri

Mama Siti teringat dengan satu petikan skrip filem Melayu suatu masa dahulu. Seingat Mama Siti ia filem lama diulang tayang, cuma tajuknya tak ingat.

Tapi salah satu skrip dilontarkan oleh watak seorang lelaki tua kepada anak lelakinya berbunyi; isteri itu ibarat tiang rumah, jika runtuh tiangnya, maka robohlah rumah tersebut. Mungkin tidak kedengaran begitu popular, namun sehingga ke hari ini, Mama Siti merasakan bait-bait kata ini amat dekat dalam kehidupan sesebuah keluarga.

Sememangnya ia bukan untuk tujuan menyamakan isteri dengan sesuatu barang, namun jika difahami, petikan ini menegaskan betapa pentingnya kewujudan isteri yang melengkapkan rumah tangga itu, sama seperti pentingnya tiang dalam sesebuah bangunan.

Ya papa, perempuan yang merupakan pasangan dan ibu kepada anak-anak papa itu adalah wanita hebat yang tidak pernah kenal erti penat.

Beliau sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan sanggup berkorban masa, tenaga serta kudrat demi memastikan rumah tangganya sentiasa harmoni.

Mungkin pada pandangan papa, jika disebut tentang pengorbanan wanita, mesti yang terlintas di fikiran adalah pregnant, bersalin dan menguruskan rumah tangga seperti hal memasak atau mengemas. That’s it!

Sebenarnya bukan itu sahaja. Tugas seorang wanita dalam rumah tangga ibarat ‘bos’ dalam sesebuah company. Banyak perkara yang perlu difikirkan bermula daripada pelaksanaan tugas sehinggalah menguruskan hal anak-anak, malah termasuk juga menjadi accountant keluarga.

Bukan kecil ya tugas mereka. Pendek kata, segala perihal hingga tingkah laku seluruh ahli keluarga semuanya difikirkan oleh satu wanita ini. Sebagai contoh tugas memastikan kebersihan rumah terpelihara.

Walaupun isteri mendapat bantuan daripada suami atau anak-anak, tetapi nak susun atur banyak hal dalam kepala itu sangat memeningkan. Itu baru cerita bab kebersihan, belum sentuh soal masak dan makan.

Ibulah individu yang akan alert siapa anaknya yang makan sedikit, siapa yang cuba mengelat untuk skip makan.

Bila dia rasakan anaknya tak ambil makanan berkhasiat, ibulah orang yang akan risau dengan kesihatan anak-anak. Biasa papa tak perasan isu ini kan? Bila isteri mengadu barulah papa ‘gertak’ sikit anak supaya makan betul-betul.

Ya, papa yang hebat sentiasa membantu mama, cumanya sebagai individu yang banyak menjaga hal ahli keluarganya, sudah tentu ia bukan tugas yang mudah.

Jadi, apa kata sempena Hari Ibu ini, papa reward mama dengan perkara yang menggembirakan hati si dia. Masa inilah nak tunjukkan penghargaan papa kepada mama atas pengorbanan dilakukan beliau sejak daripada mengandung sehinggalah anak-anak mulai membesar.

Nak lebih menarik, papa cipta kejutan supaya mama rasa terharu dengan sambutan Hari Ibu kali ini. Tak ada idea macam mana nak buat surprise? Jom lihat lima tips yang Mama Siti kongsikan mungkin boleh dijadikan panduan untuk papa!

1. Menghadiahkan Sesuatu Yang Diidamkan Isteri

Mustahil papa tak tahu apa yang isteri papa teringin sangat nak miliki. Cuba papa recall apa keinginan isteri yang beliau pernah luahkan.

Tak semestinya barangan peribadi macam barang kemas, mungkin boleh jadi mereka inginkan adalah set kuali baru yang sedang viral.

Haa, inilah masanya papa beli secara senyap dan hadiahkan pada mama ketika Mother’s Day! Mesti isteri terharu bila lihat hadiah itu adalah barang idamannya.

Lebih sweet apabila ia dibeli secara surprise, confirm mama akan jadi lebih terharu.

2. Menyiapkan Kerja Rumah Tanpa Pengetahuan Isteri

Ini pun antara aktiviti menggembirakan para isteri. Tapi kalau boleh, papa kena buat ketika ketiadaan mama tau? Nama pun aktiviti kejutan, papa kena siapkan house chores tanpa pengetahuan mama.

Atau boleh juga papa buat pada awal pagi ketika isteri sedang tidur. Mesti beliau gembira bila bangun daripada tidur dan lihat rumah dah bersih cantik, baju dah siap cuci dan dapur sudah kemas.

Kejutan ini barulah sesuai dengan tujuan papa yang mahu appreciate mama!

3. Rancang Mini-Party Bersama Anak-anak

Kalau rasa nak buat surprise dengan cara meriah bersama anak-anak, rancang mini-party adalah jawapannya! Papa boleh buat list perkara yang perlu untuk parti Hari Ibu.

Tetapi kena buat persiapan awal ya sebab banyak barang perlu dibeli termasuklah tempahan makanan dan kek, susun atur hiasan seperti belon, bunga dan sebagainya.

Mungkin sedikit sukar, tetapi aktiviti ini menarik sebab melibatkan kejutan bersama seluruh ahli keluarga.

Apabila mama keluar dari bilik atau pulang ke rumah, seisi keluarga bolehlah jerit “Happy Mother’s Day!”, mesti semua seronok terutama sekali mama.

4. Rancang Percutian Secara Sembunyi

Yang ini pun antara aktiviti kegemaran semua wanita. Banyak kelebihan bila bawa mereka bercuti antaranya:

Dan banyak lagi kelebihan bila bawa isteri staycation. Terpulang sama ada papa nak bawa anak-anak atau mama okay jika tingglkan mereka.

Sebab ada ibu yang tak senang hati bila berjauhan dengan anak. Jadi papa rancanglah kejutan percutian ini secara senyap-senyap, tapi pastikan pemilihan tempat, keperluan barang termasuk kelengkapan anak-anak kalau boleh ikut keselesaan isteri ya.

Mungkin papa rasa tak pandai nak packing barang, jadi macam mana nak surprise? Papa boleh booked hotel senyap-senyap dulu, kemudian sehari sebelum check-in, barulah papa beritahu mama dan minta dia kemas beg.

Jangan risau, kalau kena dengan hari yang sesuai dan tak menganggu sebarang aktiviti hariannya, mesti dia sambut kejutan ini dengan penuh riang.

Bagaimanapun, papa kena teliti betul-betul adakah isteri memang free untuk meninggalkan rumah dalam tempoh beberapa hari.

Mungkin tips ini kedengaran macam leceh, tapi kalau smooth dan berjaya, ia menjadi aktiviti paling seronok sebab banyak manfaat untuk isteri seperti yang Mama Siti dah listed di atas.

5. Bawa Isteri Ke Tempat Kegemarannya

Ini lebih mudah dan simple untuk gembirakan hati isteri, tetapi tetap menarik untuk dijadikan surprise. Apa kata papa bawa mama keluar pergi ke tempat kegemarannya tak kisah sama ada shopping mall, taman, pusat rekreasi air terjun atau apa sahaja.

Mesti papa tahu favorite port isteri papa kan? Tak perlu nak expense apa-apa terlebih dahulu, cuma bawa mereka ke tempat itu dan biar mama bebas dengan aktiviti yang dia gemari.

Papa cuma standby duit jerr untuk melayani keinginan mama. Mungkin beliau suka ke taman dan menyewa basikal, atau pergi ke mall untuk shopping.

Bila wanita dapat buat sesuatu yang menggembirakan hati, secara tak langsung ia menjadi terapi untuk diri mereka dan menghasilkan aura positif serta mood yang ceria.

Walaupun nampak mudah, tetapi ini juga tips kejutan menarik dan dijamin menggembirakan hati isteri papa.